Muka Kusam & Gelap Sepanjang Hamil, Jangan Murung, Cuma Lakukan Rutin Ini Sahaja!

Share

Semua wanita pasti berdepan dengan masalah kulit pada wajah sepanjang kehamilan. Bukan hanya kulit rasa tak selesa bahkan langsung tak ada semangat untuk mencantikkan diri ditambah pula dengan kulit wajah yang bertukar menjadi gelap dan kusam.

Disebabkan itu ramai wanita tampil ala kadar sahaja, sekadar lengkap berpakaian tanpa aura seri ketika mengandung. Namun perkongsian Sharina Amar, ibu beranak dua ini berkongsi cara yang dilakukannya untuk tampil berseri dan paling penting kulit tak kusam. Ini yang diamalkan olehnya. Jom kita cuba!

Ini adalah mengikut pengalaman sis sendiri setelah ada 2 orang anak. Walaupun sedang hamil, kita pasti hendak nampak cantik dan muka nampak segar selalu. Jadi amalkan la tips ni!!

1. Amalkan minum air sebanyak 3 liter. Kulit di hyderasi lantas membuatkan kulit tidak kering dan nampak kusam.

2. Konsume lebih banyak buah dan sayuran. Vitamin dapat mengatasi masalah kulit tak bertenaga dan nampak kering.

3. Jangan mandi air panas terlalu lama. Air panas akan menyebabkan kulit dan perut menjadi kering dan mengakibatkan kegatalan pada kulit.

4. Pakai pelembap kulit supaya kulit sentiasa lembap tapi bukan berminyak. Kulit yang kering buat muka nampak pucat lesu dan tak berseri.
Pastikan tubuh badan juga di sapu dengan minyak atau losyen.

5. Pastikan mencuci wajah sebelum dan selepas bangun tidur. Ini dapat membantu mengelakkan juga pertumbuhan jerawat yang teruk. Kulit mesti lah

sentiasa bersih.

6. Elakkan kosmetik yang mengandungi merkuri dan hydroqinon kerana ia merosakkan kulit dan juga menyebabkan kulit mendapat pigmentation serta kusam.

7. Amalkan masker bercampur dengan lemon. Masker lemon mampu membuatkan kulit kita lebih segar, cerah dan tidak akan nampak kusam serta tidak bermaya. Pilih masker dua dalam satu iaitu muka dan badan yang juga yang mampu meninggalkan kesan pelembap setelah pakai.

Happy sharing uolss!


Jaga Pemakanan?
Ya..selain menjaga tubuh badan dengan sebaiknya dengan melebihkan rehat yang cukup, pemakanan sangat memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan wanita hamil terjaga dengan baik.

* Pilihlah makanan yang segar, sihat dan kaya khasiat.

* Jangan elak minum susu

. Jika tidak suka minum susu putih, pilihlah susu berperisa atau paling tidak memilih makanan yang mengandungi susu sebagai sampingan. Ini penting.

* Ambil kesemua ubat dan suplemen yang dibekalkan oleh doktor.

* Jika mabuk teruk dan tidak lalu untuk makan, banyakkan makan buah-buahan yang segar.

* Banyakkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, delima dan aneka kacang seperti badam, walnut dan sebagainya yang baik untuk otak dan perkembangan janin.

Nikmatilah waktu-waktu yang menyeronokkan sepanjang kehamilan ini!