Sekarang dah bulan 10, azam awal tahun dulu tak tercapai lagi dek kurangnya motivasi diri. Haaa azam apa tu? Azam nak kurus lah! Hehe.
Yang mana masih ada lagi semangat nak berubah tu, boleh la ikut tip elak makan berlebihan saranan dari KKM ni. Jom cuba!
TIP ELAK MAKAN BERLEBIHAN
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Minuman Superpower Penghilang Lesu. Ibu Yang Selalu Rasa Penat, Kena Cuba!
Tidak dinafikan, tanggungjawab seorang isteri bukan hanya pada makan minum suami semata-mata, tetapi juga terhadap anak-anaknya. Ianya adalah satu tugas yang besar perlu digalas oleh seorang wanita yang telah berumah tangga.
Apatah lagi saat anak-anak sedang membesar dan terlalu aktif, pastinya kita sebagai ibu akan mudah meresa lesu dan sangat letih hingga boleh menyebabkan stress jika tidak diatasi dengan segera.
Oleh itu, sebagai satu cara untuk anda pastikan tubuh badan bebas rasa lesu dan kembali bertenga, ini ada satu resepi simple tapi superpower untuk badan anda. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Suhaili Baharudin. Jom semak apa katanya….
Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.
Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Lifestyle.Topik menarik yang sangat kena dengan jiwa. Bersikap positif dalam hidup maka tubuh akan menghasilkan zat kimia yang akan mengurangkan rasa cemas. Maka terhasillah konsentrasi dan kejayaan. Begitu. Berceramah pula Kak Eli tiba-tiba.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh. Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira.
Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Oi mestilah nak. Tipu kalau tak nak.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula.
Ayuh.
RESIPI MINUMAN BOOSTER TENAGA DAN KECANTIKAN DENGAN VITAMIN C MURAH TETAPI HEBAT.
BAHAN-BAHAN:
Limau kasturi
CARA PENYEDIAAN :
- Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.
2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat di dalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas ke dalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan.Bak kata doktor Rizal, Sihat itu jihad.
sumber : Suhaili Baharudin
Hempedu Bumi Juga Bagus Merawat Kulit. Buatkan Seperti Saintis Ni Ajar!
Pokok herba memang banyak manfaatnya dan telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita. Umpamanya seperti pokok hempedu bumi. Rasanya amat kelat dan dikatakan bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Manakala perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi ada menyebut Hempedu Bumi juga boleh merawat masalah penyakit kulit.
Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian penuh daripadanya.
HEMPEDU BUMI dengan Minyak Kelapa Dara untuk Masalah Kulit
Hempedu Bumi telah digunakan bertahun-tahun terutama sebagai antiradang, antibakteria, antikulat, antidiabetis dan antidarah tinggi.
Untuk masalah kulit, caranya adalah dengan merendamkan 2 atau 3 helai daun hempedu bumi dengan 3 sudu minyak kelapa dara, panaskan sedikit dan sapukan di atas kulit.
Ini kerana Hempedu Bumi kaya bahan andrographolide, bahan ini merupakan bahan antibakteria dan antikulat yang kuat.
Untuk masalah kulit, penggunaan minyak lebih sesuai berbanding air kerana ia menyebabkan bahan ini terekstrak keluar dengan banyak
Walaubagaimanapun jangan guna daun berlebihan kerana mungkin boleh sebabkan demam terutama di kalangan kanak-kanak
Minyak kelapa dara juga bersifat antibakteria (kaya asid laurik) dan bagus untuk penyakit kulit
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Sumber : Dr Suri Roowi
Boleh Ragut Nyawa Keracunan Makanan, Dr Ini Jelaskan Sebab Kena Tahu. Ambil Peduli Hal Ini.
Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tercemar disebabkan oleh penyajian makanan yang tidak bersih, peralatan yang tidak bersih atau tangan yang tidak dicuci, baik berpunca dari penyedia atau dari pesakit sendiri.
Walaupun kebanyakan kes keracunan makanan boleh sembuh dengan rawatan, terdapat juga kes keracunan makanan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Kebanyakan kes keracunan makanan, melibatkan bakteria salmonella, Escherichia coli (E. coli), atau virus, seperti norovirus.
.
PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN
.
