Ini bukanlah kali pertama pelakon Datin Almy Nadia menerima komen body shaming daripada netizen yang menyentuh mengenai bentuk badannya.
Terbaru, isteri kesayangan Dato Fizz Fairuz ini menerusi laman instagramnya, memuat naik komen seorang individu yang mengutuk fizikalnya.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini itu juga berkongsi paparan skrin gambar akaun Instagram individu tersebut yang merupakan seorang wanita.
“Sis, tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri gemuk kenapa nak promosi weight loss untuk followers kau?
“Sis, tak malu ke badan macam itu lagi nak upload video tengah makan,” komen individu itu.
Menjawab komen hinaan itu, pelakon berusia 36 tahun ini tetap tenang dan mengajak orang ramai mendoakan agar individu tersebut diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tidak kecil hati dengan kritikan berkenaan, Almy berkata pemilik akaun Instagram itu kemungkinan tidak mendapat kasih sayang yang cukup selain menjalani kehidupan yang menyedihkan.
“Semoga pemilik IG ini dapat reda dengan apa yang dia lalui. Mungkin zaman makin moden, pemilik IG ini kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat.
“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia dan akhirat… minta semua doa yang baik-baik, tolong. Saya tak kisah tahu… saya sangat-sangat okay saja,” ujarnya mengulas mengenai body shaming
Sebelum ini Almy yang kerap membuat ulasan makanan di laman sosial meluahkan rasa sedih apabila beberapa individu di laman sosial.
Sehinggakan ada mengaitkan keguguran yang dialami ketika itu berpunca pengambilan makanan untuk ulasan di media sosial.
Almy Nadia mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club