‘Mungkin Ini Hikmah Allah Nak Hadiahkan Pada Aku.’ Video Anak Rita Rudaini Menghafaz Al Quran Undang Sebak Netizen

Share

Umum mengetahui pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan pasangannya. Bagi yang mengikuti kisahnya, pasti tahu bagaimana liku-liku kehidupan yang ditempuhi sendirian namun apa yang menjadi inspirasi pada masyarakat khususnya kaum hawa adalah kecekalannya mengharungi setiap dugaan.

Kelantangannya bersuara dalam menuntut haknya dan anak suatu ketika dahulu mengundang kencaman netizen. Pelbagai gelaran yang diterima namun Rita tetap utuh berdiri dan mempunyai pendiriannya sendiri.

Melalui posting terbaharunya di aplikasi Tiktok, video anak sulangnya Ryan sedang menghafaz Al-Quran mengundang sebak netizen.

Mana taknya, tak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak sebaik dan setaat ini. Tetapi Rita Rudaini mampu melakukannya seorang diri.

@ritrud727Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩‍👦‍👦 🤍

♬ original sound – Rita Rudaini

“Mungkin ini hikmah ALLAH nak hadiahkan pada aku.. Walaupon kami xperfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’

Rita juga sempat lahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu yang kini tinggal di asrama penuh.

‘Mommy n adik xsabar nak tunggu Ryan balik 👩‍👦‍👦’

Di ruangan komen, ramai netizen sebak dengan posting ini malah ada yang melahirkan kekaguman terhadap Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.

NIK NAJWA
dapat didik anak kenal Allah dan quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yg palinggg besar.

Bunga Tanjung
aku tabik rita mcm2 dugaan dn hinaan dia dpt..tp alhamdullilah tgk sekarang allah bg kt dia..pada yg dok mgata dia dulu cek balik diri ampa sekarang😁

northladies
Even kak rita gagal dlm perkahwinan tp dia xgagal didik anak² dia. Alhamdulillah🥰

mohdshafeekhalid23
Alhamdulillah… Sejuk perut @Rita Rudaini Kami yg dgrpun dah sejuk Tahniah Rayyan 💪🥰👍

lehafirdaus751
subhanaAllah…sebak tgk…anak yg hebat hasil Dr didikn sesorg ibu yg hebat ..tahniah buat Rita

Roselyza67
Alhamdulilah pandai sis dorong ank ke akhirat…jaminan sudah ada utk sis ngan ank2…insya Allah kebahagian sudah ada disyurga..aamiin

maeza
cukuplah ada anak2 soleh beginsi Rita. Moga kasih kalian akan terus kukuh dan bertaut hingga ke syurga

 

Artikel Berkaitan

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club