Sedangkan terhiris pisau pun kita dah terasa sakitnya, apatah lagi bila terputus salah satu jari yang selama ini elok di tangan kita.
Itulah yang terjadi buat Pelakon Shahronizam Noor dan menyifatkan kehilangan jari kelingking kiri yang putus ketika memotong ayam untuk memberi kucing makan di rumahnya pada 10 April lalu, sebagai ujian kecil daripada Allah.
Memetik laporan Harian Metro, Shahronizam ketika ditemui berkata, anggota badan seperti jari itu adalah pinjaman daripada Allah dan bila-bila masa saja boleh diambil semula dalam apa keadaan yang menjadi penyebabnya.
“Apapun, saya bersyukur kerana tidak panik ketika berhadapan kemalangan dan saat cemas bersendirian di rumah. Isteri saya, Safura ketika itu berada di Singapura kerana mengikuti karnival jualan sempena Ramadan di sana.
“Saya dihantar ke Hospital Ampang untuk dapatkan rawatan dengan bantuan jiran. Alhamdulillah, sedikit pun saya tidak panik kerana penting untuk saya memastikan keadaan diri stabil dan tenang. Benda pun dah jadi.
Ads
“Pada isteri pun, saya hubungi dia beritahu hanya alami kemalangan kecil dan ringan saja. Ini kerana, saya tidak mahu dia (isteri) rasa panik dan fikir macam-macam sebab perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur dari Singapura itu jauh.
“Lagi pula, saya sudah menerima rawatan di hospital. Jadi, tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Cuma, saya yang harus utamakan keselamatan perjalanan pulang isteri ketika itu,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga penerimaan orang tuanya di kampung ketika balik beraya pada Aidilfitri lalu, Shahronizam berkata, ibunya agak sedih melihat dia sudah tiada jari kelingking.
Ads
“Emak saya memang sedihlah bila tengok jari kelingking saya sedikit saja yang tinggal. Tapi, benda dah jadi, sabar sajalah. Benda pun sedikit. Kita pun semua ini pinjaman. Mungkin sekarang jari yang diambil oleh Allah. Esok nanti, badan kita pula. Pinjam saja, tak ada masalah pun,” katanya.
Shahronizam berkata, dia juga bernasib baik mempunyai perlindungan insurans peribadi, namun mengakui tidak membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Seorang wakil daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hubungi saya bertanya ada mencarum Perkeso atau tidak. Bagaimanapun, Presiden Seniman langsung tiada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
Ads
“Rasa terkilan juga sebab saya ahli Seniman dan kenal lama juga dengan Presiden sebagai rakan sesama pelakon. Tapi, tiada pun nak menghubungi atau menghantar mesej bertanya khabar. Saya bukan minta bantuan pun, cukuplah tanya khabar saja,” katanya.
Shahronizam bertemu jodoh dengan penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob pada 2006 dan mempunyai empat cahaya mata.
Sumber : Harian Metro
https://www.dailymotion.com/video/x8f72ub
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BEREBUT TEMPAT DUDUK BALIK DARI SEKOLAH
Sebagaimana laporan Harian Metro, ibu mangsa mendakwa remaja berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Johor
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.
Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
BALING PISAU KE ARAH MANGSA
Gambar sekadar hiasan
Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
“Suspek ditahan dan perintah tahan reman akan dipohon.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk membuat pengeluaran khas KWSP yang bermula 1 April lalu. Pengeluaran ini sebenarnya sedikit sebanyak dapat meringankan beban orang ramai mengikut kepentingan masing-masing.
Antaranya ada yang membuat pengeluaran sebagai simpanan sendiri, ada yang memilih untuk membayar hutang, jadikan modal untuk perniagaan, kegunaan untuk keselesaan hidup dan sebagainya.
Misalnya seperti yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi Tiktok @hello_eyka baru-baru ini, dia dan suami bersepakat hasil pengeluaran KWSP untuk membeli sebuah kereta untuk kegunaan dan keselesaan keluarga kecil mereka.
Meskipun nilainya tidaklah seberapa, namun kejayaan untuk memiliki kenderaan berbumbung itu cukup memberi makna besar bagi mereka yang selama ini hanya berhujan panas dengan motorsikal sahaja.
“saya anak dua baru rasa ada kereta sis sbelum ni pergi mana naik motor dengan panas2 anak nak susu terpaksa duduk tepi jalan buat susu.” tulisnya di ruangan komen.
Meninjau di ruangan komen, ramai antara mereka terasa terharu dan menumpang kegembiraan keluarga itu memiliki kenderaan sendiri. Malah, ada juga yang senasib seperti mereka dengan menggunakan wang KWSP untuk miliki kenderaan berbumbung ini buat pertama kalinya.
Daun kari adalah merupakan bahan masakan yang wajib ada sebagai pelengkap apabila memasak masakan kari.
Ada juga mengunakan daun kari untuk mengoreng ayam dan buttermilk chicken.
Apa yang pasti aroma daun kari menjadikan hidangan lebih enak. Bukan itu sahaja, ada juga menjadikan pucuk daun kari sebagai ulam. Memang berkhasiat untuk kesihatan anda.
Biasanya kita akan membeli dikedai sahaja daun kari, apa kata cuba tanam di halaman rumah pula. Cara nak tanam pun mudah. Apabila pokok daun kari sudah ada di rumah, boleh ambil bila-bila masa bila perlu. Lagi segar!
Menarik dengan perkongsian oleh puan Nomie Mat Lias, beliau menunjukkan cara menanam daun kari dengan menggunakan batang atau ranting pokok daun kari. Tak perlu susah-susah pergi ke nurseri, guna ajer batang kari semasa beli di kedai runcit.
Ini caranya.
1.Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari.
2.Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3.Jika panjang, kerat 2/3.
4.Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5.Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6.Cucukkan batang kari tadi.
7.Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8.Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9.Pindahkan ke tanah / pasu besar.
Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.