“Murah Rezeki Suami Bahagiakan Isteri.” Surprise Hari Jadi, Abby Muat Naik Ucapan Penghargaan Buat Suami & Keluarga Besarnya.

Share

Semalam adalah ulang tahun kelahiran Abby Abadi. Apa yang menariknya, dia diraikan dalam satu majlis yang suprise dengan kelolaan Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami Abby Sendiri, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai Ezzany.

 

Menurut Norman, majlis tersebut sebenarnya adalah atas rancangan Marissa Dania, anaknya yang menjadi pengurus projek dan beria-ia memujuknya untuk membantu membuat kejutan untuk Abby.

 

Majlis yang berlangsung meriah ketika mereka sekeluarga hadir di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA2018) di Serdang semalam.

Usai selesai majlis tersebut, Abby diberitahu ada aktiviti meet & greet, namun rupa-rupanya itu adalah kejutan untuknya apabila mereka ramai-ramai membawa keluar kek dan bunga sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi.

Bercerita lebih lanjut kata Abby dia ‘diperdaya’ oleh penganjur kononnya ada sesi ramah mesra bersama peminat sejurus selesai berniaga.

“Ini kerja Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami saya serta anak-anak dibantu team yang menjaga saya di MAHA.

“Ingatkan betullah saya ada sesi meet & greet lagi di MADA hari ini, rupa-rupanya kerja saya dah habis dah, dorang plan benda ini pula.

“Serius, memang tak sangka langsung. Saya memang ingat nak balik dah tadi sebab dah pukul 4 petang.

“Baru hantar mesej bagitahu nak balik, dorang ajak masuk ke Hall A dan surprise!” tulis Abby.

Ini kerja @normanhakim_786@memeysuhaiza suami Sy @jaiezzany serta anak2 dibantu oleh team yg menjaga Sy di Maha, Syafa, En Bukhari & Puan Nuril ☺️
Ingatkan betullah Sy ada sesi Meet & Great lagi di Kg Pulau Pisang( MADA) Hall A hari ni, rupanyaaa kerja Sy dah habis dah, dorang plan benda ni pula ?
Seriussss.. memang tak sangka langsung… Sy mmg ingat nak balik dah tadi sbb dah kul 4pm. Baru hantar msg bgtahu nak balik, dorang ajak masuk ke hall A tu.. dan supriseeee!! 

Abby yang mengakui terkejut dengan surprise tersebut bagaimana pun terharu dan gembira dengan ingatan tersebut. Dalam masa yang sama, Abby turut berterima kasih kepada suaminya yang menyediakan hadiah yang cukup istimewa.

Sumber: IG abby_abadi112