
Minat bercucuk tanam pasti akan menjadi-jadi dirasakan jika pokok yang ditanam hidup subur. Apatah lagi bila dapat menuai hasilnya, makin termotivasi jadinya.
Umpamanya jika melihat pokok mulberry yang ditanam oleh saudari Hariza Ab Rashid yang begitu sarat buahnya.
Nak tahu apa tipsnya, jom semak perkongsian ini.
Hasil petua dalam group ni, lihatlah hasilnya, mulberry saya berbuah lebat dan makin besar buahnya..Terima kasih yang sudi berkongsi petua yang berguna…
Mula-mula cantas pucuk dan buang
semua daun. Biar sampai togel pokok
tu.
Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Nanti akan banyak keluar tunas-tunas baru
beserta dengan putik-putik buah. Daun pun
akan banyak keluar.
Bila buah dah hampir masak.. ada
sikit-sikit warna merah, luruhkan semua
daun sekali lagi. Ini adalah untuk
memberi peluang buah membesar.
sumber : Hariza Ab Rashid via Berkebun D Rumah
“Tak Sangka Allah Jawab Doa Saya Begitu Cepat.” Siti Nurhaliza Luah rasa terharu, impian Bawa Siti Aafiyah ke Mekah Bakal terlaksana.

Lama beliau menantikan kehadiran si comel bernama anak dalam rumah tangganya bersama suami. 11 tahun berusaha dan berdoa, akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Yang Maha Esa.
Kehadiran si comel bernama Siti Aafiyah melengkapi kehidupan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya tersayang, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Kasih sayang semakin bersemarak dan bahagia dikecapi sangat disyukuri oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini.
Keletah si kecil benar-benar menceriakan pasangan ini. Malah, impian beliau untuk membawa Aafiyah ke tanah suci Mekah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Sri Siti Nurhaliza memberitahu impian tersebut sudah lama tertanam di jiwanya.
“Saya telah lama memasang niat semenjak mengandungkan Aafiyah. Akhirnya apa yang saya hajati akan terlaksana. Aafiyah bakal mengikuti saya dan suami mengerjakan umrah pada 23 Mei ini,” jelas Dato Sri Siti atau mesra disapa Tokti.
Selain Tokti dan keluarga, mereka juga turut disertai oleh beberapa ahli keluarga yang lain.
“Ini adalah doa saya setiap kali ke Mekah sebelum mengandung dulu iaitu mohon dikurniakan cahaya mata dan membawanya menunaikan umrah selepas dilahirkan. “Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat.
“Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya. Saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinanNya.
“Apa yang lebih menyeronokkan apabila hasrat ini tidak memerlukan masa yang lama memandangkan usia Aafiyah baru sahaja setahun tetapi sudah berpeluang ke sana.
“Dari segi persiapan, saya banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan kerana Aafiyah masih kecil. Saya berserah kepada Allah,” jelas Siti yang mahu Aafiyah membesar dengan didikan agama yang cukup.
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.
Tambah Siti lagi, dia mahu anaknya itu membiasakan diri dengan apa yang beliau lakukan (ibadah) seperti melihat dirinya bersolat.
“Cuma saya perlu memikirkan waktu yang sesuai untuk membawa Aafiyah ke Masjidil Haram kerana terlalu ramai jemaah di sana.
“Ini penting demi kesihatan dan keselesaannya memandangkan dia masih kecil. Saya turut membawa kakaknya (panggilan kepada pengasuh Aafiyah) untuk memudahkan urusan di sana nanti,” katanya.
Justeru kata Siti, dia mengambil kesempatan tersebut juga mahu bertanya kepada rakan-rakan artis yang pernah bawa anak mereka mengerjakan umrah.
“Misalnya Yatt Hamzah yang pernah bawa anak-anaknya ke Mekah walaupun sedang mengandung ketika itu. Ia menguatkan lagi semangat saya untuk membawa Aafiyah,” ujar Siti.
Penyanyi ini ditemui dalam majlis Berbuka Puasa Siti Nurhaliza Bersama Sitizone dan majlis penyampaian anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Dalam majlis penghargaan itu, Siti dinobatkan sebagai penerima anugerah Legend Award Universal Music Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura dan IndoChina, Kenny Ong.
“Bakat dan profesionalisme yang ada pada beliau adalah sesuatu yang sangat berharga buat kami. Kami berbangga untuk menyampaikan Legend Award kepada Siti,” kata Kenny Ong.
“Bekerja dengan Siti dan pengurusannya adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Selama bertahun-tahun bersama, beliau sangat profesional dan sangat mudah bekerja dengannya.
Siti menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam penjualan fizikal dan digital bagi album Fragmen, Konsert Unplugged dan SimetriSiti serta empat lagu single.
Empat single tersebut adalah lagu Anta Permana apabila Siti menerima 11 kali Platinum, Comel Pipi Merah (4 kali platinum), Mikraj Cinta (Platinum) dan Cinta Syurga (emas).
Malah kedudukan dirinya yang masih tidak tergugat dengan kehadiran mana-mana artis baharu lajn melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.
Dalam masa yang sama Siti turut menerima anugerah emas untuk album SimetriSiti.
Malah beliau turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Malaysia’s Most Streamed Local Artist untuk tahun 2017 dan 2018 di pelantar muzik digital Spotify.
Sumber: Kosmo & Utusan Online
Gambar: IG Rozisangdewi & CTDK
Mudahnya Tanam Sendiri Bawang Putih. Caranya Tanam Ulas Secara Menegak & Kambus. Confirm Menjadi!

