Menjadi guru bagi anak istimewa sememangnya memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.
Mereka tidak seperti murid normal yang lain, walaupun ada kekurangannya namun sekiranya kita betul-betul memahami, kita akan dapat melihat keistimewaan murid-murid ini.
Baru-baru ini, seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Elleya telah berkongsi pengalaman apabila seorang anak muridnya yang bernama Ishraf telah hilang.
“Semua geng PPKI jadi detaktif conan petang ni. Merayap satu Melaka pusing cari budak bertuah ni.”
Menurutnya, Ishraf telah keluar menaiki basikal seorang diri. Difahamkan kanak-kanak istimewa itu telah mengayuh basikal dari Pokok Mangga ke Bandar Hilir dan selepas itu ke Bandaraya Melaka.
“Tapi Allah memang melindungi anak-anak syurga ini, akhirnya jumpa di Sushi King Aeon Bandaraya. Syukur, Ya Allah. “
Ads
“Putus jantung cikgu-cikgu.”
Alhamdullilah, Ishaf dijumpai oleh orang yang bertanggungjawab.
“Tq so much Sushi King Aeon Bandaraya yang mesra OKU dan sudi menyantuni anak-anak syurga ini.”
“Dikurniakan orang yang baik sekeliling kita itu satu rahmat yang sangat besar.”
Ads
Terima kasih para pendidik yang begitu ikhlas menjaga, mendidik dan menyayangi anak-anak istimewa ini.
Siapa yang tidak mahu hasil tanamannya ‘menjadi’ dan membesar cantik kejadiannya bukan? Pelbagai jenis baja dah digunakan tetapi tidak nampak hasil yang memberangsangkan.
Apa kata anda cuba menggunakan campuran serbuk kopi dan kulit telur yang khabarnya, sangat berkesan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik seperti yang dikongsikan di bawah ini. Mana tahu menjadi, jimat pun ya tidak perlu kos yang tinggi pun.
HANYA GUNA SERBUK KOPI & KULIT TELUR SEBAGAI BAJA, BOLEH ‘HALAU’ MAKHLUK PEROSAK!
Rupanya serbuk kopi terpakai dan kulit telur juga boleh dijadikan baja tumbuhan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik. Jadi daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk suburkan pokok-pokok yang kita tanam.
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.
Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
BAHAN DIPERLUKAN:
1. Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering).
2. Serbuk kopi terpakai.
3. Botol rempah.
CARA MEMBUATNYA:
1. Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2. Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3. Begini hasilnya.
4. Campurkan pula dengan serbuk kopi
5. Kacau rata sebati.
6. Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
7. Taburkan pada pokok-pokok yang ada.
Selamat mencuba!
Sumber : Emi Zurayni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam meniti usia 55 tahun, Puan Seri Tiara Jacquelina Eu Effendi, masih jelita dan sihat bertenaga. penampilannya sentiasa nampak lincah dan aktif.
Isteri kesayangan Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini juga seperti wanita lain yang tak pernah lupa menjaga kecantikan. Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor. Rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan. Sepanjang dua tahun ini alhamdulillah saya belum kena covid dan memang harap dijauhkan. Malah sepanjang pandemik ini, saya memang tak ada sakit kepala, demam atau selesema. Ada yang gelakkan saya pada tangan penuh dengan macam-macam suplemen. Selain itu, saya juga amalkan jus buah.
“Pada saya soal kecantikan dan kesihatan bermula dari dalam diri kita. Apa yang kita amalkan seperti pemakanan dan gaya hidup itu yang menentukan kita cantik bertenaga atau tidak.
Ditanya mengenai cantik pada pandangan matanya, akui Puan Seri Tiara lagi semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia. Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’ .
Akuinya lagi, sedari usia 40 ahun sudah menitikberatkan soal pengambilan makanan bagi memastikan kesihatan sentiasa pada tahap yang baik.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan . memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini. Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
“Memandangkan sekarang bulan ramadan, saya memang tak boleh miss sahur. Saya akan buat milk shake yang dicampur dengan pisang dan kurma serta diletakkan psyllium khas. Inilah yang akan menjadi amalan saya sepanjang bersahur kerana cepat siap dan mudah bangun pagi waktu sahur terus minum,” ujar Puan Seri Tiara lagi ketika ditemui dalam satu majlis kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus baru-baru ini.
Perkongsian daripada Saudara Mazlan Zain berkenaan dekorasi kediaman miliknya, cukup mengujakan. Sekali pandang bagai sebuah resort percutian bertaraf lima bintang.
Ayuh kita cuci mata dan baca perkongsiannya untuk menyuntik inspirasi memiliki kediaman indah dan selesa ubtuk keluarga tercinta.
Memiliki kediaman sendiri bersama citarasa dan rekabentuk pilihan hati adalah impian setiap dari kita.
Peluang membina rumah di atas tanah sendiri 14 tahun lalu saya gunakan sebaik baiknya untuk merealisasikan kediaman bercitarasa sendiri.
Kediaman berkeluasan 5000 kaki persegi ini yang berkonsepkan tropikal Bali moden dibina di tepi sawah pada tahun 2006 mengadap Bukit Malau, Jitra.
Ketika itu, saya balik seminggu sekali ja kerana bekerja di Penang dan Ipoh sehingga tahun 2017.
Mulai 2018 saya tinggal sepenuh masa di situ bersama isteri dan 2 anak serta arwah mak. Mak meninggal di rumah saya ini pada 3.9.2019
Laman luaran saya kemaskan dengan susunan simen berpetak 3’x3′ bersama sedikit landskap tumbuhan hijau serta 2 wakaf untuk mengambil angin di tepi sawah.
Bagi ruang dalaman saya gunakan 90 peratus hiasan dari perabut lama terpakai yang dikumpulkan sejak 1995 sehinggalah kini.
Memandangkan kediaman saya agak terpencil di tepi sungai dan sawah, saya memilih untuk tidak menggunakan langsir untuk kesemua ruang kecuali bilik tidur.
Maka kesemua pemandangan indah di sekeliling rumah dapat dilihat dari dalam.
Moga tidak diintai oleh orang yang tidak bertanggungjawab..Amin..
Saya kongsikan untuk tatapan sahabat KKD. Mana tahu jika ada di kalangan sahabat yang bercadang membina rumah di tepi sawah bolehlah jadikan model rumah ini sebagai inspirasi dan rujukan andai berkenan.
Meja empat segi terpakai tu saya beli di Penang pada tahun 2008. Dah lama terbiar di luar rumah. Saya mekap ia semula dan sapu varnis. Dibawa masuk ke dalam rumah dan dijadikan meja makan di ruang dapur.
Di permukaan meja saya sekali lagi menyusun lebihan jubin. Saya juga letakkan sebiji tempayan kecil/guri yang dihias bersama seikat kayu manis.
Saya tetap memilih deko bersama barangan lama/terpakai. Digabung bersama perabut baru.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.