Bukan bakat biasa-biasa. Tahniah diucapkan buat dua beradik, Abdurrahman Ahmad Mu’az 14, dan adiknya, Heba Nusaybah yang videonya tular kerana mewakili Malaysia bagi acara memanah berkuda di Perancis.
Lebih manis lagi dua beradik itu diumumkan juara bagi kategori bawah 14, manakala adiknya, Heba Nusaybah pula naib juara untuk kategori bawah 12 pada pertandingan yang berlangsung di Gauchoux, Perancis pada 21 hingga 23 Ogos lalu.
Aksi dua beradik itu yang muncul ketika perarakan seterusnya muncul sebagai juara dan naib juara dalam pertandingan itu mendapat sorotan ramai.
Menurut perkongsian ibunya melalui akaun Tik Tok, Fathim Ridayu, dia dan dua anaknya, Abdurrahman Ahmad Mu’az serta Heba Nusaybah menggunakan simpanan sendiri termasuk sumbangan dari keluarga selain berusaha menjual kuih raya untuk ke Perancis.
“Ya tajaan sendiri, pergi bertiga sahaja dan sayalah ‘manager’ (pengurus), sayalah ‘coach’ (jurulatih) mereka. Datuk dan nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit untuk kumpul dana.
Ads
“Perancis kosnya amat-amatlah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat-sangat ke kejohanan di Eropah ini walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda kebanyakannya dari Perancis dan nak belajar dalam masa sama,” katanya.
Tambah Fathim Ridayu lagi, dia dan anak-anaknya hanya menaiki pengangkutan awam di sana kerana mahu berjimat. Biarpun payah namun semuanya berbaloi.
“Dari lapangan terbang Paris ke bandar Limoges naik bas lima jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik kereta api lagi sejam.
Ads
“Angkutlah beg semua tiga beranak. Lokasi pertandingan jauh dari bandar Paris. Jaraknya macam Kuala Lumpur dengan Perlis. Makan pun bawa ‘ready-to-eat food’ dari Malaysia. Punya nak berjimat.
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal (atas segalanya). Pengalaman yang mahal tapi berbaloi,” katanya.
Pertandingan itu disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.
Wanita bertubuh kerdil, Syakila Norazma yang tular sebelum ini di media sosial berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok. Mesra dipanggil wanita Yaya, dia meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.
Video berdurasi 17 saat tersebut memaparkan kompilasi foto dan video ‘sweet’ Syakila bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.
Mengulas mengenai kelahiran bayi sulungnya melalui pembedahan, Menurut Yaya ini diisebabkan keadaan bayinya yang agak besar.
“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” ujarnya lagi.
kisah Yaya menjadi perhatian netizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.
Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.
Transformasi Kehidupan: Peranan Penting Pengurangan Bahaya Tembakau Dalam Kesejahteraan Keluarga!
Penggunaan tembakau telah lama diakui sebagai penyebab utama kematian yang boleh dielakkan. Bagi banyak keluarga, kesan tembakau meluas melebihi perokok individu dan memberi kesan dari segi kesihatan, kewangan, dan kesejahteraan keseluruhan isi rumah.
Sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan global ini, pelbagai negara telah meneroka pendekatan inovatif untuk mengurangkan bahaya yang berkaitan dengan penggunaan tembakau. Jepun, khususnya, telah melaksanakan strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction, THR) yang berjaya melihat pegurangan penggunaan rokok di Jepun.
3 kepentingan pengurangan kemudaratan tembakau dari segi aspek kehidupan keluarga
Peningkatan Kesihatan
Pengurangan kemudaratan tembakau berpusat pada mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan tembakau, terutamanya dengan menggalakkan perokok untuk beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya seperti rokok elektronik atau produk tembakau dipanaskan. Apabila ahli keluarga membuat peralihan dari rokok ke alternatif ini, keseluruhan keluarga mendapat manfaat daripada pengurangan pendedahan kepada asap tembakau yang merupakan penyebab utama penyakit berkaitan tembakau. Ini secara ketara mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit pernafasan, penyakit jantung, dan kanser, bukan hanya untuk perokok tetapi juga untuk mereka yang disayangi.
Bantuan Kewangan
Penggunaan tembakau adalah tabiat yang mahal yang boleh menekan kewangan keluarga. Perokok menghabiskan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli rokok, yang sebaliknya boleh dialihkan kepada keperluan seperti makanan, perumahan, dan pendidikan. Dengan merangkul pengurangan bahaya tembakau, pengguna boleh mengurangkan penggunaan rokok and dapat mengurangkan perbelanjaan mereka untuk membeli rokok. Wang yang disimpan itu boleh dialihkan ke aktiviti yang memperkukuh hubungan keluarga dan kesejahteraan. Perubahan dalam segi kewangan ini dapat meningkatkan stabiliti keluarga secara keseluruhan dan mengurangkan tekanan.
