
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.
Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.
Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.
Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.
“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.
“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.
“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.
Sumber: TikTok @kokshaf
Shila Amzah Bahagia Dilayan Bak Puteri Waktu Hamil, Teruja Sama-Sama Morning Sickness Dengan Suami!

Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kalau Niat Nak Bersara Awal, Hadam Dulu Penjelasan Pengurus Sumber Manusia Ini.

Pastinya dikalangan kita inginkan bersara awal pada usia yang masih muda.
Lebih membahagiakan apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga dan dapat melakukan aktiviti yang sekian lama diimpikan.
Namun sejauh manakah kita yakin dan bersedia untuk berbuat demikian. Bimbang salah langkah menyesal seumur hidup apabila ia memberi kesan kepada ekonomi keluarga.
Apa yang pasti setiap keputusan yang mahu dilakukan harus dilakukan dengan perancangan yang sempurna. Sebagaimana nasihat puan Marlia Ramli yang juga merupakan pengurus bahagian sumber manusia (HR department).
Bacaan selanjutnya: Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk Keluarga, Ala Hidangan Di Kedai!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
MAHU BERSARA UMUR BERAPA?
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.
Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan!
Ini belum lagi citer bila dah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap akak ingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah asset tapi liabiliti.
Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya?
Akak faham agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, akak cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur.
Yang baru 20-an, untung lah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran” cam umur akak ni, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastic!
UMUR 20-AN
1. Jangan follow trend hipster
2. Bina pendapatan kecil-kecilan
3. Belajar menabung 15% – 60%
4. Cari ilmu kewangan dan belajar
5. Baca buku, hadiri seminar, cari guru
6. Mulakan tabung bersara seawal usia
7.Tanamkan mindset untuk bersara selesa
UMUR 30-AN
1.Beli takaful perubatan
2. Mulakan pelaburan secara agresif
3. Carilah peluang menjana pendapatan pasif
4.Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji
5. Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan
6 Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan
7 Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka
UMUR 40-AN
1. Lindungi asset daripada inflasi
2 Elakkan liabiliti jangka panjang
3 Fokus 100% kepada tabung persaraan
4 Menabung, menabung dan menabung
5 Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif
6. Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”
UMUR 50-AN DAN 60-AN
1. Selesaikan segala hutang piutang
2 Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi
3 Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda
4 Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta
5 Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga
6 Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa akak tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara. Akak ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun.
Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa
kak juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.
Silalah baca tulisan level cakar ayam akak tu. Akak cadangkan anda tulis matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik.
Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.
Oh ya! Macam yang akak selalu cakap, kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Akak yakin anda akan sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda.
Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri. Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambil lah tindakan segera!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Marlia Ramli
“Bertuah Ada Dua Adik Lelaki” Bapa Ainul Mardhiah Harap Boleh Jadi Pelindung Kakak!

Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sentiasa menjadi perhatian semua terus menarik perhatian ramai bila mana kini semakin bertambah sihat di kala usianya lima tahun.
Pun begitu menerusi perkongsian bapanya, Ahmad Safiuddin bersama temubual esklusif Pa&Ma, walid kesayangan Ainul ini memberitahu Ainul mempunyai sedikit kelewatan pada perkembangannya malah dibimbangi mempunyai mild autisme.
Akur dengan hal itu, bapa dan ibunya, Nurul Erwani reda kerana menyedari Ainul yang terlambat perkembangannya berbanding rakan-rakan seusianya.
“Pengalaman saya membesarkan Ainul sepanjang lima tahun ini tak susah dan tak juga mudah. Semuanya sebagai ujian dan cabaran buat saya dan keluarga.
“Cuma dari segi perkembangannya sekarang perlu lebih lagi supaya sesuai dengan usianya yang kini lima tahun.
“Untuk Ainul, terapi belum memberi kata putus samada Ainul disahkan autisme ataupun tidak, cuma ke arah itu ada atau mild autisme.
“Kalau kita panggil, dia tak akan pandang dan delay development. Sosial skill pun tak ada, tak bergaul dengan orang lain, dia ada dunianya sendiri,” kongsinya kepada Pa&Ma.
Bersyukur dengan perkembangan Ainul kini, bapa penyayang ini juga mengharapkan agar perjalanan Ainul dipermudahkan malah mengharapkan Ainul boleh menjaga dirinya sendiri di samping dua adik lelaki yang bakal melindungi kelak.
Tidak mengharapkan lebih dari Ainul, namun walid kesayangan Ainul ini mengharapkan panggilan walid dan mama keluar dari mulut Ainul suatu hari nanti.
“Saya harap sangat Ainul boleh jaga diri dia sendiri nanti. Antara yang saya nak sangat dan harapkan dari Ainul adalah perkataan mama dari mulut dia.
“Nak sangat dia panggil mama, walid keluar dari mulut dia. Saya dengar itu pun dah cukup buat saya. Bagi saya diusianya lima tahun ini, cukup dia sihat, boleh makan dan minum dan memanggil mama dan walid. Itu yang saya tunggu,” luahnya lagi.
Syukur dua adik lelaki sebagai pelindung Ainul
Malah ibu Ainul, Nurul Erwani turut mengharapkan kesemua anak-anaknya sentiasa dalam keadaan sihat. Baginya, dia amat berbangga melihat anak keduanya yang sentiasa peka dengan Ainul.
“Apa yang kita buat dekat Ainul, anak-anak lain pun akan ikut buat perkara yang sama pada Ainul. Saya bersyukur,” luahnya.
Bagi bapa Ainul, dia teramat bersyukur bila mana Allah hadirkan dua anak lelaki dalam hidupnya yang bakal menemani Ainul kelak.
“Ainul bertuah kerana ada dua adik lelaki, bodyguard untuk menjaganya kelak namun saya tidak meletakkan beban itu kepada mereka.
“Selagi saya dan isteri bernyawa, saya akan menjaga sepenuhnya Ainul dan dalam masa yang sama akan mendidik dua adiknya untuk mengambil berat pada kakaknya.
“Saya doakan isteri, anak-anak dan kami semua hidup bahagia. Cukup itu sahaja, saya cukup bersyukur, tak ada yang saya harapkan dalam hidup ini,” luahnya.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club