Anak-anak kecil yang bersekolah rendah tentunya mempunyai pelbagai peel. Antaranya liat nak bangun pagi, malas nak ke sekolah, tertinggal buku sekolah atau baju sekolah yang putih cepat kotor.
Bahkan peel itu juga terkesan kepada guru-guru di sekolah. Mana taknya pelbagai kerenah anak murid dilihat setiap hari.
Ia termasuk pengalaman seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang berkongsi kisah anak muridnya yang kerap ke tandas. Katanya, bimbang jika dilarang berbuat demikian bimbang terbuang air kecil dalam kelas.
“Cikgu, nak ke tandas,” minta seorang murid sambil buat muka tak tahan dengan kaki dikepit-kepit.
Aku pandang dia atas bawah.
‘Budak ni, iye ke tidak ni. Ke nak pergi main je ni,’ itu bermain dikepala aku. “Cikgu. Tak tahan dah ni,” katanya sambil buat muka berkerut.
Ah sudah. Karang terkencing dalam kelas, aku juga yang susah nak mop, tukar seluar dia bagai. “Pergilah,” balasku.
Berlari dia keluar kelas. Kemudian terus budak depan meja aku cakap, “Cikgu. Dia tipu je lah. Saya selalu tengok dia main kat tandas”. “Betul cikgu. Tadi dia dah dua kali ke tandas,” sahut seorang lagi murid.
Ads
Aku tengok jam. Baru pukul 2:30. Murid masuk jam 1:10. Takkan dalam masa sejam sampai 3x kencing. Sah, aku kena kencing dah ni.
Tapi mungkin dia betul-betul tak tahan. Dari aku ambil risiko dia terkencing dalam kelas, bagi je kebenaran dia keluar.
10 minit kemudian, dia masuk. Tersengih-sengih ja. Aku tak kata apa, suruh dia duduk dan buat kerja.
Habis masa aku, aku turun ke kelas seterus. Masa ni jam 2:45. Baru 5 minit di kelas ini, nampak kelibat murid berjalan depan kelas aku nak ke tandas.
Aku keluar intai nak pastikan siapa. Sah, budak tadi. Terus aku jerit, “Awak nak ke mana lagi tuuuu!” “Tandas, cikgu,” jawabnya perlahan. Takut le tu kantoi. “Apa benda ke tandas sampai 4x dalam masa 2 jam ni? Main la tu,” gertak aku. “Okey cikgu. Saya balik ke kelas sekarang,” laju dia pusing dan berlari ke semula ke kelas.
Ads
Adoi, kena game sokmo la bab tandas ni. Nak ditahan, takut betul-betul. Diberi kebenaran, mereka ambil kesempatan. Adeh, dilema guru nak benarkan murid ke tandas memang real gais. Reallll!
Ada yang ambil angin sebelum ke tandas!
Perkongsian kisah itu, mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman lucu hal yang sama.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak memasuki bulan ramadan dua hari lalu, penerimaan orang ramai terhadap bazar ramadan amat menggalakkan. Pelbagai jenis juadah yang enak boleh dibeli dan dinikmati ketika berbuka bersama keluarga. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya, bazar ramadan adalah pilihan utama untuk membeli makanan.
Namun, dalam seronok membeli, ibu bapa dinasihati supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan. Hal ini untuk mengelakkan mereka terdedah wabak Covid-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
ELAK BAWA KANAK-KANAK KE BAZAR RAMADAN
Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.
“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.
“Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital,” jelasnya.
Selain itu, Dr Noor Azmi juga memberitahu tempoh kuarantin dipendekkan dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.
“Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan COVID-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama,” ujarnya.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki keluarga bahagia. Ia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan berlaku jika tiada sikap saling berusaha untuk membentuk keharmonian dalam hubungan. Jom ikuti 21 petua mudah ini
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Penting untuk ibu ayah yang duduk di rumah bertingkat seperti flat, apartment atau kondominium mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan anak terjatuh. Ibu ayah mesti lebih cakna bagi memastikan keselamatan anak-anak terjaga.
Ibu Ayah Yang Duduk Rumah Bertingkat
Akhir-akhir ini kes anak terjatuh dari rumah bertingkat kerap berlaku. Anak jatuh katil pun kita sudah rasa takut inikan pula terjatuh dari tingkat rumah yang tinggi. Minta dijauhkan anak-anak kita daripada kemalangan tersebut.
Tip Keselamatan Anak Di Rumah Bertingkat:
Apatah lagi sudah banyak yang kita dengar dan baca kejadian bayi dan kanak-kanak meninggal dunia akibat terjatuh dari rumah bertingkat. Ini antara tip yang ibu ayah mesti buat untuk mengelakkan perkara ini.
Lakukan Tip Ini, Elak Risiko Anak Terjatuh
1. Pasang jeriji pada tingkap dan sliding door
Jika anda tinggal di pangsapuri yang tinggi atau rumah bertingkat, pastikan tingkap dan sliding door anda dipasang jeriji. Naluri kanak-kanak yang ingin tahu dan meneroka menyebabkan mereka gemar melihat ke luar atau mencuba aksi-aksi seperti Superman. Tanpa jeriji yang selamat, anak anda boleh terjatuh dan menemui ajal.
2. Sentiasa pastikan pintu berkunci
Oleh kerana sliding door rumah bertingkat akan terus ke balkoni sudah tentu ia berisiko kepada anak kecil. Maka elakkan daripada membuka sliding door tanpa pemantauan dari orang dewasa untuk elak anak bermain di beranda tanpa pengawasan.
3. Elak meletak objek di balkoni
Jangan letak sebarang kerusi, bangku atau sebarang objek yang boleh dipanjat di balkoni anda kerana si kecil yang sentiasa ingin tahu mungkin memanjatnya untuk melihat keadaan di bawah rumah dan berisiko untuk terjatuh.
4. Pasang pagar
Selain jeriji, pemasangan pagar juga membantu mengelakkan kejadian si kecil terjatuh. Penggunaan pagar sebagai langkah keselamatan sangat penting terutama di rumah apartment. Pagar boleh dipasang di pintu berhampiran balkoni bagi mengelakkan si kecil keluar tanpa pengawasan ibu bapa.
5. Guna gajet keselamatan
Sekarang ada pelbagai gajet keselamatan yang sesuai untuk childproof di rumah anda. Bagi yang tinggal di apartment anda boleh pasang beberapa gajet ini untuk mengelakkan risiko anak terjatuh.
Kredit: www.forrent.com
Window stops : Digunakan untuk menghalang tingkap daripada dibuka lebih dari 4 inci.
Window locks: Alat ini menghalang terus si kecil daripada membuka tingkap, ia berkesan untuk menjamin tingkap tertutup.
Window guards: Ia membenarkan tingkap untuk dibuka, tetapi penggunaan ‘bar’ menghalang kanak-kanak daripada terjatuh dari tingkap. Window guards sepatutnya mempunyai ‘bar’ tak lebih daripada 4 selang beberapa inci dan sepatutnya selamat jika dipasang.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.