Walaupun dah habis cuti sekolah, pasti anda dan keluarga sudah merancang bercuti ke mana-mana destinasi pula pada cuti sekolah yang akan datang.
Bercuti ke pantai memang menyeronokkan kerana anak-anak cukup sukakan aktiviti ini. Namun berdepan dengan masalah kulit yang mudah terbakar buat kita rasa malas.
Maklumlah hendak memulihkan semula kulit kepada warna asal bukanlah mengambil masa yang sekejap. Paling kurang mengambil masa hampir seminggu untuk kulit kembali pulih.
Jika itu yang yang menjadi kerunsingan ibu-ibu, ada baiknya anda cuba petua ini. Rahsia kulit kembali cerah dan elakkan masalah sunburn ini sangat mujarab. Kalau tak percaya, sila cuba ni.
Kulit Kembali Lembut & Cerah
Bahan-bahan:
2 sudu beras pulut
1 sudu gula
1 sudu garam
Caranya:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul.
2. Masukkan ke dalam kuali dan sangai tanpa minyak.
3. Bila beras kekuningan, angkat dan sejukkan seketika.
4. Kisar hingga menjadi halus.
5. Letakkan air suam dan bancuh hingga sebati.
6. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan hingga kering.
7. Apabila kering, gosokkan muka perlahan-lahan dan sental hingga bersih.
8. Hasilnya kulit yang kering dan berjelaga disebabkan kesan terbakar dengan sekelip mata menjadi lebih halus dan lembut.
Bagi mendapatkan hasil yang lebih cerah, bolehlah lakukan petua ini berulang kali. Paling penting masalah kulit kering dan terbakar berjaya di atasi dengan segera.
Jadi kalau nak bercuti ke pantai bolehlah bawa bekalan ini bersama.
Cara Lain Pulihkan Sunburn
* Gunakan gel atau losyen lidah buaya (aloe vera) yang boleh dibeli di pasaran. Sapukan gel ini untuk meredakan kulit yang kering terbakar.
* Sapukan yogurt asli pada seluruh kulit wajah dan kawasan terbakar. Memang melembutkan.
* Boleh juga menggunakan krim hydrocortisone untuk mengelakkan kegatalan akibat kesan terbakar.
* Hiriskan timun dan tomato yang bersifat sejuk untuk menyejukkan wajah.
* Boleh juga menggunakan cuka bagi menghilangkan rasa perit dan kering.