Peti ais merupakan peralatan elektrik yang penting dalam sesebuah kediaman. Di sinilah kita menyimpan stok makanan dan juga bahan mentah untuk di masak nanti.
Tanpa peti ais, kerja-kerja memasak akan menjadi sukar kerana kita perlu keluar membeli mahan mentah setiap hari. dan lauk lebihan semalam pasti akan basi jika tidak di simpan di dalam peti sejuk.
Namun salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh pengguna peti sejuk adalah apabila ianya tiba-tiba menjadi tidak sejuk.
Tentu anda merasakan yang ianya perlu ditukar atau dibeli lain namun perlu diingatkan, harga bagi sebuah peti sejuk berharga RM 800 ke atas.
Masalah ini dapat diatasi apabila seorang pemuda berkongsi cara untuk memperbaiki peti sejuk jika anda menghadapi masalah seperti ini.
Menurut seorang pengguna TikTok yang terlibat dalam bidang membaiki peti sejuk, Zuhri (@sayazuhri) mengajar satu cara untuk ‘menyejukkan’ kembali peti ais anda dengan hanya menggunakan satu peralatan sahaja.
Dalam videonya yang berdurasi dua minit 42 saat, beliau berkongsi kisahnya apabila diminta untuk membaiki peti ais pelanggan pada waktu malam.
@sayazuhri Urgent case katanya. , peti ais tiba-ii tak sejukk. #learnonzuhri #ticerzuhri #repairpetisejuk #zuhripocoyo #Repairpeti #Servismesinbasuh #kl #keramat #plumbing #aircondmurahkl ♬ original sound – Zuhri Mohd
Difahamkan, peti ais klien sudah tidak sejuk dan tidak menghasilkan bunyi seperti biasa. Pada awalnya, Zuhri mengesyaki bahawa masalah itu berpunca dari kerosakan kompenen overload relay. Maka, dia menganggarkan kos pembaikannya kira-kira RM150.
Seusai sampai di rumah kliennya, dia pun melihat keadaan peti ais klien. Rupanya masalah peti ais tersebut dapat diselesaikan dalam masa kurang dari satu minit.
Zuhri berkata, dengan berbekalkan sebatang pemutar skru, pergi ke bahagian belakang peti ais. Lihat pada bahagian bawah peti ais dan cari komponen ‘defrost timer’.
Gunakan pemutar skru tadi untuk melakukan putaran pada bahagian tersebut.
“Nampak, pusing sahaja terus berfungsi macam biasa,” katanya.
Secara umumnya, kaedah ini dapat mengelakkan orang ramai daripada membuang peti ais, sebelum ‘tiba masanya’.
Perkongsian dari Zuhri ini mendapat sambutan yang baik kerana ramai yang menghadapi masalah yang sana namun sayang untuk membuang peti sejuk kerana baru dibeli.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club