Bulan Ramadan tentunya ramai yang tercari-cari hidangan berbuka puasa. Bazar Ramadan adalah destinasi wajib yang mesti dikunjungi untuk membeli juadah berbuka.
Antara menu yang popular untuk berbuka adalah Murtabak. ulan puasa, Murtabak Daging atau ayam adalah antara sajian pembuka selera yang popular. Makan pula dengan kuah bawang cuka atau kari.
Sempena Ramadan ini, menarik perkongsian seorang pengguna facebook, Azam Ramli yang berkongsi mengenai keunikkan Murtabak Bandar Jerantut. Lantaran rasa sedapnya yang unik, murtabak Jerantut menjadi pilihan ramai.
Biarpun perkongsian ini sudah sekian lama, ia kembali viral setelah banyak carian mengenai murtabak Jerantut.
Lebih menarik, Azam Ramli telah menyenaraikan lebih 20 nama murtabak Jerantut yang popular.
Malah, murtabak Jerantut bukan saja popular dalam kalangan penduduk tempatan, sebaliknya turut menarik perhatian pengunjung dari luar kerana kesedapannya berbanding di tempat lain.
Antara penyebab murtabak Jerantut sering digemari kerana dagingnya yang banyak, penuh ramuan dan rempah ratus yang enak. Boleh dikatakan setiap kunyahan ada daging.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
JERANTUT BANDAR MURTABAK
Jika Temerloh diberi jolokan Bandar Ikan Patin, Maran diberi jolokan Bandar Ayam Kampung, Jerantut pula diberi jolokan Bandar Taman Negara.
Tapi sebenarnya tak boleh dilupakan, Jerantut juga sangat sesuai jika diberi jolokan Bandar Murtabak, kerana di daerah ini terdapat banyak murtabak yang sedap dan popular. Berikut diberikan nama-nama murtabak di Jerantut (nama berikut bukan ditulis mengikut ranking):
1. Murtabak Fauzi
2. Murtabak Syed
3. Murtabak Manja
4. Murtabak Romas
5. Murtabak Saufi
6. Murtabak Sopi
7. Murtabak Sabri
8. Murtabak Feri
9. Murtabak Jerantut Feri
10. Murtabak Wahid
11. Murtabak Wahab
12. Murtabak Zameri Family
13. Murtabak Damak
14. Murtabak MK Curry
15. Murtabak Sardin TMG
16. Murtabak Tasnim
17. Murtabak 702
18. Murtabak Darussalam
19. Murtabak Mustafa
20. Murtabak Batu Balai
21. Murtabak Naim (Ulu Cheka)
22. Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Lembah Klang)
23. Kak Bi Frozen – Murtabak Jerantut (Brand – dijual di Kuantan)
24. Murtabak Daging Rusa Kota Gelanggi 2.
* ketika bulan puasa, ada beberapa bazar Ramadan di Jerantut, yang agak popular ialah:
1. Depan pejabat MDJ (utama)
2. Depan TF
3. Di Jerantut Feri.
INI SEBAB RAMAI YANG SUKA
Mungkin ada yang ingin respon: “Alah, di tempat lain pun ramai orang jual murtabak, bukan di Jerantut je”.
Ya memang benar di tempat lain pun ramai orang jual murtabak tapi murtabak di Jerantut lain macam sikit sedap dia, siapa orang luar yang pernah datang dan rasa murtabak di Jerantut dia tahulah.
Dan juga, orang asal Jerantut yang berhijrah dan bekerja ke tempat lain, pasti akan bersetuju murtabak di Jerantut tetap lebih sedap dari di tempat yang mereka berhijrah atau bekerja.
Sesiapa yang ada kawan orang Jerantut, bila bulan puasa rugilah kalau tak minta belanja murtabak (ada yang frozen juga, boleh minta kawan-kawan kirim pos laju).
Penjual murtabak ramai di ketiga-tiga bazar di atas. Nama-nama yang saya nyatakan ialah sebahagian sahaja, ramai lagi peniaga yg saya tak tau nama mereka, murtabak mereka pun sedap juga.
Ada juga penjual murtabak ini yg tidak menjual di bazar, mereka menjual di kedai sendiri sahaja namun tetap dikunjungi pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli.
PERMINTAAN TINGGI BULAN RAMADAN
Ketika bulan puasa, permintaan murtabak di Jerantut adalah sangat tinggi. Penjual-penjual murtabak seperti nama-nama di atas, mampu menjual dalam kuantiti yang sangat banyak setiap hari, ramai juga penjual yang mencatat jualan sehingga beratus keping sehari malah ada penjual yang mencecah jualan seribu keping sehari.
Murtabak-murtabak yang paling biasa dijual di Jerantut ialah murtabak ayam dan murtabak daging. Ia jadi makanan yang sangat mengenyangkan kerana di dalamnya turut mengandungi bahan-bahan lain seperti ubi kentang atau kobis bergantung kepada penjual.
Untuk tambah menyelerakan, murtabak didatangkan bersama kuah sama ada kuah cuka bawang atau kuah kari terpulang kepada pembeli mahu yang mana.
Saiz murtabak di Jerantut ialah sekeping untuk makan sekeluarga. Paling kecil pun cukup untuk makan 4 orang. Saya boleh habiskan sekeping seorang, itu kes terpencil.
Selain dijual di bazar pada bulan ramadan, murtabak-murtabak Jerantut juga dijual pada bulan-bulan yang lain iaitu di pekan sari, di pasar-pasar malam malah ada yang menjualnya setiap hari di kedai makan mereka.
TEMPAT MENARIK DI JERANTUT
Jika anda berkunjung ke Jerantut, jangan lupa untuk menikmati murtabak. Selain itu boleh juga melawat ke tempat-tempat menarik yang berdekatan:
1. Mendaki Bukit istana Jerantut
2. Taman Negara Malaysia
3. Galeri Mat Kilau
4. Makam pahlawan Mat Kilau
5. Makam Pawang Nong
6. Makam raja di Bukit Ketupat
7. Feri Water Front
8. Air terjun Lata Meraung
9. Taman i-City Jerantut
10. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Sumber: Azam Ramli