Inspirasi

Murahnya Hati, MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Share

Macam wakil rakyat. Itulah yang dikatakan oleh wargamaya buat pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz yang membantu meringankan beban masyarakat dengan mengisi minyak motosikal secara percuma buat mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi suasana ketika dia dan suami berada di sebuah stesen minyak bagi membantu seramai 500 rider memenuhkan tangki motorsikal mereka.

Difahamkan Bellaz bermurah hati untuk menolong mereka kerana bersyukur ramai yang menyokong perniagaannya dari dulu sehingga kini.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong bisnes kecil saya. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain.

“Semua gembira, tersenyum,” katanya berkongsi.

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, seramai 500 orang penunggang motosikal telah menerima sumbangannya.

“Ada yang beritahu saya tadi, sudah lama tak merasa isi minyak ‘full tank’. Hari ini dia dapat dan seronok kerana minyak dapat tahan lama sedikit.

“Alhamdulillah, hari ini 500 buah motosikal..penunggang semua, awak doakan saya boleh bantu ramai lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat pemurah Bellaz dan mendoakan agar perniagaan jurusolek dikenali ramai itu dilimpahkan rezeki berganda kelak.

 

@muabellaz
Alhamdulilahh 🤲🏻 Terima ksih semua yg support bisnes kecil bellaz @BELLAZ BEAUTY HQ ♬ Indah Rasa Bersyukur – Taya Tasya

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

IKLAN