“Mungkin Saya Galas Kesilapan Sendiri.” Anak Terikut Gaya Hidup ‘Urban’, Azhar Sulaiman Usaha Bimbing Keluarga Dekati Islam!

Share

Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Tidak kira bagaiamana sekali pun, matlamatnya sama supaya anak-anak membesar menjadi orang berguna.

Namun perumpamaan ada mengatakan anak-anak itu ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkanya. Jika salah percaturan pasti memberi kesan pada anak-anak. Demikian juga dengan aktor yang terkenal suatu ketika dahulu.

Menurut pelakon Azhar Sulaiman, dia mengakui membesarkan keluarganya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan anaknya terutama Kasih Iris Leona, 18, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Pun begitu, sebagai ketua keluarga Azhar berkata dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.

“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi.

“Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.

“Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.

“Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan. Insya-Allah mereka pasti sedar,” katanya kepada Gempak.


Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden.

Terbaharu, Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.

Sumber: Astro Gempak & azharbsulaiman