Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Tidak kira bagaiamana sekali pun, matlamatnya sama supaya anak-anak membesar menjadi orang berguna.
Namun perumpamaan ada mengatakan anak-anak itu ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkanya. Jika salah percaturan pasti memberi kesan pada anak-anak. Demikian juga dengan aktor yang terkenal suatu ketika dahulu.
Menurut pelakon Azhar Sulaiman, dia mengakui membesarkan keluarganya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan anaknya terutama Kasih Iris Leona, 18, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Ads
Pun begitu, sebagai ketua keluarga Azhar berkata dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.
“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi.
Ads
“Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.
“Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.
Ads
“Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan. Insya-Allah mereka pasti sedar,” katanya kepada Gempak.
Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden.
Terbaharu, Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.
Memilik rumah yang cantik dan kemas sudah tentu idaman semua orang. Namun, jika rumah tiada susun atur yang sempurna ‘serabut’ jadinya. Lebih-lebih lagi jika suami isteri yang bekerja. Sudah tentu kena pastikan rumah sentiasa kemas barulah apabila pulang dari berkerja, rasa tenang je melihat rumah kemas.
Cara yang dipraktikkan susun atur wanita ini begitu inspirasi. Beliau memastikan semua barang ‘disorokkan’ di dalam kabinet supaya rumah kemas dan bersih. Sedap mata memandang!
Biarpun secara kasarnya rumah nampak kosong tapi suasan rumah cukup tenang untuk dinikmati. Ikuti perkongsian ini.
Rentetan ruang tamu hari tu. Bila ada rumah sendiri, baru tahu ‘pening kepala’ nak sorok barang-barang. Tangga lah, penyapu lah, macam macam lah. Kalau boleh nak sorok. Tak nak bagi orang nampak.
Dapur dengan bilik je belum settle. Sikit-sikit dulu.So kali ni saya share sekali semua benda yang menyebabkan rumah saya nampak ‘kosong’ padahal semua dah disorok.
Menarik kan idea kan. Rumah pun nampak kemas sentiasa!
Kredit: Nurul Fateha Abdul Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi. Berkongsi tentang serangan jantung ini, Dr Erna Nadia berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi cemas pesakit yang terlibat kemalangan akibat terkena serangan jantung.
Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi lebih cakna untuk kita semua menjaga kesihatan jantung untuk seisi keluarga dan sekiranya ada tanda-tanda awal seperti yang dinyatakan, perlulah segera mendapat rawatan doktor.
Ikuti perkongsian kisahnya di sini.
‘Doktor, jom cepat ada orang kemalangan depan pintu hospital!’ Berlari laju lah saya seperti biasa.
Masa adalah nyawa.
Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki dalam keadaan tidak selesa, bukan sebab keretanya terbabas ke tepi longkang tapi tangan kanannya menekan dada kirinya. Berkerut dahinya, berpeluh muka dan badannya.
‘Shot! MI ni! Cepat keluarkan dia dan terus ke ED!’ (MI tu myocardial infarction aka heart attack)
Nasiblah betul betul sebelah pintu ED.
Sampai katil, ecg memang sah sahlah MI.
Maka, bermulalah segala proses rawatan untuk pesakit yang kena serangan jantung sebelum beliau dihantar ke hospital yang mempunyai pakar jantung dan fasiliti berkaitan.
Tak boleh terlambat kalau lambat nanti proses baikpulih akan lambat dan meninggikan risiko kematian juga. Kena cuba sehabis baik untuk selamatkan pesakit. Masa tu takde masa dah nak jadi comel atau apa.
Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi.
Sangat sakit kerana darah tak sampai pada salah satu salur darah besar di dalam jantung menyebabkan bahagian jantung itu tidak mendapat bekalan darah. Sebab tu kena cepat rawat atau jantung akan terus berhenti berdenyut.
Membaca berita yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan mengenai seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia selepas menyertai latihan merentas desa di sekolah, serba sedikit terkesan pada diri kita sebagai ibu bapa.
Tiada siapa menduga kejadian seperti ini boleh terjadi dan mengetahui lanjut tentang berita ini, jom baca selanjutnya.
Pelajar lelaki sebuah sekolah agama meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai latihan merentas desa di Sungai Besar, semalam. Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sebelum kejadian, pelajar itu menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer. Ini yang dilaporkan Harian Metro.
Menakala kisah ini turut mendapat liputan di Sinar Harian yang mana menurut apa yang dikongsikan di akhbar tersebut, kasut bola menjadi permintaan terakhir adik Muhammad Shaharif Mohd Sarbaini, 16 yang merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) Sungai Besar. Bapanya, Mohd Sarbaini Kamarul Baharin, 50, berkata, arwah anaknya itu sempat bersembang dan memintanya membelikan kasut bola baharu pada malam kelmarin.
"Arwah nampak pelik malam sebelum kejadian. Biasanya arwah serius, tapi malam itu dia bergurau dengan saya.
"Saya bertanya kepada arwah sama ada dia inginkan sesuatu, arwah tersenyum dan maklumkan dia inginkan kasut bola untuk digunakan semasa pemilihan pemain bola sepak sekolahnya," katanya.
Mohd Sarbaini yang menetap di Parit 8 Sungai Besar berkata, dia terkilan kerana tidak sempat membeli kasut bola seperti dihajati Muhammad Shaharif.
"Saya memang berhasrat hendak beli kasut bola untuknya, tapi takdir menentukan arwah pergi dahulu meninggalkan kami sekeluarga," katanya.
Ujarnya, Allahyarham Muhammad Shaharif seorang yang aktif dalam sukan termasuk mewakili sekolah ke peringkat negeri dalam sukan kriket.
"Saya dimaklumkan arwah sempat menamatkan latihan merentas desa dan menduduki tempat keempat.
"Sejurus arwah sampai (menamatkan larian) ke sekolah, rakannya memberitahu Muhammad Shaharif terus mendapatkan air dan baring di beranda surau.
"Rakannya menghampiri arwah pada mulanya menyangka Muhammad Shaharif terlalu penat tapi terkejut apabila mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri," katanya.
Katanya, dia yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Sungai Besar dihubungi seorang guru memaklumkan anaknya pengsan selepas latihan merentas desa dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar.
"Namun, segalanya berakhir apabila pegawai perubatan mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia.
"Saya reda dengan ketentuan ALLAH kerana arwah merupakan anak yang baik dan mendengar kata," katanya.
Katanya, jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Terap jam 10.20 pagi tadi (artikel ini disiarkan pada 15 Janurai)
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan kejadian terbabit.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
"Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.