“Mula Dengan 6 Botol Kicap. Kini ‘Upgrade’ Bawa Barang Guna Kontena.” Lan Solo Kongsi Momen Awal Bisnes!

Share

Pasangan suami isteri ini memilih untuk mencuba sesuatu yang baru demi masa depan keluarga mereka. Setahun yang lalu, mereka tekad untuk membuka kedai runcit.

Alhamdulillah, kini hasil usaha gigih tak tidak malu untuk mencuba kejayaan mula menghampiri pasangan muda Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim.
Solo Borneo Mart (SBM) dibuka pada penghujung September tahun lalu dengan bersandarkan barangan runcit yang sangat terhad.

Kini, selepas setahun beroperasi, SBM yang membekalkan barangan runcit dari Sabah dan Sarawak semakin maju dan diterima ramai.

“Siapa sangka bisnes yang bermula dengan hanya bawa enam botol kicap, lima paket kecil kopi Tenom, tiga botol jeruk bambangan dan lima bungkus mee dari Sabah.

“Selepas itu kami tambah pula barangan dari Sarawak, juga dalam kuantiti yang kecil, tapi hari ini Allah izinkan sebegini jauh perjalanan kami. Kami mampu ‘upgrade’ dengan kontena untuk membawa barang itu ke Semenanjung.
Mengakui perjalanan bisnes mereka bukanlah semudah yang disangkakan. Kata-kata perlian dan pandangan serong sesetengah pihak bagaimana pun tidak melemahkan semangat bekas Vokalis Kumpulan Kristal ini.

Disisinya berdiri teguh wanita kesayangan yang juga suri hatinya yang sentiasa memberi sokongan penuh.
“Tak mudah untuk kami kerana awal-awal dulu ‘koyak’ juga bila orang kata saya dah tak laku sebab tu jual ikan masin, buka kedai runcit.


“Ada juga yang kata kerja kedai runcit ni tak sesuai dengan status ‘artis’. Tapi…Allah itu sebaik-baik perancang,” katanya sebak.
“Isterilah yang banyak beri sokongan walaupun ada cakap-cakap belakang. Saya dan isteri berusaha untuk fahamkan pelanggan mengapa harga di BSM tak sama seperti di Sabah dan Sarawak.
“Kami educate mereka mengenai kos dan sebagainya dan akhirnya pelanggan mula memahami dan mula menerima BSM,” ujarnya.
Biarpun kejayaan sudah menghampiri bisnes yang diusahakan tersebut, namun Lan enggan mendabik dada. Sebaliknya dia mahu terus berusaha memajukan BSM dan akan melakukan penambahbaikan dari hari ke hari.

“Biarlah orang kata bergelumang dengan ikan masin, ikan bilis, udang kering ni tak glamor, saya akan tetus berusaha sampailah semua barangan runcit ada di BSM.
“Saya akan pastikan pengorbanan kami selama ini berbaloi. Kami korbankan masa dengan anak-anak, kawan-kawan sebab nak fokus kepada bisnes.
“Kena tipu, kena sailang itu semua pengalaman. Yang penting saya kena terus kental dan sabar serta belajar setiap hari,” katanya positif.

Sumber: SheiLa RazLan