Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19, pastinya ramai memahami mengenai segala Prosedur operasi standard (SOP). Lantaran itu, sudah tentu kita kerap berada di rumah.
Untuk menghilangkan rasa bosan tentu pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang berada dirumah. Di media sosial ramai yang melakukan perkongsian resipi baru, hasil pertukangan dan tanaman.
Cakna dengan tanggungjawab sosial, baru-baru ini Majalah Keluarga telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti secara virtual sehingga berjaya menarik perhatian ramai.
Aktiviti E- Keluarga Gader, Jom Mula Projek Kebun Mini Di Rumah ini telah disertai 60 orang peserta dari seluruh negeri.
Bagi yang selalu becucuk tanam tapi tak sampai seminggu pokok dah layu, program ini membantu menambah ilmu macam mana nak buat kebun mini di rumah sendiri.
Tenaga pengajar, Mohd Nor Amri Bin Mohd Nasir atau dikenali sebagai Cikgu Amri memberikan penerangan bercucuk tanam dan demonstrasi cara menanam kobis secara maya dari lokasi rumahnya di Melaka.
Untuk memeriahkan lagi program ini, turut diadakan cabutan bertuah bernilai RM100 serta soalan kuiz dan sesi soal jawab.
Program ini berlangsung pada 27 Mac lalu pada jam 10 pagi hingga 11.30 tengah hari dengan yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.
Video dan tip cara menanam Kobis.