Bak kata orang dulu, mulut ibu tu masin. Ia dikatakan mendoakan buat anak. Jadi jangan main sebut je perkara yang tidak elok untuk anak. Sebab tu, jika orang dulu-dulu, marah anak akan kata, “bertuahnya anak!”
Nyata pelbagai cabaran apabila bergelar ibu bapa. Salah satunya ialah cabaran dalam mendidik anak-anak. Kadang-kala, karenah anak-anak membuatkan kita hilang sabar sehingga melontar kata-kata agak kasar kepada anak. Perkongsian puan Effy Sueffy bermanfaat dijadikan panduan. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Gambar hiasan
Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?
Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua.
Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.
Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.
Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.
1. Degil.
Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!
Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.
Ads
Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.
2. Nakal.
Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.
Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.
Ads
3. Bodoh.
Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.
Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.
Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?
4. Kurang ajar.
“Kurang ajarlah kau!” “Siapa ajar kau kurang ajar ni?”
Ads
Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.
Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.
5. Pemalas.
Siapa tak pernah sebut anak pemalas?
Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,
“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.
“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”
Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah. . . . Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.
Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.
Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kangkung erupakan jenis tanaman yang banyak dijual di pasaran. Kangkung banyak ditemukan di kawasan berair.
Biasanya kangkung di masak tumis belacan, sayur untuk nasi goreng atau kankung masak lemak pun sedap.
Selain beli di kedai, kangkung mudah ditanam dihalaman rumah. Biasanya kita akan tanam dalam tanah, tapi cara ini dengan hidroponik iaitu hanya menggunakan air.
Menurut puan Farazeean Ilyas, beliau mengunakan teknik hidroponik untuk menanam kangkung. Paling menarik setelah lima hari anak kangkung mula membiak. Beliau hanya menggunakan benih untuk semaian didalam bakul. Memang mudah cara ini.
Jom lihat perkongsian ini.
Baru cuba-cuba nak tanam kangkung guna teknik hidroponik. Ini hasil setelah semai benih selama lima hari. Bakul dan benih semua beli di kedai eco je.
Biji benih kangkung kenakan air tapi jangan sampai tenggelam sangat.
Sediakan macam ni je sis. Isi air baldi dalam baldi tu paras2 permukaan tapis. Pastu tabur je benih. Juga guna keratan batang kangkung pon boleh. Rendamkan akar dekat air. Untuk tegakkan selit akar dekat lubang-lubang tapis tu tegak lah. Cubalah
Benih Eco
Ada juga netizen berkongsi tanam di tanah menggunakan benih dari kedai Eco.
“Benih kangkung kedai eco..4/5 Hari skali kutip hasil”
Bergelar bapa dalam usia yang muda bukan alasan untuk seseorang tidak melunaskan tanggungjawab yang digalas.
Dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang boleh diperoleh di hujung jari, semuanya menjadi mudah asalkan ada kemahuan untuk menuntut ilmu.
Pelakon dan pengacara, Harris Alif, 23 yang sudah tujuh bulan bergelar bapa kepada cahaya mata pertama, Eviee Khadeeja hasil perkahwinannya dengan pelakon Intan Ladyana mengakui semakin seronok mengecapi gelaran sebagai seorang bapa.
Sebagai individu yang baru bergelar bapa apatah lagi dalam usia yang masih muda, Harris kini banyak memberikan tumpuan penuh untuk menikmati proses tumbesaran buah hatinya.
Menurut pengacara program realiti kanak-kanak, Generasi Z ini dalam pada seronok bergelar bapa sudah tentu ada cabaran juga yang perlu dihadapi.
“Yang seronoknya tentulah sebab ada anak, tetapi pada masa sama keseronokan itu hadir bersama tanggungjawab yang semakin bertambah. Untuk menggalas tanggungjawab itu juga bukanlah satu perkara mudah.
“Sebelum bergelar bapa, saya bukanlah individu yang pernah rapat dengan bayi, jadi saya kurang biasa dengan bayi. Tapi, apabila sudah menjadi bapa sejak tujuh bulan lalu, banyak yang berubah dan saya belajar untuk biasakan diri.
“Antara cabaran lain adalah untuk bangun di tengah malam. Tapi, saya dan Intan saling bertolak-ansur dan bahagikan masa.
Komunikasi itu penting untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bukan saja untuk kami sebagai ibu bapa, tetapi juga untuk anak kami,” katanya.
Bimbang Keselamatan Anak
Selain daripada itu bekas pelakon drama bersiri kanak-kanak Geng Bas Sekolah ini turut tidak terkecuali mempunyai perasaan risau dan bimbang akan keselamatan anaknya ketika dia dan Intan keluar bekerja.
Melihat banyak isu membabitkan keselamatan anak ketika di bawah jagaan pengasuh, Harris juga tidak menafikan timbul rasa trauma dengan insiden-insiden yang berlaku dan banyak dilaporkan serta dikongsi di media sosial dan portal berita tanah air.
Justeru itu menurut Harris, dia dan Intan memilih untuk tidak menghantar anak kepada pengasuh. Sebaliknya pasangan ini mengambil khidmat pembantu rumah, tetapi pada masa sama ibu Harris membantu untuk menjaga Eviee memandangkan kediamannya juga tidak jauh dari rumah mereka.
“Apabila melihat banyak situasi membabitkan pengasuh dan anak jagaan mereka, saya jadi takut. Kalau ada CCTV (kamera litar tertutup) dan ada sesuatu perkara tidak diingini berlaku, kita tak mampu elak,” katanya.
Kalau nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Momen paling indah dalam hidup seorang wanita adalah apabila diri disahkan mengandung dan bakal melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Lengkap sudah fitrah hidup bagi seorang wanita apabila lahirnya si kecil tanda kasih dan sayang, sekali gus melengkapkan syurga kecil suami isteri.
Dalam menantikan si kecil ini, pasti isteri paling berdebar menantikan saat-saat untuk melahirkan. Pelbagai persediaan dilakukan. Namun, bukan hanya isteri, sang suami juga kena sama-sama memberi semangat dan berada di sisi suami kerana waktu inilah isteri amat memerlukan anda.
Sementara menantikan isteri melahirkan zuriat anda, suami mestilah mengamalkan bacaan doa untuk isteri yang sedang bertarung nyawa di wad bersalin. Ini sedeikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan. Saudara Haris Darus berkongsi beberapa surah yang boleh para suami amalkan untuk memudahkan isteri bersalin.
10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke karma bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan wabak-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar karma bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.