Pernah tak rasa nak tanam sendiri bawang putih? Mungkin ada yang beranggapan ia agak sudah, tapi sebenarnya mudah je caranya. Bukan je mudah malah dapat jimatkan kos. Lepas ni tak payah nak beli bawang dan juga daun bawang. Jom cuba cara yang dikongsikan oleh saudara Mahadzir Hashim.
Kaedah mudah penanaman bawang putih
1. Pemilihan benih – terdapat 2 jenis bwg putih yg di impot kita harus kenal
i) softneck- kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bwh. Ia di tanam pd musim panas di china dan korea
ii) hardneck- kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bhgian ats nya. Mempunyai daun yg agak keras mencacak. Ditanam pd musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yg panas hya jenis softneck sesuai di tanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bwg yg baik dan segar shj utk benih tanaman. Pecahkan bwg kpd ulas2 dan ambil yg matang shj.
2. Media tanah- sediakan 2 bhgian tanah pasir,1 bhgian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik.
3. Tanam ulas bawang secara menegak dgn bahagian utk akar nya kebwh.Kambus butir bwg dgn tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jgn terlalu ke dlm benih mgkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.
3. Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu di lakukan pd peringkat ini. Selepas 14 hari daun bawang akn meninggi. Daun bawang perlu di potong sehingga tinggal seinci. Ini utk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh di munafaatkan. Proses di ulang pd tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akn mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
4. Tuaian- Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh di tuai dgn cara mengorek tanah dan mengcongkel. Jgn mencabut kerana akn menjejaskan bawang. Bersihkan sisa tanah yg melekat di bwg dgn cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH. kerana bawang putih perlu di jemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawang nya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil utk kegunaan atau di simpan.
NOTA
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima utk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tmpt berbumbung atau ternaung
2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap mgu akn mempercepatkan proses kematangan bawang
3. Utk anda yg tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk spt Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bwg putih Hardneck ada lh lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Moga bermunafaat.
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pimpin Majlis Khatam Quran, Alunan Merdu Suara Faizal Tahir Mengaji Buat Anak-Anak Syria Terpaku. Sebak!

Selebriti yang kita anggap mungkin hanya menumpukan pada bidang seni ini, rupa-rupanya ada secebis hati yang cukup mulia dan murni dalam membantu mereka yang memerlukan.
Biar mengetahui akan risiko dan terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun dek kerana mahu menjayakan misi kemanusiaan mereka tempuhinya jua.
Bukan sahaja hebat sebagai penghibur, namun beberapa selebriti Malaysia iaitu antaranya Faizal Tahir, Aizat Amda, dan Noh Hujan sangat aktif dalam menyertai misi kemanusiaan.
Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Cinta Syria Malaysia dan juga di IG Faizal Tahir, memaparkan aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama dengan anak-anak mangsa perang Syria di kem Al Jasmine, Lubnan.
Namun, apa yang menyentuh hati ialah dapat dilihat saat Faizal Tahir mengetuai majlis khatam Al-Quran yang diadakan untuk anak-anak disana.
Ketika Faizal Tahir membuka majlis khatam Al-Quran bersama anak anak Syria di kem Al Jasmine, Lubnan dengan bacaan surah Al Fatihah, ada di antara kami yang mengalirkan air mata.
Ianya memberi syahdu, kami pakat berdebar belaka. Boleh kata semuanya mengetap gigi menahan diri supaya tidak tertumpah segala tangis yang beriya.
Dikelilingi anak anak syurga ini memberi satu aura yang sangat berbeza. Ia nyaman, namun disebalik senyum mereka ini kami tahu derita besar yang melanda.
Ada yang sebatang kara, hidup dengan entah siapa, ada juga yang kehilangan berbagai deria, hancur keluarga dan trauma dengan berbagai hal.
Mereka datang berjalan ke masjid dalam cuaca sejuk untuk mengagungkan ayat suci.
Dan kami menyambut mereka dengan sedikit hadiah serta sumbangan.
Iya kawan-kawan, yang kalian hulur itulah kami hantar ke sini. Syukur, semoga Allah sentiasa memelihara mereka, juga kalian yang sentiasa bersama kami demi memberi bantuan kepada mereka ini.
Terima kasih semua, doakan perjalanan kami ke kem-kem di Turki pula.
khusyuk dengar Faizal alun surah Al-Fatihah
Sungguh sedap dan merdu bacaan Al-Quran penyanyi tersebut, bacaannya diikuti oleh anak-anak Syria yang menyertai majlis khatam Al-Quran itu.
Khusyuk anak-anak Syria itu mendengar alunan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Faizal. Menerusi foto yang dikongsi, terpacar kebahagian di wajah mereka menerima kedatangan dan bantuan daripada para sukarelawan Malaysia.
Sumber : Cinta Syria Malaysia & Faizal Tahir