Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah merasa paling bahagia bila dapat bercuti bersama anak-anaknya.
Tambah Watie lagi, dia mempunyai sebab tertentu bila mana lebih gemar bercuti bersama anak-anak.
Menerusi Instagramnya, Watie berkongsi cerita ketika bercuti baru-baru ini bila mana menerima pelbagai kiriman Whatapps dari anak-anaknya bila berjauhan.
“Antara sebab kenapa kalau boleh bila berjalan Mummy nak bawak anak-anak bersama. Mummy pulak sejenis hati tisu.
“Dapat mesej begini pagi-pagi terus berfikir sepanjang jalan. Lepas tu tu Mummy pulak tak boleh kena tinggal dengan Daddy. Membontot sahaja kerjanya. Terpaksalah tinggalkan anak-anak.
“Inilah anak yang hari-hari mesti tanya, Mummy lagi sayang siapa. Siapa anak favourite Mummy.
“Letih Mummy nak explain yang mak ayah ni tak ada istilah ada anak favourite. Mesti kena sayang semua sama rata. Tak ada lebih tak ada kurang,” katanya berkongsi.
Ads
Berusaha jadi ibu yang terbaik
Berkongsi kisah anak-anak yang sedang membesar, Watie juga turut berkongsi caranya mendidik mereka. Malah dia juga sama seperti ibu lain yang ada waktunya tegas dengan anak-anak.
“Mummy simpan sini buat kenangan. Mana tahu esok-esok hp hilang, data hilang.
“Nanti Dekta dah besar panjang, dah jauh dari Mummy, ingat tau yang you pernah rindu & sayang Mummy sangat dan Mummy love u soooo much too!
“Pada yang tanya Mummy tak pernah marah ke, tak pernah garang ke, Mummy garang jugak. Anak-anak pun tahu.
Ads
“Tapi Mummy bersyukur sangat sebab anak-anak boleh bezakan bila yang Mummy perlu garang macam mak-mak lain, bila yang Mummy akan manjakan dorang, bila Mummy perlu jadi kawan & bila yang Mummy pun kadang jadi kanak-kanak macam anak-anak.
“Mummy banyak kekurangan, sometime Mummy rasa Mummy tak pandai macam mak lain dalam mendidik supaya anak-anak jadi anak yang pandai. tapi Mummy belajar banyak dari Daddy bab kasih sayang.
“Daddy selalu cakap bila anak penuh kasih sayang, Insha Allah dia akan jadi anak & orang yang baik sebab dalam hidup ini menjadi orang yang punya hati baik adalah lebih baik dari yang selainnya,” katanya lagi.
Terdahulu Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass House, Putra Heights.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
“Tak Pe Duit Boleh Cari, Ibu Ada La Segalanya…”-Chef Wan Upah Jururawat Hampir 6K Sebulan, Tarik Perhatian Warganet!
Kita banyak belajar tentang kehidupan ini daripada orang tua kita. Darinya kita mengenal erti cinta, sayang menyayangi dan memberi dengan tulus. Apa yang pasti, begitu banyak pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan kita sebagai anak-anaknya. Tidak termampu untuk kita membalasnya sampai bila-bila.
Lantaran itu selagi boleh, sebagai anak yang tahu mengenang jasa orang tua wajar untuk kita menyantuni ibu ayah dengan sebaik mungkin hingga akhir hayat mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah chef selebriti, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan boleh dijadikan inspirasi. Cara bagaimana dia menyantuni ibunya yang telah berusia dan mengidap penyakit Demensia cukup menyentuh hati.
Chef Wan melalui Instagram miliknya telah mendedahkan bahawa dia mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah.
Menerusi hantaran tersebut dimaklumkan bahaawa jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu.
“Agensi jururawat itu mengenakan RM180 untuk sehari dan sebulan kira-kira dalam RM5,800 ke lebih dengan kerja lebih masa.
“Biar la mereka berjinak-jinak dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Bila datang waktunya, dia (jururawat khas) boleh menjaga ibu saya dengan baik.
“Saya rasa senang apabila mak ada orang yang profesional untuk mandikan dia, tukar lampin, suap sarapan, bagi ubat, melakukan sedikit senaman serta memastikan mak saya tidur sekejap pada pagi dan tengah hari,” ujarnya yang mengakui bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya.
Rumahtangga bahagia dan diberi keberkatan pastinya akan memberi keharmonian rumahtangga.
Salah satu cara keberkatan dalam rumahtangga, adalah seorang suami mesti tidak culas memberi nafkah kepada isteri. Barulah segala duit perbelanjaan rumahtangga sentiasa mencukupi.
Perkongsian seorang suami ini, Mohd Nazim Badruddin begitu inspirasi untuk dikongsi bersama. Biarpun nukilannya sekian lama namun relevan dijadikan peringatan diri.
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat. Duit beliau katanya cukup-cukup untuk dirinya je. Nasib baik isteri kerja, isteri banyak topup. Dia punya semput, sampaikan duit untuk isterinya pun tak bagi. Belanja rumah pun banyak isteri yang keluarkan. Dia nak kena menabung untuk simpanan hari tua katanya.
Pendapat saya, kesempitan rezeki itu mungkin bukan berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menabung tu penting, tapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting.
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Nabi SAW bersabda; “Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya wang dapur. InsyaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang. Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau takde kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela di belanja.
#TarbiahSentap #PengurusAiSukaBazaar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Delima seorang ibu yang membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat Tarawih adalah berdepan dengan ragam anak-anak. Maklumlah budak-budak, suka sangat berlari-lari tak kira tempat hatta dalam masjid sekali pun.
Tidak dengan itu, buat bising pula. Bimbang juga kita andai jemaah lain tidak selesa jadinya.
Bila ini ragamnya, pasti kita akan pulang awal tanpa sempat menghabiskan solat Tarawih.
Namun, berbeza situasinya andai ibu-ibu berkesempatan solat Tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh.
Ruang bermain untuk kanak-kanak dikhususkan sehingga membuatkan anak-anak ini seronok bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
Inisiatif untuk menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
Terdapat pelbagai aktiviti disediakan termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung.
Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.
Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...