Mulanya Berkerja Kemudian Jadi Suri Rumah Je. Wanita Ni Kongsi Pengalaman & Bukan Mudah Rupanya!

Share

Ada isteri yang berkerja teringin sangat nak jadi suri rumah sepenuh masa dan begitu juga sebaliknya kalau boleh hendak keluar berkerja daripada terperap di dalam rumah mengurus keluarga. Situasi antara kedua-duanya seakan cemburu dengan apa yang orang lain dilalui. Semuannya menggambarkan betapa seronok dan indah bila yang diimpikan itu dapat direalisasikan.

Pun begitu, hakikatnya sama ada berkerja atau tidak ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh oleh Sri A’Jilah tentang pengalaman peribadinya bila suatu ketika dahulu pernah berkerja dan kemudian menjadi suri rumah sepenuh masa.

Ikuti perkongsiannya.

Orang kata, Eh best la ko jadi suri rumah. Pada saya, kalau tak bersedia mental fizikal, tak best langsung jadi suri rumah. Sebab jadi suri rumahlah saya down, frust, murung.

Betul. Ni kesah lama. Tapi betul-betul sarat dengan pengajaran untuk saya.

Dari ada duit sendiri, nak beli apa-apa tak payah nak berkira. Boleh jumpa kawan, boleh ada kawan berborak. Tapi, bila jadi suri rumah, saya hilang semua tu. Saya hilang keyakinan pada diri saya sendiri.

Paling teruk, saya rasa sakit hati pada suami saya sendiri. Saya rasa, dialah penyebab saya jadi macam ni. Saya jadi depress sebab dia. Saya rasa useless sebab dia. Saya hilang diri saya sebab dia.

Lamanya saya berada kat fasa ni. 3 tahun. Bukan sekejap kan? Betapa banyaknya masa yang saya dah bazirkan. Sampai kan Kadang-kadang saya rasa menyesalnya kahwin awal (maafkan saya, abang) 

Betulla kan,Allah datangkan seseorang dalam hidup kita pasti bersebab. Saya kenal sorang perempuan ni. Dia niqabis. Saya suka tengok niqabis ni dan suka nak tengok life style dia macam mana.

Saya selalu rasa niqabis ni mesti hidup dia best, sempurna, tinggi iman, tinggi kesabaran.

Kesahnya, kawan saya ni ada anak 2. Sepasang. Yang sulung perempuan, darjah 2. Yang kecil tu baru 4 tahun.

Rupanya, dia penghidap mental disorder. Major mental disorder. Siap ada anxiety disorder,
Borderline personality.

Dia besarkan anak-anak sendiri sambil buat bisnes online sikit-sikit. Seriusly, dia cukup tabah.

Bila datang sakit dia, dia macam mayat hidup yang terbaring je sambil tengok kipas pusing. Seharian tak bangun. Solat, mandi, masak, memang dia tak buat langsung.

Dia jadi kosong.

Anak-anak dia?

Kakak yang sulung tu akan uruskan si adik. Mandikan, bagi makan, main, tidurkan. Hebat sungguh anak sulung dia boleh buat semua ni pada usia 8 tahun.

Allah bantu dia dengan hadiahkan seorang anak yang cukup hebat kan?

Suami dia?

Dia jarang bercerita pasal suami dia. Tapi suami dia memang tak bagi nafkah pada dia dan anak-anak.

Tolong uruskan anak-anak, lagi la jauh panggang dari api.

Allahuakbar!

Saat ni saya macam baru sedar diri. Baru jadi manusia waras.

Selama ni, walau susah macam mana pun, suami saya tak pernah abaikan saya. Tak pernah berkira pun untuk tolong saya buat kerja-kerja rumah. Tak pernah lupa bagi duit belanja pada saya tiap-tiap bulan. Tak pernah balik dengan tangan kosong setiap kali dia keluar.

Apa lagi yang saya nak? Apa lagi yang perlu saya rungutkan?

Sungguh!
SYUKUR TU TAK MUDAH
TAPI BOLEH DIDIDIK.

Betapa banyaknya benda yang kita boleh syukuri.

Mungkin, suami kita jenis menghadap henfon je bila kat rumah. Tapi dia tak pernah lupa bagi nafkah. Bersyukurlah!

Mungkin, suami kita tak bantu hal-hal rumah, tapi boleh bantu tengok anak-anak . Bersyukurlah!

Mungkin, suami kita tak amik tau pun urusan rumah dan anak-anak , tapi tak pernah berkira soal duit. Brsyukurlah!

Saya belajar sesuatu.

Kalau kekurangan yang buat kita merungut, yang buat kita sakit hati,
Sampai bila-bila pun kita cuma akan nampak kekurangan tu.

Sebabnya, kita fokus pada kekurangan.

Walaupun kebaikan tu cuma satu, tapi kalau kebaikan yang kita fokuskan, yang kita sebut, kebaikan jugaklah yang kita akan nampak. Yang kita akan rasa.

~terima kasih , abang. Maafkan saya untuk semuanya

 

sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir