Murah ke Mahal, Asalkan Beli Guna Duit Sendiri. Minat Orang Berbeza-Beza, Abai Jer Makcik Bawang Tu!

Share

Pernah tak bila kita atau orang lain beli sesuatu, mesti akan diusiknya! Dah macam jadi habit pula.  Kalau mengusik untuk meraikan bersama mereka ok lagi, tapi kalau mengusik untuk dibanding dan dikritik tu yang bahayanya! Dah sama level dengan makcik bawang!

AWAS YE!!! Kita tak tahu keupayaan seseorang tu untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini, malah setiap orang mempunyai citarasa masing-masing untuk memenuhi kehendak mereka. Jadi, kita sebagai orang luar ni, selayaknya turut sama berkongsi kegembiraan bersama mereka. Bukannya dengan merendahkan lagi. Ok?

Misalnya seperti yang dikongsikan oleh Nuraisyah Abu Husin ni. Jom ikuti perkongsiannya. 

MASYARAKAT KITA DAH TENAT

semalam staff sya beli gelang emas baru, tp dekat office dia mcm sorok2 tangan.. staff sorg lagi bagitahu, dia beli gelang baru tapi malu kalau bos nampak sebab bos pun xpakai emas.

I was like? seriously? kenapa pulak? apa kena mengena dgn aku?

Then masa lunch sya tegur dia, cantiknye gelang ! Dia malu2.. dia cakap ala murah je bos, kita simpan2 duit beli.. malu nak tunjuk ke org, nnt org cakap org kaya pun xpakai gelang mcmni.. bos pakai gelang nipis je tu.. tu kat fb ramai org kecam org kaya vs org miskin. yg kaya minum kopi mamak, yg miskin minum starbuck.

Hahhahahaha aku cam nak berguling gelak.. kau dah kenapa?

Papepun, masyarakat kita ni yg punca jadinya kita asik membeza2. Yg beli pakai hasil titik peluh sendiri pun jadi malu nk reward diri. Takut dilabel mcm2. Kesian staff sya.

gambar hiasan

Apa je makcik bawang kat malaysia ni tak compare? bukan setakat gelang emas, susu tepung vs breastfeeding, beranak normal vs czer, bersalin swasta vs gomen. anak sipolan dapat straight A’s, anak kau 1 A pun takde. Surirumah vs wanite berkerja. Haiihhh tu belum ada apa2 isu hangat, berduyun2 mak2 bawang mengecam mcm semua confirm ahli syurga..

Apa2 pun, just be yourself. Biarlah apa org nak kata, dorg hanya boleh berkata2. Selagi kita tak susahkan org, you are on the right track.

Minat kita lain2. Ada org suka bag branded, ada org suka emas, ada org suka travel, ada org suka modify kereta, ada org suka basikal sampai beribu2, ada org suka masak kat rumah and ada yg suka food hunting kat luar, so what? tapi yg plg hina is ada org kejenye asik membawang psl org 🤣

Ingat ni, kekayaan yg paling mahal adalah hati yg tenang dan bahagia. bahagialah dgn cara anda sendiri, tu paling penting.

Hablum minallah hablum minannas gais !