Ada isteri yang berkerja teringin sangat nak jadi suri rumah sepenuh masa dan begitu juga sebaliknya kalau boleh hendak keluar berkerja daripada terperap di dalam rumah mengurus keluarga. Situasi antara kedua-duanya seakan cemburu dengan apa yang orang lain dilalui. Semuannya menggambarkan betapa seronok dan indah bila yang diimpikan itu dapat direalisasikan.
Pun begitu, hakikatnya sama ada berkerja atau tidak ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh oleh Sri A’Jilah tentang pengalaman peribadinya bila suatu ketika dahulu pernah berkerja dan kemudian menjadi suri rumah sepenuh masa.
Ikuti perkongsiannya.
Orang kata, Eh best la ko jadi suri rumah. Pada saya, kalau tak bersedia mental fizikal, tak best langsung jadi suri rumah. Sebab jadi suri rumahlah saya down, frust, murung.
Betul. Ni kesah lama. Tapi betul-betul sarat dengan pengajaran untuk saya.
Dari ada duit sendiri, nak beli apa-apa tak payah nak berkira. Boleh jumpa kawan, boleh ada kawan berborak. Tapi, bila jadi suri rumah, saya hilang semua tu. Saya hilang keyakinan pada diri saya sendiri.
Paling teruk, saya rasa sakit hati pada suami saya sendiri. Saya rasa, dialah penyebab saya jadi macam ni. Saya jadi depress sebab dia. Saya rasa useless sebab dia. Saya hilang diri saya sebab dia.
Lamanya saya berada kat fasa ni. 3 tahun. Bukan sekejap kan? Betapa banyaknya masa yang saya dah bazirkan. Sampai kan Kadang-kadang saya rasa menyesalnya kahwin awal (maafkan saya, abang)
Betulla kan,Allah datangkan seseorang dalam hidup kita pasti bersebab. Saya kenal sorang perempuan ni. Dia niqabis. Saya suka tengok niqabis ni dan suka nak tengok life style dia macam mana.
Saya selalu rasa niqabis ni mesti hidup dia best, sempurna, tinggi iman, tinggi kesabaran.
Kesahnya, kawan saya ni ada anak 2. Sepasang. Yang sulung perempuan, darjah 2. Yang kecil tu baru 4 tahun.
Rupanya, dia penghidap mental disorder. Major mental disorder. Siap ada anxiety disorder, Borderline personality.
Ads
Dia besarkan anak-anak sendiri sambil buat bisnes online sikit-sikit. Seriusly, dia cukup tabah.
Bila datang sakit dia, dia macam mayat hidup yang terbaring je sambil tengok kipas pusing. Seharian tak bangun. Solat, mandi, masak, memang dia tak buat langsung.
Dia jadi kosong.
Anak-anak dia?
Kakak yang sulung tu akan uruskan si adik. Mandikan, bagi makan, main, tidurkan. Hebat sungguh anak sulung dia boleh buat semua ni pada usia 8 tahun.
Allah bantu dia dengan hadiahkan seorang anak yang cukup hebat kan?
Suami dia?
Ads
Dia jarang bercerita pasal suami dia. Tapi suami dia memang tak bagi nafkah pada dia dan anak-anak.
Tolong uruskan anak-anak, lagi la jauh panggang dari api.
Allahuakbar!
Saat ni saya macam baru sedar diri. Baru jadi manusia waras.
Selama ni, walau susah macam mana pun, suami saya tak pernah abaikan saya. Tak pernah berkira pun untuk tolong saya buat kerja-kerja rumah. Tak pernah lupa bagi duit belanja pada saya tiap-tiap bulan. Tak pernah balik dengan tangan kosong setiap kali dia keluar.
Apa lagi yang saya nak? Apa lagi yang perlu saya rungutkan?
Sungguh! SYUKUR TU TAK MUDAH TAPI BOLEH DIDIDIK.
Ads
Betapa banyaknya benda yang kita boleh syukuri.
Mungkin, suami kita jenis menghadap henfon je bila kat rumah. Tapi dia tak pernah lupa bagi nafkah. Bersyukurlah!
Mungkin, suami kita tak bantu hal-hal rumah, tapi boleh bantu tengok anak-anak . Bersyukurlah!
Mungkin, suami kita tak amik tau pun urusan rumah dan anak-anak , tapi tak pernah berkira soal duit. Brsyukurlah!
Saya belajar sesuatu.
Kalau kekurangan yang buat kita merungut, yang buat kita sakit hati, Sampai bila-bila pun kita cuma akan nampak kekurangan tu.
Sebabnya, kita fokus pada kekurangan.
Walaupun kebaikan tu cuma satu, tapi kalau kebaikan yang kita fokuskan, yang kita sebut, kebaikan jugaklah yang kita akan nampak. Yang kita akan rasa.
~terima kasih , abang. Maafkan saya untuk semuanya
Bagi setiap pasangan, tarikh anniversary amatlah penting. Lebih-lebih lagi pasangan yang baru berkahwin. Walaupun tiada sambutan, cukuplah dengan ucapan tanda menghargai dan mengingati.
