Selepas menahan sakit lebih 16 jam. pelakon Ardell melahirkan bayi sulungnya pada 5 Jun yang lalu. Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell melahirkan anak mereka secara normal pada pukul 2.22 pagi.
Kegembiraan Ardell Aryana bergelar ibu bagaimana pun tidak dapat diraikan bila mana dia hanya dapat berjumpa bayinya selepas tiga hari melahirkan. Kisah tersebut dikongsikan oleh Ardel. Menurutnya, sebaik sahaja bersalin dia mengalami muntah-muntah dan pengsan selepas kejadian turun darah. “Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan. “Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulisnya.
Ardell berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) anaknya @babyadhwardell. Difahamkan IG tersebut diwujudkan bagi menceritakan perjalanan serta perkembangan anak mereka.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video ketika saat berada di hospital melahirkan anak pertamanya pada 5 Jun lalu.
Pun begitu, Ardell kini dilaporkan semakin sihat. “Alhamdulilah hari ini Umi saya dah semakin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . “Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” katanya.
Sementara itu nadzmi dalam satu perkongsian di laman instagramnya tidak dapat menahan rasa sebakdan gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
Ads
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Memanfaatkan masa yang terluang dengan melakukan aktiviti menanam pelbagai pokok bunga bukan sahaja akan memberi kepuasan kepada mereka yang meminati bunga malah secara tidak langsung menjadikan panorama indah di kawasan laman rumah.
Tambahan pula tidak dinafikan hobi bercucuk tanam ini adalah sebagai salah satu terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, perlu difahami bila menanam pokok bunga ianya perlu dijaga rapi agar hidup subur dan berbunga lebat.
Umpamanya jika menanam pokok bunga Ros Jepun. Diakui pokok ini mudah hidupnya dan sentiasa berbunga. Namun bila anda terlihat pokok Ros Jepun yang ditanam terlihat kering, togel tidak berdaun maka sesuatu perlu segera dilakukan untuk menyelamatkan pokok tanaman tersebut.
Nak tahu bagaimana caranya?
Jom baca perkongsian daripada Sabariah Sisa dan semoga pokok Ros Jepun yang anda tanam akan kekal menghiasi ruangan laman kediaman anda. Selamat mencuba!
Korang pernah tak Rose Jepun jadi macam ni. Kalau Rose Jepun korang dah jadi macam ni jangan panik, maksudnya pokok Rose Jepun ni kena tanam balik.
1) Mula-mula korang kena cungkil pokok-pokok yang kering tu dan kerat bahagian yang masih
subur.
2) Sebelum nak tanam semula, korang gembur dulu tanah asal tu. Balik-balik kan tanah tu. Kalau tanah tu keras bolehlah bagi sikit air biar mudah digembur. Kemudian sab campurkan dengan tanah kompos.
3) Siap gembur tanah, ambil keratan pokok yang masih elok tadi untuk tanam semula. Pastikan keratan tu panjangnya 2 ruas pada jari. Buangkan daun kat bahagian bawah keratan tu. Boleh tinggalkan dalam 2-3 helai daun saja.
4) Tadaaaa.. dah siap cucuk dah. Sab tanam rapat-rapat supaya nanti daunnya merimbun. Nak tanam jarak-jarak pun ok saja.
5) Ini hasilnya lepas 2 minggu. Pastikan
korang letak Rose Jepun ni di tempat
yang kena cahaya matahari sebab dia
suka panas-panas.
Hari ini rakyat Malaysia digemparkan kisah yang menyedihkan apabila tular kejadian seorang murid lelaki darjah enam merogol kanak-kanak berusia empat tahun. Di katakan perlakuan itu berlaku ekoran kesan murid darjah enam itu melihat paparan video lucah dalam telefom bimbit ahli keluarganya.
Kejadian itu telah memberi impak kepada setiap ibu bapa sehingga melahirkan kerisauan kepada anak-anak.
Perkongsian lelaki ini sungguh inspirasi apabila membincangkan sejauhmana tindakan yang perlu ibu bapa lakukan. Info yang sungguh bermanfaat untuk memantau anak-anak apabila menggunakan telefon bimbit.
Murid Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun.
Ibu-bapa wajib belajar teknik pemantauan ini.
Menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan. Itu 3 perkataan yang boleh kita gambarkan apabila terjadinya perkara yang menyakitkan ini.
Mencari siapa perlu dipersalahkan dan apa yang perlu dipersalahkan adalah perkara biasa dilakukan orang.
Apa kata kita kalih sedikit pandangan dan buka mata seluas-luasnya bagaimana kita boleh elakkan perkara ini dari terjadi lagi.
