Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan manusia itu usaha manakala perancangan Allah itu takdir. Apa yang pasti, setiap apa yang berlaku janganlah sesekali kita sebagai hambanya putus berharap andai apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.
Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri ini, pada awalnya sama-sama berusaha dan berjuang untuk memiliki zuriat dan apabila masuk tahun ke lima seakan hampir ‘berjaya’ apabila berpeluang untuk melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).
Begitu pun, di sebalik berita gembira itu, takdir Allah SWT mengatasi segalanya apabila diuji pula dengan dugaan yang sangat hebat apabila suaminya didiagnosis mengidap kanser usus tahap empat.
Itu yang dilalui oleh Syazana Fatihah Jamil, 26, apabila suami yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Muhammad Sazrin Asraf Saidin, 29, diuji penyakit berkenaan sejak September tahun lalu.
Memetik berita yang dikongsikan Harian Metro, Syazana Fatihah berkata, sebelum ini mereka melalui fasa ujian menjalani rawatan kesuburan bersama demi memiliki zuriat sendiri, namun kini perjuangan itu digantikan dengan episod paling getir bersama suami yang kini melawan kanser.
Katanya, sebelum ini suami menjalani enam sesi kemoterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dan lima kali radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun rezeki tidak memihak kepadanya apabila sel kanser semakin agresif.
“Sekarang suami sedang mengulangi rawatan kemoterapi buat kali kedua dan kini berada di Hospital Bukit Mertajam, di sini kerana mengalami kesukaran bernafas, baru-baru ini. Saya yang sebelum ini berniaga kek batik dan cheesekut hentikan jualan untuk menemaninya setiap kali mendapat rawatan.
“Insya-Allah saya setia bersama suami dalam perjuangannya kerana sebelum ini kami sudah bersama berjuang untuk memiliki zuriat sendiri jadi kali ini saya tidak akan tinggalkan dia biarpun terpaksa melupakan impian itu kerana kesihatan suami lebih penting ketika ini,” katanya sebak.
Ads
“Melihat semangat suami buat saya kuat…”- Isteri
Menurutnya, sebelum ini mereka membuat rawatan kesuburan di HTAA kerana ketika itu suaminya berkhidmat di Kuantan, Pahang dicadangkan prosedur IUI pada Jun tahun lalu namun tiga bulan selepas itu suami didiagnosis penyakit itu.
“Mungkin bukan rezeki kami untuk memiliki anak buat masa ini kerana Allah berikan ujian hebat ini dulu tetapi saya sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana yakin dan percaya suami akan sihat serta pasti ada ‘pelangi’ untuk kami selepas ini.
“Bagi saya penyakit suami adalah ujian berat kedua untuk saya kerana pada 2017 saya jaga arwah abah kerana sakit tibi usus dan sekarang saya jaga suami yang sakit kanser pula tetapi melihat semangat suami buat saya juga kuat,” katanya memberitahu mereka berasal dari Pulau Pinang.
Ads
Alami Masalah Buang Air Besar
Berkongsi berkenaan tanda-tanda awal yang dialami oleh suaminya sebelum disahkan mengidap kanser usus dan kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki 11 sesi di Hospital Pulau Pinang.
“Sebelum didiagnosis kanser usus suami mengalami masalah buang air besar dan ingatkan masalah buasir tetapi berat badan suami juga susut sebelum dia membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas menjalani beberapa prosedur doktor mengesahkan penyakitnya itu,” ujarnya lagi dan turut memaklumkan kebajikan suami sentiasa dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM selain Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan masih dalam permohonan bantuan zakat.
Naluri seorang ibu terhadap anaknya sememangnya sangat kuat. Soroklah macam mana sekali pun, ibu pasti akan dapat menghidu lebih-lebih lagi jika anak dalam kesusahan.
Sesukar apa pun, seorang ibu pasti akan berusaha untuk membantu anaknya. Takkan pernah membiarkan anaknya menanggung kesusahan seorang diri.
Tular di laman TikTok, seorang pemuda telah berkongsikan kisahnya yang diduga akibat perniagaan yang jatuh menjunam. Namun berkat pertolongan serta doa daripada ibunya membuatkan beliau bangkit dari kegagalan lalu.
Berkongsi kisah kejayaannya di laman TikTok, pemuda ini mengakui pernah menjadi anak yang paling menyusahkan ibunya.
“Tahun lepas aku jadi anak lelaki yang paling menyusahkan mak aku.
“Aku paling banyak pinjam duit sampaikan mak gadai semua emas dia untuk tolong aku.
“Aku janji nak bayar sikit-sikit tapi sampai sekarang tak bayar langsung,” luahnya.