Bagaimana kalau kita terlupa mengucapkan selamat ulang tahun pada pasangan? Huh! Jangan main-main dengan perkara ini lebih-lebih lagi dengan isteri.
Kadang-kadang perkara ini bukan disengajakan. Dengan kesibukan kerja dan juga jadual yang padat, tak mustahil kita akan terlupa dengan tarikh penting ini kan?
Seperti yang terjadi kepada penulis buku terkenal, Iddin Ramli yang terlupa tarikh istimewa itu sehingga menyebabkan isterinya menangis dan bad mood lebih-lebih lagi isterinya sudah membelikan hadiah buatnya.
Apa yang melucukan, sewaktu proses pujuk-memujuk dilakukan Iddin Ramli bersungguh memujuk isterinya itu yang masih menangis teresak-esak. Dengan penuh keyakinan dia menyebut tarikh anniversary mereka tanpa menyedari yang tarikh yang disebut itu salah.
“Tengah pujuk pun still salah tarikh anniversary. Hari anniversary kami 3 hb. Kenapa aku sebut dalam video ni 4 hb.”
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut sangat terhibur dengan insiden tersebut dan turut memahami kesedihan dan perasaan sensitif yang dirasai oleh si isteri.
Jika kita mempunyai meja makan kayu yang telah bertahun-tahun guna, tentu teringin mempunyai meja makan lain. Tetapi memikirkan meja makan masih elok, sayang pulak nak let go. Sekarang pula, kena berjimat cermat.
Sebagaimana perkongsian ini, wanita ini telah menunjukkan cara makeover meja makan lama mengunakan wallpaper kabinet menggunakan corak marble hingga hasilnya memang superb!
Boleh cuba idea ni. Jom tengok caranya.
________________________________
Salam, saja nak share saya buat DIY meja makan.. asal meja nie owner lama punya.. sebab masih kukuh dan elok rasa sayang plak nak buang.. jadi saya transform bagi nampak baru.
Ni bahan-bahan yang dibeli:
Mudah aje kan.Selamat mencuba!
Kredit: Intan Nasirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
14 Tahun Genap Kehilangan Adik Sharlinie, Undang Sebak Netizen
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tersayang hilang tanpa khabar berita. Kisah adik Sharlinie yang pernah menjadi tumpuan negara suatu ketika dulu membuatkan ramai yang sebak.
Menerusi perkongsian saudara Syahril A. Kadir meruntun jiwa apabila tanpa sedar masa sudah berlalu tentang kisag adik ini. Menerusi perkongsian beliau, kehilangan adik sharlinie hari ini genap 14 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kini genap 14 tahun Sharlinie terus hilang tanpa khabar berita.
Sejak kebelakangan ini macam-macam dengar kes budak kena culik, nasib baik setelah disiasat, ternyata ia adalah palsu, Alhamdulillah.
Namun adakah korang masih ingat adik Sharlinie Mohd. Nashar, yang dilaporkan diculik ketika sedang bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Petaling Jaya pada 9 Januari 2008?
Dalam perkiraan, kalau dia masih ada, Sharlinie sekarang dah pun berusia 19 tahun, muda remaja sudah. Ini kerana sewaktu kejadian dia baru berusia lima tahun.
Untuk rekod, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Ingat lagi sewaktu kejadian saya mengetuai Meja Jenayah dan Laporan Khas di Sinar Harian.
Hampir setiap hari, pelbagai agensi media berusaha keras bersama-sama pasukan polis dan orang ramai untuk melaporkan perkembangan tersebut yang telah menggemparkan negara ketika itu.
Di mana saja ada operasi pencarian, anak buah saya termasuk dengan saya-saya sekali akan turun padang. Operasi pencarian mangsa dibuat sampai ke peringkat dari rumah ke rumah, kawasan pembinaan dan apa saja lokasi yang difikirkan mampu menemukan adik Sharlinie.
Yang paling kesian keluarganya. Dahlah kehilangan anak tersayang, ramai pulak yang ambil kesempatan kononnya mampu mendapatkan Sharlinie (dengan meminta sejumlah bayaran), itu belum campur ugutan dan SMS palsu hingga membuatkan mereka trauma yang teramat. Masa tu Whatsapp takde lagi, kalau dah ada, lagi jenuh!
Sudahnya keluarganya nekad berpindah dari Petaling Jaya dan pulang ke kampung mereka di Dungun, Terengganu untuk memulakan hidup baru.
Polis sampai habis ikhtiar ketika itu berusaha mengesan Sharlinie namun gagal hingga ke sudah.
Ingatlah, jangan ambil mudah. Kehilangan Sharlinie, pembunuhan Nurin dan Dirang, semua adalah ‘real’. Di luar sana masih ada manusia bertopengkan haiwan yang mampu berbuat apa saja jikalau kita terlalai.
Mangsa bukan hanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali.
Nauzubillah.
Sumber: Syahril A. Kadir
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...