
Macam wakil rakyat. Itulah yang dikatakan oleh wargamaya buat pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz yang membantu meringankan beban masyarakat dengan mengisi minyak motosikal secara percuma buat mereka.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi suasana ketika dia dan suami berada di sebuah stesen minyak bagi membantu seramai 500 rider memenuhkan tangki motorsikal mereka.
Difahamkan Bellaz bermurah hati untuk menolong mereka kerana bersyukur ramai yang menyokong perniagaannya dari dulu sehingga kini.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong bisnes kecil saya. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain.
“Semua gembira, tersenyum,” katanya berkongsi.
Menurut ibu kepada empat orang anak ini, seramai 500 orang penunggang motosikal telah menerima sumbangannya.
“Ada yang beritahu saya tadi, sudah lama tak merasa isi minyak ‘full tank’. Hari ini dia dapat dan seronok kerana minyak dapat tahan lama sedikit.
“Alhamdulillah, hari ini 500 buah motosikal..penunggang semua, awak doakan saya boleh bantu ramai lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat pemurah Bellaz dan mendoakan agar perniagaan jurusolek dikenali ramai itu dilimpahkan rezeki berganda kelak.
Watch on TikTok
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Tanam Pokok Bunga Ni Tanpa Tanah, Tanpa Baja & Tanpa Racun Tapi Hidup Subur Je!





“Bagus Pekerja-pekerja Ayah Ni..”- Enam Beradik Perempuan Ligat Sama-sama Bantu Ayah Bina Rumah!

Biasanya bila kita bercerita tentang kerja-kerja membina rumah biasanya mesti kerja bayangkan itu hanya kerja-kerja orang lelaki. Pun begitu, tidak semua mahir melakukannya, jadi cara paling mudah kita akan lantik tukang buat rumah atau kontraktor untuk merialisasikan impian membina rumah idaman untuk dihuni dengan selesa bersama anak beranak.
Namun menarik sekali dengan satu perkongsian di aplikasi TikTok, gelagat adik beradik perempuan bersemangat dan ceria membuat kerja-kerja pertukangan bagi menyiapkan rumah yang sedang dibina oleh ayah mereka. Sedikit pun mereka tidak kekok ‘bermain’ dengan simen, pasir dan batu. Ini sekali gus menarik perhatian ramai warganet hingga mendapat tontonan 180,000 jumlah tontonan dengan kepsyen “Bagus pekerja-pekerja ayah ni. Patut la berebut org nak masuk meminang”
Bermacam-macam komen diterima dan antara yang mencuit hati apabila ada netizen menulis, “Macam ni baru boleh bagi hantaran tinggi. Harga tapak hantaran RM50,000.”
Sementara itu pemilik akaun @dindasue memaklumkan, mereka adik beradik bersama-sama membantu ayah mereka untuk menyiapkan proses menyambung rumah.
Watch on TikTok
Manakala memetik perkongsian di sinar viral Nurul Nasuhah berkata, “Kami seramai enam beradik perempuan memang daripada kecil dah rajin tolong ayah buat rumah. Ayah ni dari dulu buat sendiri je termasuk rumah yang kami duduki sekarang… jarang sangat upah orang.
“Kiranya dari kecil lagi, kami semua dah bergotong royong dan diberikan pendedahan. Ketika ini ayah nak sambung sikit rumah, kebetulan pula semua adik saya ada dekat kampung sebab masing-masing terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian (online)
“Jadi kami semua termasuk emak bergotong royong, ada yang bancuh simen, ikat bata, tolak tanah dan macam-macam lagi. Hanya abang sulung saja tiada sebab bekerja ketika itu,” ujar anak ke dua daripada lapan adik beradik ini.
Menurutnya lagi, bapanya pernah menghantarnya dan seorang lagi adik perempuan untuk mengikuti kursus kemahiran dalam bidang pembinaan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
“Kiranya ada la serba sedikit ilmu dalam bidang pembinaan ini. Lagi pula sekarang ni susah sikit nak upah tukang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Tambah Nurul Nasuha lagi, jantina bukanlah halangan untuk seseorang wanita melakukan kerja-kerja yang biasa dilelopori lelaki asalkan mempunyai pengetahuain dan mementingkan keselamatan.
Sumber : TikTok@dindasue dan mStar
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Guna Belacan & Gula Merah Suburkan Tanaman. Ini Caranya!

Nak pastikan pokok yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, ikjut tip yang dikongsikan ini. Caranya cukup mudah dengan menghasilkan Air Penggalak bagi memastlkan Pokok Cili yang ditanam akan berbuah dengan lebat dan tahan penyakit.
Caranya sangatlah mudah dan hanya memerlukan beberapa bahan di dapur sahaja. Menurut saudara Izham Alias pokok cili memerlukan air penggalak tanaman yang bertindak sebagai penguat ketahanan kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit lain.
Antara bahan membuat air penggalak adalah :
Tanaman cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club