“Bukan itu sahaja, baju raya untuk isterinya juga diberikan oleh si ibu meskipun dia tidak menceritakan kesusahan.
“Tahun lepas nak beli baju raya bini pun mak aku yang hulur duit.
“Betullah naluri seorang ibu, kalau kita susah macam manapun dia boleh tahu… sembunyilah macam mana pun, mak mesti tahu kau tengah susah,” katanya lagi.
Namun tidak disangka, berkat doa ibunya, pemuda yang bernama Hanif ini, kini berjaya bangkit dalam perniagaan sehingga mampu menebus semula setiap barang kemas ibunya yang pernah digadaikan.
“Tahun ni Alhamdulillah, atas kurniaan rezeki. Hidup aku ni dah tak ada lagi kejayaan yang palsu, semuanya berkat doa seorang ibu.
“Hari ini aku nak hadiahkan semula emas yang pernah tergadai sebelum ni.
Ada rantai tangan besar ni, rantai tangan kedua… dua bentuk cincin, sepasang subang dan rantai tangan yang ketiga.
“Walaupun bagi mak aku nilai ni kecil saja, tapi bagi aku nilai dia sangat besar sebab aku berjaya bayar balik hutang. Ramai sangat orang berani berhutang tapi tak pandai bayar,” tambahnya.
Menerusi video berdurasi 3.31 saat itu juga, Hanif mengambil kesempatan memulangkan semula barang kemas berkenaan kepada ibunya sekali gus membuatkan suasana hari raya bertukar pilu.
Ibunya yang kelihatan terkejut kemudian memeluk dan menciumnya semula sambil memberi kata-kata semangat dan perangsang untuknya lebih berjaya.
Ayah merupakan seorang wira dalam hidup kita, walau apa keadaan sekali pun seorang ayah secara semulajadinya akan melindungi dan menjaga anak-anaknya agar sentiasa di dalam keadaan selamat.
Hatta ketika sedang bercuti bersama keluarga, akan dilaksanakan tugasnya memastikan anak-anak sentiasa selamat dengan caranya yang tersendiri.
Baru-baru ini seperti sedia maklum, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama dua orang anaknya telah bercuti di bumi Aukland. Banyak juga video percutian mereka di sana dikongsikan di media sosial untuk tontonan peminatnya.
Dalam banyak-banyak video tersebut rata-ratanya cukup mengujakan dan salah satu video yang menarik perhatian pengikutnya adalah saat mereka sekeluarga bermain di Rainbow’s End Themepark.
Di sana Hairul dan Yusuf dilihat menaiki bot secara bersendirian. Namun berlaku satu peristiwa di mana bot yang dinaiki oleh Yusuf tidak berhenti bergerak membuatkan Yusuf memusing di tempat yang sama. Sedangkan semua bot yang lain sudah berada di tempatnya.
Melihat keadaan Yusuf, lantas Hairul segera menjadi penyelamat anaknya dengan segera memandu bot yang dinaikinya ke arah Yusuf dengan skil seorang superhero. Misi menyelamatkan anak selesai, dapat dilihat Hairul tersenyum menyelesaikan tugas tersebut.
Misi menyelamatkan anak selesai, dapat dilihat Hairul tersenyum menyelesaikan tugas tersebut.
Jadi betullah orang kata, ayah ini sifatnya memang seorang penyelamat, ayah adalah superhero buat anak!
Perkongsian video ini telahpun mendapat jumlah tontonan yang tinggi sejak dimuatnaik. Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi dari peminat diterimanya:
Usia bukan penghalang nenek ini untuk belajar menulis dan mengeja. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perkongsian seorang cucu yang juga pengguna TikTok mengundang perhatian.
Menerusi akaun @itsaizajustmint, dia memuatnaik momen bersama neneknya yang sedang belajar menulis dan membaca.
Apa yang membuatkan ramai kagum dan terharu dengan si nenek yang mahu belajar menulis dan mengeja dengan cucunya yang bertindak sebagai guru. Walaupun dalam usia sebegitu namun dia tetap bersemangat.
Rupa-rupanya warga emas yang dipanggil Tok itu pernah bersekolah namun terpaksa berhenti di usia muda dek kerana pelbagai kekangan.
Justeru, cucunya mengambil peluang untuk membantu neneknya yang begitu bersemangat mempelajari ejaan-ejaan baru bagi membolehkan dia terus berlatih menulis.
Semangat yang ada pada nenek ini wajar dijadikan contoh buat anak muda di luar sana. Betapa dalam ysia sedemikian dia masih ada sifat ingin belajar.
Walaupun mungkin sukar namun sediki demi sedikit lama- lama jadi bukit kan. Yang penting dapat meraih ilmu, tiada istilah terlambat jika dalam mencari ilmu.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...