Memiliki raut wajah yang cukup manis dan berdarah kacukan, tidak hairanlah andai ramai yang geram melihatnya. Ditambah dengan gelagatnya yang comel membuatkan ramai terhibur.
Berusia 7 tahun, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dibesarkan bak seorang puteri dengan limpahan kasih sayang. Apa sahaja perkembangan Aaisyah Dhia Rana, dikongsikan menerusi laman instagram yang dibuat khas untuknya.
Terbaru, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik satu video kaletah anaknya itu. Video tersebut menunjukkan Aaisyah bertanya kepada ibunya kenapa suka memakai high heels.
“Why you like wearing high heels?”
Che Ta menjawab soalan berkenaan dengan berkata beliau kelihatan lebih tinggi dengan memakainya.
Namun Aaisyah memberitahu bahawa ibunya itu memang sudah tinggi.
“Nampak more seksi.”
Itu Jawapan Che Ta yang membuatkan Aaisyah terkesima seketika sebelum ketawa.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Ekspresi wajah Aaisyah yang comel sehingga mengundang kelucuan orang ramai yang menonton video berkenaan.