Dua aspek utama dalam penyelesaian sesuatu masalah adalah benda di luar kawalan dan di dalam kawalan. Di dalam kejadian ini, ramai yang menyalahkan gadjet, video, internet dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menyekat sepenuhnya laman web pornografi dan aplikasi yang menjurus ke arah yang tidak baik.
Kebanyakan dari apa yang saya nyatakan di atas tidak boleh dikawal. Gadjet dan telefon pintar telah menjadi keperluan berbanding kehendak pada beberapa tahun yang lepas. Video yang dimuat turun dari internet atau dikongsi dari kawan juga kita tidak boleh kawal sepenuhnya dan capaian ke laman web pornografi sampai bila-bila pun kita tidak dapat sekat 100%.
Apa sebenarnya kanak-kanak yang tak dipantau ini tengok di telefon pintar mereka?
1. Gambar dan video lucah 2. Video wanita dan kanak-kanak berjoget di Tik Tok 3. Live video wanita seksi di Bigo Live 4. Berbual tanpa batasan dengan sesiapa pun tidak kira jantina.
Ini semua menjurus kepada keinginan untuk mencuba dan keseronokan yang mereka tidak cukup faham mengenai keburukannya.
Jadi, apakah kita tiada kawalan langsung? Pastinya ada tetapi memerlukan ibu-bapa sedikit celik dengan perkembangan teknologi telefon pintar dan aplikasi yang berkaitan.
Pertama sekali, kawalan dan pemantauan penggunaan telefon pintar anak. Set masa setiap hari untuk memeriksa telefon anak. Apa yang perlu kita periksa? Kita mulakan dengan aplikasi yang tidak baik dan menjurus ke arah pergaulan tidak baik dan seks.
1. Bigo Live 2. Tik Tok 3. Snapchat 4. Tinder 5. Tagged 6. Kik.
Kesemua aplikasi ini pada mulanya dicipta untuk tujuan yang baik tetapi akhirnya digunakan untuk bersosial secara melampau dan tiada batasan. Aplikasi live, aplikasi chatting ini kebanyakannya tidak dipantau oleh pembuat aplikasi yang seronok mengaut keuntungan dari iklan dan lain-lain jualan di aplikasi tersebut.
Jika ada yang menggunakan aplikasi itu dengan cara yang baik, itu hak anda, tetapi aplikasi itu tetap tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Ada dua lagi kategori aplikasi yang perlukan lebih penerangan.
1. Wajib pantau semua aplikasi LIVE yang seakan Bigo Live. Ada aplikasi seperti itu yang tiada dalam playstore atau appstore dan kebarangkalian di masukkan dari perkongsian telefon kawan dan laman web. Cari aplikasi yang ada perkataan LIVE dan buka aplikasi itu dan periksa sendiri bagaimana ia berfungsi.
2. Aplikasi vault (peti besi). Aplikasi ini ada bermacam jenis dan nama. Fungsi utamanya adalah untuk menyorok fail dari pandangan orang lain yang menggunakan telefon itu. Contohnya folder rahsia yang di dalamnya mempunyai gambar-gambar dan video yang pemilik telefon mahu rahsiakan dari orang lain. Cari aplikasi yang mempunyai nama VAULT, SAFE, SECURE, FOLDER, SECRET, HIDE, HIDDEN, ARCHIVE, PERSONAL, PARELLEL DAN PRIVATE.
Ada juga kemudahan menyorok fail ini terbina dalam terus di dalam telefon dan tidak perlu download atau instal aplikasi untuk menggunakannya. Cari dan lihat apa yang disorokkan anak menggunakan aplikasi ini.
Samsung Secure Folder. Huawei Private Space. Xiaomi Second Space. Vivo Private Space.
Akhirnya, ada satu lagi cara licik yang memerlukan anda faham bagaimana ianya berfungsi. Ia tidak memerlukan apa-apa aplikasi pun. Tetapi semua gambar dan video boleh disorok di dalam folder itu.
Buka sahaja apa-apa file manager (contohnya MY FILES untuk samsung). Cari pilihan settings untuk “Show Hidden Files”.
Konsep hidden files di android mudah sahaja. Semua files dan folders yang ada NOKTAH atau TITIK di hadapan nama fail secara automatiknya dianggap sebagai “hidden file atau folder”. Mereka yang licik akan hide semua gambar dan video di dalam hidden folder ini. Mereka hanya perlu cipta satu folder baru dengan apa juga nama beserta titik di hadapan nama folder itu. Hasilnya, semua fail tak kira gambar atau video di dalam folder yang disorok itu tidak akan kelihatan di gallery.
