Mulberry Sarat Berbuah, Mak-mak Segera Buat Cara Ni.

Share

Minat bercucuk tanam pasti akan menjadi-jadi dirasakan jika pokok yang ditanam  hidup subur. Apatah lagi bila dapat menuai hasilnya, makin termotivasi jadinya.

Umpamanya jika melihat pokok mulberry yang ditanam oleh saudari Hariza Ab Rashid yang begitu sarat buahnya.

Nak tahu apa tipsnya, jom semak perkongsian ini.


Hasil petua dalam group ni, lihatlah hasilnya, mulberry saya berbuah lebat dan makin besar buahnya..Terima kasih yang sudi berkongsi petua yang berguna…

Mula-mula cantas pucuk dan buang
semua daun. Biar sampai togel pokok
tu.

Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Nanti akan banyak keluar tunas-tunas baru
beserta dengan putik-putik buah. Daun pun
akan banyak keluar.

Bila buah dah hampir masak.. ada
sikit-sikit warna merah, luruhkan semua
daun sekali lagi. Ini adalah untuk
memberi peluang buah membesar.

sumber : Hariza Ab Rashid via Berkebun D Rumah