Semakin bertambah usia seseorang, segala macam penyakit yang mula menjengah. Badan berangin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit badan, angin dan lenguh-lenguh badan, boleh cuba petua ini. katanya dapat membantu menghilangkan angin dan lenguh badan.
TIP BUANG ANGIN GASTRIK
.
Adui….. angin masuk ! Sakit terguling guling. Bulan puasa ini memanglah tersilap memilih makanan masa berbuka dan bersahur akan menyebabkan angin dan gastrik terutama yang berempah ratus dan berminyak juga pedas.
.
“Jintan manis ni bagus untuk masalah angin , gas asid semua tu sekali dengan cuci usus..kalau amalkan boleh kempis perut jugak ” terang emak kepada Achu sambil mengambil periuk nak merebus Jintan Manis.
.
“Eloklah Dik minum ni. Memang dah lama dengar pasal khasiat jintan manis ni. Orang tak tahu sangat khasiat pasal tak belajar bab bab herba rempah ratus ” saya menambah bagitahu adik.
Ambil 1 sudu jintan manis
Dan direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih.
Di minum 3 kali sehari dengan 1 gelas setiap kali minum di waktu pagi , tengahari dan malam. Selama 21 hari berturut turut.
Seminggu pertama proses neutralization buat Achu jadi banyak membuang angin dan berpeluh peluh. Setelah di buat pemeriksaan semula ( scope ) ulcer dan keradangan sudah pun hilang. Leganya hati kami.
Sehingga sekarang ini masalah gastrik dan angin tiada lagi mengganggu Achu. Ceria sentiasa. Kalau tidak asyik moody sahaja.
Sesekali menjadi amalan kami bila berkumpul sekeluarga minum Teh Misai Kucing yang di campur dengan secubit Jintan Manis.
Begitulah kisah kami yang suka bahan alami dan mudah dapat di dapur.
SuzyHoney
Berkongsi dari pengalaman
Semoga memberi manfaat.