Pilih untuk show hidden files dan carilah folder yang ada titik di hadapan. Bukan semua folder sebegitu dibuat secara sengaja untuk menyorok file, ada yang dicipta oleh aplikasi di telefon sendiri untuk kegunaan lain.
Sudah sampai masanya kita perlu lebih berilmu untuk tidak ketinggalan dan dipermainkan anak-anak kita. Umur 12 tahun ini walaupun otak mereka sangat cergas dan mudah mempelajari semua benda, tetapi konsep membandingkan apa yang baik dan buruk itu masih lemah.
Tanggungjawab itu masih di tangan ibu-bapa dan jalankanlah ia dengan baik. Jika anda tidak tahu berkenaan hal yang saya sebutkan di atas, ketahuilah yang kebarangkalian anak anda terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak baik ini adalah tinggi dan tanpa pengetahuan anda.
Hasilnya, datang keinginan untuk mencuba dan meniru serta melakukan apa yang mereka lihat. Itu yang terjadi dengan kes budak darjah 6 merogol anak kecil berumur 4 tahun baru-baru ini.
Pantaulah anak anda, kenali kawan-kawan mereka dan ajar serta didik mereka mengenai apa yang baik dan tidak baik. Terangkan kenapa, mereka perlukan sebab. Jika tiada sebab, memang susah untuk mereka faham kenapa tidak boleh melakukan itu dan ini.
Akhir sekali, didik anak kita mengenai apa yang orang lain TIDAK BOLEH LAKUKAN terhadap dirinya. Contohnya seperti menyentuh dan memegang tempat sulit. Ajar juga mereka untuk meronta atau menjerit serta mengadu mengenai perbuatan itu.
Semoga anak-anak kita dilindungi sentiasa dan dijauhkan dari kejadian-kejadian yang buruk.
Kongsikan maklumat dan info penting ini supaya ibu-bapa lebih berilmu dan peka mengenai aktiviti anak di telefon bimbit mereka.
Semoga panduan ini menjadi rujukan ibu bapa bagi memantau penggunaan smartphone anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Empat Orang Anak Berkongsi Tarikh Lahir, Keluarga Ni Cukup Luar Biasa!
Sesuatu yang menakjubkan! Mungkin itu yang dapat digambarkan bagi keluarga yang berasal daripada negara Singapura ini apabila dianugerahkan empat orang cahaya mata berkongsi tarikh lahir yang sama.
Pasangan suami isteri Salihin Ahmad Perbah, 49 tahun dan Khairunnisa Abdul Karim, 39 tahun ini tidak sama sekali menyangka setiap kelahiran adalah adalah pada tarikh 6 September. Malah apa yang lebih istimewa, anak pasangan ini bukannya kembar dan dilahirkan secara normal.
Ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan oleh mediacorp.sg. Difahamkan empat orang anaknya itu adalah Shahin Khalish 12 tahun (2011), Sairish Khaila 10 tahun (2013), Shaila Kheisha lapan tahun (2015) dan yang terbaru Shaira Khaira.
“Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan, Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.
“Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama,” cerita Encik Salihin mengenai anak keempat dengan berat 2.91 kilogram yang dilahirkan pada pukul 12.18 tengah hari.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph, merupakan doktor yang menyambut kelahiran semua empat anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa di Hospital Raffles.
Bagi tiga anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa, kelahiran adik bongsu mereka ibarat hadiah hari jadi yang tiada tolok bandingnya.
Manakan tidak, mereka “memang selalu minta nak adik” dan dapat adik pula pada tarikh yang sama dengan hari lahir mereka.
“Mereka kata semua hadiah yang mereka dapat nak beri ‘baby’ baru sebab mereka sudah puas dengan semua hadiah,” kongsi Encik Salihin mengenai telatah anak-anaknya itu.
Menceritakan tentang sambutan hari jadi mereka, Encik Salihin menyifatkannya sebagai “memang meriah”.
“Setiap kali kami menyambut hari lahir memang meriah, terutama sekali (selepas anak) yang ketiga. Hadiah yang kami dapat hampir-hampir setengah bilik mereka,” cerita Encik Salihin lagi.
Dengan kehadiran anak keempat, yang sama tarikh lahir, Encik Salihin merancang untuk pergi bercuti sekeluarga pada hari lahir mereka.
“Insya-Allah (dengan anak) yang keempat ini mungkin kami nak pergi bercuti sahaja. Memang saya rancang nak bercuti untuk hari jadi anak-anak tahun ini. Tapi bila dapat tahu isteri mengandung, saya tunda tahun depan,” cerita Encik Salihin.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...