“Mungkin Tak Perlu Buat Pembedahan” Cyst Dalam Rahim Mengecut, Jasmin Hamid Lega Bebas Kanser Rahim!

Share

Syukur pada Allah! Itulah perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh pelakon, Jasmin Hamid yang kini semakin beransur baik selepas disahkan oleh doktor cyst yang alaminya sebelum ini bukanlah kanser rahim.

Bahkan Jasmin menarik nafas lega bila dimaklumkan ketumbuhan yang terdapat di dalam rahimnya itu juga kini semakin mengecil.

Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini.

“Doktor maklum saya bebas kanser rahim. Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut.

“Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu,” katanya yang teramat bersyukur atas doa semua.

Tambah Jasmin lagi, keadaannya kini juga semakin baik dan menunjukkan peningkatan.

“Doktor beritahu kesihatan saya makin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas dari kanser rahim.

“Alhamdulillah ini semua dengan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan yang sayangkan saya, ” ujarnya lagi.

Pun begitu kata ibu cantik manis ini, dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.

Terdahulu, Jasmin dikejarkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) selepas mengalami serangan jantung dan mengalami pendarahan pada rahim.

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club