Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sering berkongsi perkembangan anak-anaknya menerusi laman Instagram.
Setiap kali berkongsi gambar mahupun video, pasti mengundang perhatian ramai.
Baru-baru ini memuatnaik sekeping gambar anak sulungnya, Siti Aafiyah. Tampak comel dan bergaya penampilan anak kecil yang kini memasuki usia empat tahun. Nampaknya Aafiyah sudah pandai bergaya.
“Ibu balik kerja , Aafiyah siap melawa nak tunjuk kat ayah katanya ..
”Subhanallah anak ibu dah besor..😭 jadi anak yang soleha & berjaya dunia akhirat ye Aafiyah sayang ibu…” tulis Isteri kesayangan Dato’ Seri Khalid menerusi kapsyennya.
Perkongsian Siti Nurhaliza itu sudah meraih perhatian pengikutnya. Rata-rata memuji Kecomelan Aafiyah. Tak kurang yang mengatakan puteri sulung pasangan ini saling tak tumpah seperti ibunya.
Nak kereta sentiasa berbau wangi tidaklah sukar. Guna bahan yang ada di dapur sahaja. Bagi anda yang alergi atau tidak suka menggunakan pewangi berasaskan bahan kimia, mungkin petua ini sesuai untuk dipraktikkan.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun utk membeli pewangi kereta.
Selamat mencuba dan jangan sekali kali tukar kopi dengan serbuk teh kerana lain baunya nanti!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak kenal dengan penyanyi rap tanah air, Altimet yang kebanyakan lagunya ditulis dengan bait-bait lirik secara bersahaja menyelitkan unsur nasihat yang cukup bermakna. Terkini dia turut berkongsi nasihat yang dititipkan untuk anak sulungnya bersempena ulang tahun kelahiran anaknya.
Melalui coretan itu, Altimet berharap agar anak remajanya sentiasa di dalam rahmat Allah dan tidak akan melakukan sesuatu perkara yang boleh memberikan kesan buruk pada nama keluarga.
“Selamat ulangtahun kelahiran, ya hamba Allah. Dah masuk usia Baba kena layan mcm kawan dah ni. Baba doakan jadi orang yg lebih baik, lagi soleh, lagi padu dari Baba.
“Pergi mana mana bawak nama Baba, Jangan jadi punca air mata Mama..”
Kata nasihat ini turut mendapat perhatian warganet dan merasakan nasihat ini sangat bermakna. Dan itulah juga menjadi harapan setiap ibu bapa kepada anak-anak agar tahu menjaga nama baik keluarga dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.
Jika sebelum ini kita tidak ambil kisah bila mana anak-anak kita asyik bermain slime, iaitu sejenis mainan budak-budak sekarang. Kelihatannya slime ini seperti cecair dan apabila disentuh kenyal seperti getah. Didatangakan dengan pelbagai warna dan hebatnya juga boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tertentu.
Jika dilihat, tiada bahayanya bermain slime namun siapa sangka perkongsian daripada seorang emak saudara di media sosial beberapa bulan lalu, nyata membuatkan ibu-ibu buka mata dan mula alert tentang bahaya bermain slime!
Ini perkongsiannya, dan jom manfaatkan info ini.
BAHAYA SLIME! IBU BAPA Tolong ALERT!!
Permainan kanak2 yang boleh menyebabkan buta pada mata
Saya just sharing apa yg berlaku pada anak buah saya.. Bulan lepas dorg balik kpg, anak sulung adik saya bernama Ain happy sgt dpt jumpa sepupu diorang..
Tgh dorg bermain ramai2 tiba2 si ain mcm nampak tak selesa pada mata.. kejap2 dia gesel mata..nmpak mcm dia gatal2 dan pedih.. ibu nya cepat2 basuh mata dia.. entah macammana tiba2 nampak kelainan pada mata Ain..mata putih dia membengkak….. mata hitam dia tenggelam.. bila tanya sekumpulan anak2 buah.. diorang cakap kami semua main SLIME.. nyaris anak buah yang lain tak kena mcm ain..
adik saya cepat2 bwk Ain pegi ke klinik berdekatan..doc bgtau ini sejenis allergyc yang bahaya..boleh buta..dia sruh refer ke Pakar Hospital besar..
Rupa2 nya slime ni ada bahan kimia yang merbahaya bernama *BORAX ONE* nama sains _Tetrasodium Borate_ . BORAX ni bahan yg boleh didapati pada sabun pencuci salah satu bahan dalam slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada kesihatan anak.
– jika termakan boleh menyebabkan CIRIT BIRIT
– jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan dan brngkak mata dan boleh menyebabkan mata BUTA
-Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan SESAK NAFAS
-jika terlalu kerap sentuh boleh menyebabkan KULIT MELEPUH & KERADANGAN
Bahan2 dalam SLIME mudah didapati dirumah.. cara2 buat nya banyak diyoutube..kanak2 mudah buat sbb bahan2 senang didapati dirumah. Kepada ibu dan bapa sekalian tolong tgok sekiranya anak2 ada main benda ni tolong suruh diorang BUANG.. risau nanti dah terkena baru menyesal..
Ini sedikit info SLIME…
Ada di antara anda yang tidak tahu tentang satu permainan yang popular di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka sibuk bermain.
Ianya di panggil ‘slime’ dan ia tiba-tiba sahaja popular. Ia bukan sahaja boleh dibeli di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial membuatnya di rumah.
Disebabkan bahan-bahannya yang mudah diperoleh dan cara membuatnya yang mudah, ‘slime’ boleh ditemui hampir di semua rumah. Kerana kanak-kanak suka membuat dan bermain dengannya.
Walaubagaimanapun, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘slime’. Ini kerana, hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia.
Dan disebabkan inilah, kejadian malang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun berasal dari Massachusets, Ameria Syarikat.
Ibunya seronok yang Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan membuat ‘slime’. Kathleen sudah kerap membuat ‘slime’ sendiri.
Namun pada suatu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen telah bangun ditengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari-jarinya.
Keesokkan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah menjemputnya dan mendapati dia sedang menangis kesakitan.
Quinn segera membawanya ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3.
Menurut doktor lagi, itu merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama membuat ‘slime’.
Menurut Dr. Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan.
Disebabkan itu, sebagai ibu bapa, kita harus betul-betul memeriksa bahan yang kita ingin gunakan terutamanya terhadap anak-anak.
Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangka dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak.
Sedikit tentang Borax:
Nama kimianya ialah tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya.
Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:
jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit
jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata kalau dibiar boleh buta
jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan
jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan
Mata organ utama manusia…anak2 kecil masih naif..sebagai parents tlg pantau ya…cegah sebelum kena…takmo terhantuk dulu baru terngadah…
Ikhlas dari Mak Sedara Ain…
sumber : Syuraida Eeda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...