‘Mungkin Dia Dah Lama Tak Makan Apa-apa.’ Reaksi Gelandangan Ini Bila Dapat Epal Buat Ramai Sebak!

Share

Tular di aplikasi Tiktok, video seorang lelaki yang memberikan sebiji epal kepada seorang gelandangan. 

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi gelandangan tersebut apabila dihulurkan epal kepadanya. 

Video yang dimuatnaik oleh Herman Rawi ini mengundang sebak ramai lebih-lebih lagi apabila melihat keterujaan gelandangan itu apabila mendapat epal tersebut. 

Kata Herman, dia melihat gelandangan tersebut mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang berada di situ. 

Sewaktu kejadian, dia bersama dua anaknya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 

sebaik sahaja gelandangan tersebut menghampiri keretanya, Herman terus menurunkan cermin tingkap dan menghulurkan sebiji epal yang dibawanya bersama. 

Pada asalnya, dia berniat untuk makan epal tersebut tetapi apabila melihat keadaan gelandangan yang kelaparan itu, Herman telah memberikan kepadanya. 

Herman berkata, dia seperti tidak menyangka dia akan berdepan detik memilukan sehingga menitiskan air mata apabila gelandangan ini menunjukkan reaksi tersangat gembira apabila diberikan sebiji buah.

“Cara dia berkata aaa (ekspresi gembira)…” tulisnya pada video tersebut sambil meletakkan emoji sedih.

Dalam rakaman video sama, Herman dilihat terus memerhati gerak geri gelandangan yang sudah berlalu pergi itu dari dalam keretanya, menerusi cermin sisi.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Melihat keterujaan gelandangan itu, berkemungkinan besar epal yang dihulurkan Herman merupakan makanan pertama yang dijamahnya pada hari tersebut dan mungkin juga dia sudah beberapa hari tidak makan.

“Dia pergi ke belakang (kereta) dan duduk di tepi jalan.

“Dia melihat epal yang diberikan dengan penuh rasa teruja. Saya tak pernah tengok orang lain gembira sampai macam tu sekali.

“Waktu tu saya rasa mesti dia dah kelaparan sangat. Maksud saya, cuba perhatikan cara dia tengok epal itu,” ujar Herman yang berasa lega dengan tindakannya menghulurkan sebiji epal yang ada di dalam keretanya.

Ketika anaknya bertanya mengenai kenapa individu tersebut kelaparan, Herman dilihat berasa sangat sebak dan menahan air matanya daripada terus mengalir.

“Mungkin dia dah lama sangat tak makan apa-apa,” jawabnya dengan tenang.

Perkongsian dibuat Herman telah meraih lebih 250,000 jumlah tontonan setelah menjadi tular.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib gelandangan itu selain tersentuh dengan tindakan lelaki ini.Daripada hantaran tersebut, ia diharapkan dapat menjentik hati orang ramai agar sentiasa mengambil ruang dan peluang membantu golongan memerlukan.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club