
Polis dan masyarakat tak dapat dipisahkan. Umum mengetahui akan tugas dan fungsi bidang kepolisan dalam menjaga keamanan negara.
Namun hari ini, dek penangan Covid-19, pasukan keselamatan ini menunjukkan empati dengan membantu menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terkesan.
Apa yang lebih menyentuh hati, bantuan tersebut adalah hasil sumbangan tabungan surau di balai berkenaan. Kisah berinspirasi ini dikongsikan oleh saudara Syahril A. Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Keprihatinan yang ada dalam diri membuatkan OCPD balai berkenaan tidak betah duduk berpeluk tubuh sahaja tanpa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
GUNA DUIT TABUNG SURAU BALAI BANTU ORANG MISKIN
Mulianya hati OCPD Dang Wangi ni.
Duit tabung surau IPD dia guna bagi bantuan barangan dan wang tunai pada masyarakat yang daif dan susah di daerahnya. Untuk rekod, setiap kali Jumaat, dia juga yang baca khutbah di surau masjid balai itu.
Dang Wangi ni betul-betul di tengah bandaraya, ibu negara tuan-tuan…daerah di mana segala harga barang dan kos sara hidup cukup tinggi.
Dia datang dari kampung, kesusahan dan kemiskinan bukan asing dalam dirinya.
Alhamdulillah sempat minum-minum dengan beliau sebelum PKP dulu.
Steady anak jati Lawas, Sarawak, Asisten Komisioner Polis Mohamad Zainal Abdullah – saya salute!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Super Daddy Ni Kongsi Cara Cuci Mesin Basuh Guna Baking Soda & Cuka Je. Buat 2-3 Minggu Sekali, Hasilnya Awesome!

Mungkin ibu-ibu perasan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Beliau hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Wahh macam makanan pulak dah.
Khairul Abdullah
#SuperDaddy
“Di Sebalik Nikmat Allah Beri Ditarik.” Hidap Kanser Tulang, Gadis Ini Bangkit Selepas Pulih & Berjaya Genggam Diploma

Berpantang maut sebelum ajal. Demikian yang boleh diungkapkan pada wanita hebat dan kuat semangat ini. Perjalanan wanita bernama Aida Rashidi ini cukup getir.
Dalam satu perkongsian, dia menceritakan perihal perjalanan diplomanya yang penuh ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang ketika masih dalam pengajian.
Aida mula didianogsis penyakit kanser selepas berkali-kali melakukan ujian darah pada 2017. Selepas itu, bermulalah perjalanan Aida dalam melawan penyakit yang cukup digeruni. Berbelas kali kimoterapi dan pembedahan dilakukan bagi mengembalikan semula kesihatannya.
“Bermula awal tahun 2017 saya berulang alik dari rumah ke hospital. Kelas kuliah pagi terpaksa ‘skipped’ memandangkan temu janji saya pada waktu pagi.
Tambahnya lagi, ketika itu dia mulai sedar mengenai maksud di sebalik “nikmat yang Allah beri ditarik” dan sangat bersyukur dikembalikan semula kesihatan yang dulu.
View this post on InstagramA post shared by kittymeow🌻🌈 (@aidarashidi) on
Selepas kembali pulih, Aida telah menyambung kembali pelajarannya yang tertangguh walaupun masih berulang-alik menerima rawatan bagi memastikan benar-benar bebas daripada kanser.
Akhirnya, berkat usaha gigih dan tak pernah mengalah, Aida berjaya menaiki pentas konvokesyen tanpa sebarang halangan. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berada dengannya ketika waktu sukar sebelum ini.
Dalam pada itu, Aida turut memuatkan ucapan penghargaan buat mereka yang selama ini banyak memberi sokongan untuk bangkit kembali.
Penghargaan tersebut dimuat naik di Twitternya. Sekali gus menjadi inspirasi kepada semua dengan kekuatan serta ketabahannya menghadapi dugaan kanser.
My highest achievement so far actually, to have the courage to go through all this, to accept my fate, to go the extra mile and finish my studies and also heal myself physically and mentally. https://t.co/VZ4wEi9ZjI pic.twitter.com/21WH84ziH5
— Aidadada 🍑 (@AidaRashidi) October 14, 2019
Sumber: IG aidarashidi &
Hidap Diabetes Hingga Dibuang 5 Jari Kaki, Bad Indigo Belajar Guna Walker Tak Mahu Susahkan Isteri!

Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.
Sumber : @bad.indigo_official & Gempak
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!