Murid Pra Sekolah Tanam Sayur Kangkung, Bikin Netizen Kagum.

Share

Siapa sangka, kanak-kanak enam tahun pun tahu berbakti kepada tanah. Begitulah yang dilakukan oleh murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang ini.

Hanya berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan Rosman mula menanam kangkung di halaman rumahnya di Taman Slim Permata.

Beli benih guna tabungan

Lebih menarik si cilik ini membeli benih sayur kangkung menggunakan tabungannya sendiri.

Menggunakan tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya digunakan bagi membeli baja.

“Modal itu hasil tabungan saya yang diberikan keluarga. Menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan seperti yang pelajari di facebook Jabatan Pertanian.

“Kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran

,” katanya.

Tidak gemar makan sayur.

Dalam pada itu, kanak-kanak ini mengakui sebelum ini tidak gemar makan sayuran. Bagaimana pun selepas bercucuk tanam sayur kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran.

“Selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu. Selebihnya saya sedekahkan kepada jiran.

“Aktiviti ini saya lakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya,” katanya.

Nyata usaha kanak-kanak ini sungguh inspirasi! Jadi tiada alasan untuk kita sebagai orang dewasa memberi alasan untuk tidak bercucuk tanam.

Dalam pada itu, cara anak kecil ini telah menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kagum melihat usaha yang dilakukannya.

Sumber : Harian Metro

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club