Makanan boleh tercemar dari sumber, semasa proses, pengeluaran, ketika memasak, ketika penyajian makanan dan juga ketika makan.
Contoh punca pencemaran makanan :
1. Pencemaran ketika sembelihan atau produk susu dari ladang
2. Pencemaran dari kilang memproses makanan
3. Makanan seperti daging tidak dimasak dengan betul
4. Tidak menyimpan makanan yang perlu dibekukan di bawah 5 celcius
5. Makan makanan yang telah disentuh oleh seseorang yang sedang sakit atau telah bersentuhan dengan seseorang yang mengalami cirit-birit dan muntah
6. Pencemaran silang (di mana bakteria berbahaya tersebar di antara makanan, permukaan dan peralatan) contohnya, jika anda menyediakan ayam mentah pada papan pemotong dan tidak mencuci papan sebelum menyiapkan makanan yang tidak dimasak (seperti salad), bakteria berbahaya akan tersebar dari celah papan. Serta air dari daging atau ayam yang menitis ke atas makanan lain sewaktu menyimpanan
7. Tidak mencuci tangan sebelum memasak makanan atau sebelum makan
Kebanyakan keracunan makanan dapat dikesan dengan salah satu daripada tiga sebab utama berikut:
a) Bakteria
Adalah penyebab keracunan makanan yang paling lazim. Contoh bakteria yang berbahaya adalah seperti E. coli, Listeria, dan cholera. Cholera adalah penyebab terbesar keracunan makanan serius di Malaysia. Campylobacter dan C. botulinum (botulisme) adalah dua bakteria lain yang berpotensi untuk mengancam nyawa dalam kes keracunan makanan.
b) Parasit
Toxoplasma adalah parasit yang paling sering dilihat dalam kes keracunan makanan. Ia biasanya ditemui dalam bekas buangan kucing. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dan kandungan wanita hamil yang menghidap jangkitan parasit ini boleh menghidap komplikasi yang serius.
c) Virus
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh virus. Norovirus, juga dikenali sebagai virus Norwalk, menyebabkan lebih 19 juta kes keracunan makanan setiap tahun. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh membawa maut. Virus Hepatitis A juga disebarkan melalui makanan dan air.
.
TANDA-TANDA KERACUNAN MAKANAN
.
Tanda-tanda keracunan makanan akan bermula dalam beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar, selalunya ia akan datang bersama simptom loya, muntah atau cirit-birit. Kebiasaanya, keracunan makanan adalah kes yang ringan dan boleh dirawat tanpa rawatan khusus.
Namun, sesetengah individu perlu pergi ke hospital sekiranya keadaan menjadi serius, seperti badan kehilangan banyak air akibat terlalu kerap muntah dan cirit birit dalam sehari atau najis berdarah.
Simptom keracunan makanan berbeza berdasarkan sumber pencemaran yang mempengaruhi makanan. Kebanyakan jenis keracunan makanan akan memberi satu atau lebih tanda-tanda berikut:
1. Loya
2. Muntah
3. Cirit-birit atau cirit-birit berdarah
4. Kesakitan dan kekejangan perut
5. Demam
Tanda dan simptom boleh bermula dalam beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar, atau mungkin bermula beberapa hari kemudian. Penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan secara umumnya berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari.
.
BILAKAH HARUS BERJUMPA DENGAN DOKTOR?
.
Jika anda mengalami sebarang tanda atau gejala berikut, dapatkan rawatan segera di pusat perubatan.
1. Kerap muntah dan ketidakupayaan untuk mengekalkan cecair dalam badan
2. Muntah darah atau najis berdarah
3. Cirit-birit selama lebih dari tiga hari
4. Kesakitan melampau atau kekejangan perut yang teruk
5. Suhu badan lebih tinggi daripada 100.4 F (38 C)
6. Tanda atau simptom dehidrasi – dahaga yang berlebihan, mulut kering, sedikit atau tiada kencing, pening kepala, atau terlalu lemah
7. Gejala neurologi seperti penglihatan kabur, lemah otot dan kebas
.
PENCEGAHAN
.
Cara terbaik untuk mengelakkan keracunan makanan adalah untuk memastikan anda mengekalkan piawaian kebersihan diri dan makanan yang tinggi apabila menyimpan, mengendalikan dan menyediakan makanan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad