Murid Jadikan Selipar Sebagai Pemadam Di Sekolah Kerana Keluarga Miskin

Share

Kerana faktor kemiskinan, ramai pelajar yang terabai pengajian mereka dan mungkin hanya segelintir sahaja yang betul-betul cekap dan kental untuk bertahan dan berjaya.

Di Filipina, seorang murid bernama Harold Labutong merupakan salah seorang daripada murid yang mempunyai semangat keazaman yang tinggi untuk belajar.

Meskipun datang dari keluarga miskin, murid lelaki ini akan menggunakan apa sahaja yang ada untuk mengatasi masalah kekurangan kelengkapan pelajarannya. Ianya langsung tidak mematahkan semangatnay untuk belajar.

Satu hari, murid ini memerlukan pemadam untuk membetulkan kesilapan dalam penulisan. Dia telah meminjam sebuah pemadam daripada rakannya. Rentetan dari itu, rakannya telah memberitahu bahawa pemadam sebenarnya diperbuat daripada selipar.

Setelah itu, Harold telah cuba menggunakan selipar sebagai pemadam.

Bermula dari saat itu, dia sentiasa membawa sebelah selipar untuk dijadikan pemadamnya dan diletakkan atas meja sewaktu di sekolah.

Menurut gurunya, Harold ialah seorang pelajar yang rajin belajar. Tetapi keluarganya sangat miskin sehinggakan sebatang pensil pun terlalu mahal buat mereka.

Pensil yang ada pada Harold digunakannya sehingga ia menjadi sangat pendek dan sukar untuk dipegang dengan betul. Tetapi Harold tidak mahu membuangnya kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk belajar.

Artikel Berkaitan

Pelajar ini nekad untuk berjuang berhabis-habisan untuk mengatasi kekurangan serta kesukaran yang dihadapi.

Sebenarnya, ada ramai lagi pelajar-pelajar miskin seperti Harold di dalam kelasnya. Masing-masing menghadapi kekangan dan cabaran yang berbeza.

Sejak Harold menyedari seliparnya boleh dijadikan sebagai pemadam, dia telah berkongsikan tip tersebut dengan rakan-rakannya yang lain sehingga kaedah memadam ini menjadi sangat popular.

Semoga kisah kanak-kanak ini boleh memberikan insprirasi buat kita dimana keazaman mereka untuk belajar dan berusaha meskipun serba kekurangan amatlah terpuji.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club