‘Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’, ‘Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’, itu adalah antara peribahasa yang begitu sinonim dengan amalam menabung. Ini sekali gus mengingatkan dan menyedarkan kita, bahawa duit ini walau disimpan sedikit-sedikit akhirnya akan banyak juga jumlahnya.
Pun begitu, tidak dinafikan ramai sahaja yang memberi alasan tidak dapat menyimpan wang gaji dek kerana merasakan gaji yang diterima terlalu kecil.
“Bang saya tetap susah nak menyimpan bang”
“Ok, apa masalahnya?”
“Gaji saya kecil bang, tak sempat menyimpan duit dah habis”
“Ok, lagi?”
“Itu sahaja bang, dah kerja 7 tahun simpanan saya tak sampai pun sebulan gaji saya”.
“Ok, begini. Kesalahan paling besar kita bab menyimpan ini ialah kita beranggapan GAJI BESAR BARU BOLEH MENYIMPAN”
“Betul bang”
“Paling penting bukan GAJI BESAR, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.
Betulkan Cara Fikir
Inilah yang cuba dijelaskan oleh Dr Azizul Azli Ahmad di dalam perkongsiannya di facebook. Bersamalah kita pegang kata-katanya dalam usaha untuk membuat tabungan untuk masa depan. Apa yangpPaling penting bukan gaji besar, tetapi kita kena ada pemikiran yang besar tentang wang.
Betulkan cara kita berfikir dan faham tentang wang dulu. Nilai kembali betulkan apa yang kita beli selama ini sesuai dengan gaji kita?
1. Gaji tak cukup atau kereta kita telan semua gaji kita?
2. Gaji tak cukup atau rumah mahal tak padan gaji?
3. Gaji tak cukup atau kita utamakan gaya hidup atau keperluan hidup?
“Nilai kembali hidup kita, yang namanya GAJI tak akan pernah cukup jika kita guna untuk GAYA HIDUP dan BUKANNYA KEPERLUAN HIDUP.”
Maka bagaimana kita ingin menyimpan?
Kawan kawan yang mulia,
Mulakan menabung sekecil nilai yang ada, jangan ikut orang dan bina versi menabung kita sendiri. Paling utama adalah KONSISTEN menabung sepanjang masa.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pasangan suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain sentiasa berusaha untuk menbahagiakan pasangannya.
Biarpun ‘struggle’ dalam kehidupan, namun hati tetap untuk memberikan kegembiraan buat pasangan.
Begitulah yang digambarkan dengan pasangan suami isteri ini. Menerusi perkongsian video di Tik Tik akaun kiedaamy97_ melihat bagaimana ikhlasnya seorang suami memberikan hadiah istimewa buat isteri tersayang.
Demi menghargai isterinya, suaminya menyimpan duit selama setahun tanpa pengetahuannya untuk membelikan hadiah.
Malah kata-kata suaminya ketika memakaikan gelang di tangannya mengundang sebak.
“Happy birthday ibu. Dimurahkan rezeki. Semoga berjaya dalam bidang perniagaan. Sambil mencari rezeki, menjaga anak.
“Terima kasih jaga makan minum abah. Abah simpan duit selama setahun untuk hadiah ibu.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perkara yang sama, sebak melihat kasih sayang ikhlas seorang suami yang menghargai isterinya yang menguruskan rumahtangga.
Apa yang pasti, tidak kiralah hadiah apa jua, yang penting sikap suami yang tahu menghargai isteri yang setia bersama ketika susah dan senang.
Biasanya jika teringin makan tosei akan ke kedai mamak yang berdekatan.
Namun disebabkan masih tidak dibenarkan ‘Dine In’ ramai yang suka makan di rumah sahaja.
Jadi bagi yang teringin nak makan tosei panas-panas apa kata buat sendiri di rumah.
Rupanya cara nak buat mudah aje. Ikuti resipi yang disediakan oleh puan Fatimah Saari.
Dari arwah nanny sampai ke cucu semua belajar buat tosei Alhamdulillah lembut mcm arwah buat tapi ttp xleh lawan kesedapan air tgn arwah nanny Al fatihah utk arwah…
Bila anak mendapat markah penuh setiap kali ujian peperiksaan tahunan mahupun peperiksaan besar dalam diri mereka, tentunya sebagai ibu dah ayah kita berasa bangga dengan pencapaian tersebut.
Pun begitu, di sebalik tingginya markah yang diperolehi oleh anak-anak ini, selain ucapan tahniah mahu pun ganjaran hadiah diberikan kepada mereka. Ada baiknya lakukan seperti mana ustazah ini memberikan nasihat dan peringata buat anaknya yang dikongsikan di akaun fbnya. Inilah coretan istimewa daripada seorang ibu untuk anaknya dan bolehlah dijadikan panduan buat kita juga.
Jom semak perkongsian dari ibu luar biasa ini.
Di sebalik tingginya markah peperiksaan akhir tahunmu dan pujian guru-guru terhadap akhlak dan hafazanmu, ingatlah wahai anakku-anakku sayang..ingatlah…
1. هذا من فضل ربي Itu ungkapan Nabi Sulaiman saat diberikan ujian kesenangan sehingga Allah redha kepadanya. Usah menganggap ianya hasil usahamu semata-mata kerana itulah yang pernah dirasai oleh Qarun sehingga Allah murka padanya. Rasai segalanya dari Allah Yang Maha Baik. Teruskan berusaha dan berharap pada pertolonganNya.
2. Syukuri abimu yang banyak berjasa mendidikmu. Saat ini kau sendiri mengakui betapa baiknya Abi yang tegas dalam bab fake food/junk food. Abi sedang memelihara akalmu dan kesihatanmu dengan bantuan Allah. (Bukan tak boleh langsung, tapi ia cuma beberapa kali sahaja dalam setahun).
3. Ingat, ummi sayang dan redha padamu sampai syurga firdaus tertinggi. Sayangi dan hormati semua guru kerana mereka mewakili cinta ummi dan abi di sekolahmu.
4. Bermanfaatlah pada masyarakat dengan mendidik, berakhlak dan berbakti.
5. Jaga Al Quran dan pesan Nabi sampai mati. Kuasai ilmu naqli dan aqli sampai tamadun Islam tertegak di muka bumi. . With , Ummi.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...