Gara-gara makan sebungkus coklat, seorang budak perempuan kritikal. Difahamkan mangsa mengalami muntah darah selepas memakan sebungkus coklat yang telah tamat tempoh.
Difahamkan coklat berkenaan telah dibeli oleh seorang saudaranya sebagai hadiah ketika mangsa bersama ibu-bapa untuk mengunjungi rumah saudara-mara.
Apa yang mengejutkan kanak-kanak itu telah mengalami muntah darah. Bagaimana pun keadaan kanak-kanak yang baru berusia setahun itu semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan di Punjab.
Hasil ujian awal mendapati mangsa memakan coklat yang tercemar atau telah tamat tempoh sehingga menyebabkan keracunan makanan atau muntah darah.
Makanan Lain Turut Tamat Tempoh
Apa yang mengejutkan, hasil soal siasat pemilik kedai itu didapati tidak mempunyai pengetahuan mengenai produk makanan yang tamat tempoh dan ada beberapa makanan lain yang tamat tempoh.
Nampak biasa-biasa aje, anak makan makanan tamat tempoh namun ia sebenarnya boleh membahayakan nyawa terutama anak yang masih kecil yang daya imunisasinya masih rendah.
Sehubungan itu, ibu ayah ambil peduli mengenai makanan tamat tempoh agar ia tidak memudaratkan kesihatan anak-anak yang mana boleh membahayakan nyawa.
Sumber: Sinar Harian
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
NAK JOINT DAFTAR DI SINI
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my