Kualiti Hidup yang Lebih Baik
Berhenti merokok atau menukar kepada alternatif yang kurang berbahaya boleh membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik bagi individu dan ahli keluarga mereka. Rumah tanpa asap tembakau mempunyai udara dalam yang lebih segar, mengurangkan risiko penyakit pernafasan pada kanak-kanak dan ahli keluarga yang tidak merokok. Persekitaran bebas asap juga mencipta atmosfera yang lebih menyenangkan untuk semua orang, menggalakkan harmoni dan meningkatkan hubungan dalam keluarga.
Negara Jepun sering disebut sebagai contoh kejayaan negara yang telah melaksanakan strategi pengurangan bahaya tembakau dengan berkesan. Kerajaan Jepun, dengan mengiktiraf keperluan untuk mengatasi risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok, telah mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan penggunaan alternatif yang kurang berbahaya sambil menghormati pilihan peribadi seperti :
Produk Tembakau Yang Dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP): Jepun merangkul produk tembakau dipanaskan, seperti IQOS, yang memanaskan tembakau bukan membakarnya. Inovasi ini secara ketara mengurangkan bahan kimia berbahaya yang dihasilkan semasa pembakaran sambil menyediakan pengalaman yang serupa dengan merokok.
Inisiatif Kesihatan Awam: Kerajaan Jepun melaksanakan kempen kesihatan awam yang mendidik rakyatnya tentang risiko merokok dan menggalakkan alternatif pengurangan bahaya. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi kekuasaan kepada individu untuk membuat pilihan yang berinformasi tentang penggunaan tembakau mereka.
Pengawalseliaan: Jepun memperkenalkan peraturan untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk tembakau alternatif. Ini membantu membangunkan kepercayaan awam terhadap produk ini sebagai alternatif yang kurang memudratkan daripada rokok tradisional.
Hasil daripada usaha ini adalah penurunan yang ketara dalam kadar merokok dan peningkatan kesejahteraan keluarga. Keluarga di seluruh Jepun mengalami kesan positif Pengurangan Kemudaratan Tembakau, dengan ahli keluarga yang lebih sihat, rumah yang lebih bersih, dan lebih banyak sumber kewangan yang tersedia untuk aktiviti dan matlamat keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah menguruskan anak tanpa isteri. Lebih-lebih anak-anak yang sedang membesar yang punya pelbagai karenah. Bagi Encik Khairul Abdullah yang kehilangan isteri tahun lepas, mengakui cabarannya memang ada bergelar bapa tunggal.
Melalui perkongsiannya di laman facebooknya baru-baru ini, Khairul Abdullah telah berkongsi cerita cabaran yang dihadapi apabila hanya seorang sahaja yang menguruskan anak-anak. Namun harus dilalui dengan tabah dan sabar demi anak-anak.
Saya tak pernah menyangka yang saya boleh tahan dalam menguruskan 3 orang anak kecil ini.
Dulu setiap kali arwah isteri out-station atau kerja overtime saya akan rasa stress gila dan asyik menunggu sahaja bila lah dia nak balik.
Bukan saya tak boleh buat atau uruskan.
Saya boleh buat semuanya, dari urusan pakaian ke makan minum dan sebagainya. Yang saya tak tahan adalah melayan kerenah budak-budak yang sedang membesar.
Saya mudah marah.
Yang si abang terjun sofa, yang si adik panjat meja, yang si baby sepahkan segala. Tadi baby panjat meja makan dan tuang bubur semangkuk habis ke lantai. Saya sedang di sinki baru basuh tangan nak suapkan dia makan.
Lantai habis melekit dengan segala sisa, sofa habis penuh dengan cap tangan, cap hidung dan cap kaki masing-masing. Habis diconteng segenap ceruk dinding, sofa, meja, tv, malahan di dalam kereta pun penuh contengan.
Stress, nak marah, nak tampar pun ada. Biasanya meninggikan suara namun tak jalan juga. Lalu beristighfar dan menahan sabar sahaja.
Kalau dulu bila dengar sahaja kereta isteri dah sampai, maka nafas panjang boleh dihela. Nampak sahaja dia buka pintu, anak-anak mula menerpa, maka terlepaslah segala beban di bahu.
Padahal dia pun penat juga, bekerja, tetapi tetap akan ambil-alih dari saya.
Demi anak
Kini, penat macamanapun, stress macam mana sekalipun saya tidak boleh menunggu pintu dibuka dan ada orang akan muncul membantu. Tiada lagi bunyi kereta, pintu dibuka, derap kaki atau kelibat dia.
Tiada.
Kadang-kadang hanya terlintas, ehh bila lah nak balik dia ni, lama dah out-station. Letih sangat dah rasanya. Tetapi tersentak dan tersedar kembali yang dia tak akan balik lagi.
Tak akan balik selamanya.
Jadi, kerahlah semua tenaga dan semangat yang ada, walau sakit kepala, walau selsema melanda, walaupun penat dan jerih tak terkata.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...