Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang ayah bila mana akhirnya dapat menatap wajah si kecil yang sudah lebih sebulan tidak dapat berbuat demikian.
Demikianlah yang berlaku kepada pelawak Shuib Sepahtu yang buat pertama kalinya bersua muka dengan cahaya mata bongsunya. Ayash Affan sebelum ini dilahirkan pra-matang pada 6 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu anak keempatnya itu dalam keadaan sihat selain gembira dapat meluangkan masa selama tiga jam di hospital.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya di hospital buat pertama kalinya.
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat,” tulisnya sambil memberitahu berat Ayash juga telah mencecah 2.6 kilogram (kg) selepas dikeluarkan dari inkubator bulan lalu.
Dalam pada itu, Shuib mengakui wajah bayi tersebut mirip dirinya yang disifatkan sebagai hadiah istimewa daripada arwah isteri Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di HTCM pada 9 Ogos lalu.
Teruja untuk bertemu dengan bayi pramatangnya itu, Shuib memberitahu dia masih teringat kata-kata terakhir Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah.
Ads
Menurut ahli kumpulan lawak Sepahtu ini, dia akan melakukan yang terbaik untuk menjaga anak mereka seperti mana arwah isterinya mahukan.
“Insya-Allah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau. You jaga okay’.
“Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.
“Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang,” katanya.
Ads
Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Tak dinafikan, kemeriahan sambutan hari kemerdekaan Malaysia tahun ini paling meriah setelah dua tahun menyepi dek kerana virus yang melanda seluruh dunia. Dapat dilihat semangat orang ramai tidak kira ketika majlis perbarisan yang berjalan semalam, acara bunga api dan sekolah-sekolah yang menganjurkan majlis sambutan hari kemerdekaan mendapat penerimaan baik dari orang ramai.
Tidak kurang juga ada yang secara peribadinya dengan kreatif mencipta lagu tersendiri, malah ada juga yang membuat beberapa perkongsian yang menarik untuk ditontoni orang ramai. Misalnya video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @syazaaawr yang memuat naik seorang budak perempuan melakonkan beberapa watak dalam lagu ‘Keranamu Malaysia”.
Menjadi perhatian orang ramai melihat kegigihan ibunya menyediakan segala jenis pakaian dan props, di samping kepintaran adik ini dilihat sangat pandai melakonkan watak seperti buruh, nelayan, petani, pakar IT dan pakar ekonomi mengikut bait-bait lirik lagu tersebut.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur apabila melihat kereta jenama ‘Negara’ yang dibawanya menggunakan kereta mainan, malah ada yang berseloroh baru tahu kewujudan kereta yang jenama Negara itu.
Kejadian bayi tertukar di hospital yang kini tular telah memberi impak kepada yang bergelar ibu ayah. Malah merisaukan ia akan melibatkan nasab keturunan masa hadapan.
Rententan itu,warganet mula melahirkan kebimbangan. Malah ada yang mula selongkar tag lama anak untuk pengesahan.
Ia bukan gurauan yang boleh dibuat main tapi perlu alert kesahihan anak. Sehubungan itu, bagi yang menyimpan tag anak, tak salah untuk melihat kembali. Sekadar peringatan.
Sebagaimana perkongsian wanita ini di sebuah grup yang berkongsi perihal keluarga. Barangkali boleh berbuat demikian.
Oleh sbb dah viral kisah bayi tertukar tu … haaa rasa tak tenang pulak Mama. Pegi selongkar balik kt dalam laci. Check balik tag anak3 Mama. Xtaolah hati gusar… bila teringat kisah SitiJamuMall tuu.. Allahuakbar …
Alhamdulillah dah jumpa anak beliau.
Walaupun betul dah check tp fikiran ny tu mcm ye tak ye tak ye je😅 pastu belek2 muka anak2.. Ada ke yg mcm Syanaz?
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ada yang turut berkongsi tag lama anak dan ada juga berkongsi wajah anak sama iras. Apa pun, kisah ini wajar dijadikan iktibar supaya tidak berulang kembali.
Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah.
Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...