” Mulut Tak Jaga, Mulut Jahat, Menantu Benci!” – Nenek Kongsi Tip Duduk Rumah Anak, Barulah Disayangi!

Share

Setiap orang idamkan hubungan baik dengan mentua. Ye la, bila dah kahwin, mentua tu ibarat mak ayah kita juga kan? Semestinya kita nak layan mereka baik seperti kita menyantuni ibu ayah sendiri.

Duduk serumah dengan mentua ni, sebenarnya ‘nightmare’ untuk menantu perempuan. Bukan apa, takut apa yang kita buat tak kena di mata mentua. Jadinya mulalah adegan tidak puas hati antara mentua menantu.

Dalam sebuah rakaman dimuat naik di TikTok milik Nur Lysa, seorang nenek sedang celoteh berkaitan tip buat para ibu mentua ketika tinggal dengan menantu. Wanita itu akui sering ditanya tentang perihal keharmonian hubungan keluarga. Ujar Nek Pah, hal paling utama adalah mesti menjaga percakapan dengan tidak bercerita hal keburukan isteri si anak.

Nek Pah dengan tegas berkata ibu mentua kini gemar menjaja aib rumah tangga anak sehingga mendatangkan kebencian dalam diri menantu. Kelemahan seperti tidak pandai memasak dan berkemas rumah seharusnya tidak wajar diceritakan kerana mampu mengguris hati seorang isteri. Bahkan, dia sempat memberi perumpamaan untuk makan sedikit jika masakan tidak sedap dan usah memperbesarkan isu tersebut.

Ruangan komen dipenuhi dengan para menantu perempuan yang bersetuju dengan nasihat diberikan. Bahkan mereka sempat berterima kasih kepada warga emas tersebut kerana mewakili suara hati terpendam. Ada juga netizen sempat berseloroh ingin menghantar video tersebut kepada mentua masing-masing.

 

@lysa_adamm Ramai nak dengar celoteh Atok.. ni nasihat Atok untuk mak mentua & buat sis2 bakal mak mentua #tipatokpah #foryoupageofficia #fyp #foryou ♬ original sound – Nur_lysa

Sumber :  lysa_adamm