Pressure cooker atau periuk tekanan yang membuatkan mak-mak teruja hendak memasak ini memang sangat membantu. Mana taknya, teknologi yang digunakannya sangat mudah dan membantu ibu-ibu memasak dengan pantas. Cepat..siapa tak nak beli kan?
Akan tetapi nak menggunakannya kena ada cara tertentu. Bimbang jika salah penggunaannya, bahaya mengundang. Inilah yang berlaku pada gadis bernama Siti Salmian yang melecur teruk di muka gara-gara terkena letupan wap panas. Lebih buruk lagi hanya tinggal sebulan sahaja tempoh majlis perkahwinannya bakal berlangsung.
Kecewa dan bimbang usah cakaplah. Walaupun anak sudah besar dan bijak mengendalikan dapur, mak-mak kenalah pantau dari jauh. Lebih-lebih lagi bila melibatkan penggunaan alat elektrik yang kurang mahir menggunakannya.
Melalui laman facebooknya, Siti Salmian tampil berkongsi pengalamannya supaya menjadi pengajaran buat orang lain. Jom kita ikuti perkongsian gadis ini. Boleh dijadikan pengajaran buat semua di luar sana.
Berhati-hatilah menggunakan barangan eletrik, bahaya yang tak dijangka boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Semoga bermanfaat !
TRAGEDI 20/3/2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin.
Nampak Mudah Tapi Sangat Bahaya
Nak cerita sikit apa yang terjadi sebenarnya. Okay , actually tetibe haritu tekak ni teringin sangat nak makan sup tulang . Kebetulan pergi TF supermarket ternampak la tulang-tulang tu, so memang terus grab.
Ads
Balik rumah macam biasalah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk memasak ni. Cakap dekat mak “mak adik nak mkn sup tulang” mak pon balas nak kawin kan, kena la belajar masak sup tulang.
Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pun guna periuk ‘pressure cooker tu. Memang tak pernah langsung. Selalu mak yang masak sup, kita ni intai intai je kat dapur.
Nampak tak betapa rajinnya haritu pergila dapur masak semua. Kita pun rebus la tulang tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bongok sangat diri ni kita pun kunci periuk tu.
Dan tetibe tak tahu camna mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu usik la pemegangnya. Entah macamana sekali meletup habis kena satu muka, badan bagai. Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak google cara guna macamana. Dan nasib pejam mata masa tu. Kalau tak pejam mugkin mata pun kena sekali.
Masa kena sup panas tu, hanya Allah saja tahu betapa panasnya muka tangan badan. Lepas kena memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir. Itu pun sebab kakak kita ni nurse. Dia la yang suruh letak tempat kena air panas tu dekat air yang mengalir. Sebab taknak ada gelembung gelembung. Yela muka kan, sebulan lagi nak kawin, siapa tak frust kan????
Mak lagi lah menangis tengok anak dia menjerit-jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kita boleh elak. Ni semua dugaan . Tanda Allah sayangkan kita.
Ads
Masa kena tu terus terbayang macamana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kena air panas sikit je, dah macam apa je rupa. Allahuakbar. And nasib la doktor kata dekat part muka kene gred 1 dan 5% burn.
Ni 1st day masa kena admit ward . Terpaksa jadi mumia kejap sebab muka still rasa panas lagi.
Okay actually , sis nak pesan pada semua orang tak kira la lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke. Please ambil iktibar apa yang jadi pada sis ni. Sis nak pesan pada korang, sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.
Ads
Better korang google youtube cara guna tu semua dulu. Jangan jadi macam saya yang agak kurang pandai ni. Sedangkan zaman sekarang boleh google hujung jari je kan?
Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nak google. Yasssss memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker . Tapi sebaik baiknya google ke youtube la dulu sebelum guna. Kalau dah kena macam diri saya ni nak menyesal pun tak guna.
BIAR LAMBAT EMPUK ASALKAN SELAMAT
Yasss ! Orag boleh gelak je bila tengok kita kena camni. Tak semua orang boleh postive. Alhamdulillah sis dikelilingi kawan kawan yang positif especially family debgan incik tunang yang always support jangan give up, jangan down. Ambil iktibar tau korang!
Nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi sebutan apabila seorang lelaki mendedahkan beliau pernah membantu membiayai kos pembedahan jantung arwah anaknya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu berkenaan berkata dia dan isteri menemui jalan buntu apabila anak mereka perlu dibedah akibat mengalami masalah jantung berlubang. Oleh itu mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan tabungan mereka dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sangat mahal.
“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalankan pembedahan jantung berlubang. Saya di dalam bilik tafsiran bersama isteri, tak ada pilihan nak kena keluarkan KWSP sebab kos.
“Tiba-tiba wakil SimplySiti datang terus menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya,” tulisnya.
Difahamkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia selepas tiga bulan selesai menjalani pembedahan. Namun, sebagai seorang bapa dia tetap bersyukur dan berhutang nyawa dengan penyanyi berusia 44 tahun itu.
Dalam masa yang sama, dia turut mendoakan kesejahteraan buat ibu kepada dua orang anak itu atas kebaikan yang telah diberikan.
“Anak saya sudah tiada, tetapi dia sempat berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami.
“Demi Allah perkara ini benar, terima kasih Siti. Aku kenang sepanjang hayat, hanya Allah mampu membalasnya.
“Kami sekeluarga pernah berhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza terus diberkati Allah.” jelasnya.
Juga dikenali sebagai ‘wild marjoram’, oregano merupakan salah satu bahan penting dalam kebanyakan hidangan Itali seperti piza, sos dan kaserol. Berbanding herba lain yang lebih baik digunakan segar, oregano pula memberi lebih rasa jika menggunakan dalam bentuk dikeringkan.
Ia mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi, di samping zat besi, mangan dan antioksidan lain menjadikan oregano salah satu herba yang memberi kesan positif kepada kesihatan tubuh. Patutlah ramai yang memberi komen daun ini boleh bantu rawat batuk, selesema dan seangkatan dengannya.
Bagi ibu-ibu yang nak buat oregano kering, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Zuenidaa Rahman ini. Jimat belanja tak perlu beli dikedai lagi.
Salam..sblm ni dpt tips buat chili flakes n dried parsley guna AF.. Maka td sy pun cuba buat dried origano utk msk spagetti oglio olio. Alhamdulillah.. Mmg jadi.. Cuma.. Mcm bau dia jd x kuat dh laa banding yg fresh.. Ms fry tu kemain lg bau dia kluar.. Kalau guna yg fresh dr pokok lg kuat bau dia.. Rsnya, lps ni nk guna yg fresh jee kot😂😂😂. Sbb ada pokok sndiri.. Mgkin akn buat utk chili atau lain2 yg susah nk simpan..
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Anak-anak pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian ketika satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik @RitaRudainiFC, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad membacakan pertanyaan seorang netizen ketika sesi siaran langsung tersebut.
“Ada orang tanya, ‘Bagi tak kalau Mommy nak kahwin lagi?’
Rayyan dan Qaqa yang berada di belakang Rita ketika sesia live berlangsung dengan pantas terus menjawab soalan tersebut.
“Tak payahlah, Mommy tak payah kahwin lagi.
“Mommy seorang pun dah cukup dah,” kata mereka.
Lebih menyentuh hati bila mana Rita sendiri memaklumkan yang dia tidak akan berkahwin lagi sambil memeluk erat kedua anaknya itu.
“Hah dengar itu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen tiga beranak itu.
Terdahulu Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Qaqa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...