Belum reda dengan isu penceraian dalam rumah tangga selebriti, kali ini digemparkan lagi dengan bayangan perpisahan oleh pelakon Zulin Aziz yang seakan akan berpisah.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Zulin sendiri, dia menyatakan bahawa berkemungkinan kisah rumah tangganya akan berakhir sampai di sini sahaja.
Lebih meyankinkan apabila Zulin turut memaparkan gambar nikahnya dengan kapsyen yang menunjukkan seolah-olah tiada persefahaman sebagai punca.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Zulin turut memohon doa daripada orang ramai untuk dirinya pada masa akan datang serta berharap agar masa akan merawat semuanya.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InsyaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care,” luanya.
Sementara itu, rata-rata warganet terkejut dan meninggalkan pelbagai soalan di ruangan komen seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Tak ketinggalan, penyanyi dari seberang Upiak Isil turut meninggalkan responnya di hantaran tersebut.
Untuk rekod, baru setahun Zulin Aziz mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Farhan pada 20 Februari 2022 lalu.
Sumber: Instagram Zulin Aziz