Semalaman tak cukup tidur memang buat kulit muka terjejas. Kulit jadi kering, kusam dan tak bermaya.
Kalau tiba-tiba hari ni ada majlis baik anda pulihkan segera dengan tip di bawah ni. Kulit makin cantik dan nampak segar serta merta. Wajib cuba!
1.Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Ads
2. Basuh muka dengan air kelapa
Ambil air kelapa dan cuci muka dengan air kelapa, biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
3. Bancuhan serbuk kunyit dan madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Ads
4. Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
Ads
5. Skrub beras pulut
Sesekali buat skrub daripada beras pulut yang digabungkan bersama garam dan gula. Kisar halus dan kemudian sental wajah hingga rata. Bilas wajah bersih. Hasilkan kulit akan lebih licin dan lembut.
6.Air Mawar
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kegembiraan bakal menimang cahaya mata akhirnya bertukar duka bila mana si kecil dijemput ilahi selepas empat hari dilahirkan. Betapa perit untuk menerima namun takdir Tuhan tak siapa mampu menduga. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Bayi perempuan yang diberi nama Aulia Irdina merupakan anak sulung kepada Azizul Hakim yang juga penyanyi yang lahir dari program 3 Juara.
Berita tersebut dikongsikan oleh Azizul yang merupakan Juara kategori Irama Malaysia bagi program tersebut menerusi laman instagramnya.
Sayang nya Babah ngn Ami dekat adik. Tp Babah ngn Ami redhakan adik. Terima kasih Allah atas pinjaman berharga ini kepada kami berdua, walau cuma 4 hari sahaja. Babah puas dpt mandikan dan kafankan adik.
Adik wangi sangat, senyum je td masa dimandikan dan dikafankan. Sampai jumpa Babah ngn Ami di syurga Allah. Babah sentiasa rindukan adik. I Love U Sayang Aulia Irdina 03.10.2019 – 07.10.2019 ❤
Menurut Azizul, anak sulungnya itu terkena jangkitan kuman selepas dilahirkan khamis yang lalu.
Alfatihah buat anak syurga mummy dan babah ni yang cantik ni.. Adik sentiasa hidup dalam hati mummy dan babah Aulia Irdina Binti Azizzul Haqim nama adik.. Adik lahir sihat, cantik, sempurna sebagai seorang srikandi islam..
Allah uji ami n babah bila dr maklumkan adik ada jangkitan kuman di paru2 beberapa jam selepas adik lahir.. dan adik hebat n kuat sgt bertarung nyawa beberapa hari di nicu.. sampai Takdir Allah berkata adik akan hidup di taman syurgaNya terlebih dahulu..
Sungguh mummy dan babah rindu.. tapi mummy dan babah selalu redha & tak sabar jumpa adik kt syurga nanti.. terima kasih sebab adik ajar mummy dan babah erti kuat, sabar, tabah, redha dan erti sebenar syukur.. syg dan cinta adik selalu.. -mummy & babah-
Melalui Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ kelolaan Royal Canin Malaysia bagi mencetuskan kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan yang kerap untuk kucing-kucing wajar disambut baik.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care turut menyatakan sokongan mereka terhadap edisi keempat kempen ini di Malaysia, bersama-sama Royal Canin yang gigih menggalakkan pemilik kucing supaya membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa ahli veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Kunjungan rutin ke klinik veterinar bermula daripada usia kecil kucing itu boleh membantu memberi diagnosis awal berkenaan isu-isu kesihatan, mengurangkan impak penyakit dan membolehkan rawatan lebih berkesan.
Elak Terlepas Pandang
Menurut Dr. Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat di Royal Canin Malaysia yang merupakan doktor veterinar, berkata: “Ramai pemilik kucing terlepas pandang atau tidak sedar mengenai kepentingan membawa kucing kesayangan mereka berjumpa doktor veterinar secara kerap, dan bukan berjumpa hanya bila kucing itu sakit atau memerlukan vaksinasi.
Kucing secara lahiriah bersifat berahsia dan tidak mempamerkan kesakitan atau penyakit sehinggalah sudah terlalu lambat.
Oleh itu kami membawa kembali kempen ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2016. Kempen tahun ini menggalakkan pemeriksaan kesihatan berjadual bermula dari peringkat anak kucing sebagai langkah proaktif dan pencegahan.
Royal Canin sangat gembira pihak berkuasa dan rakan sealiran telah turut sama menyertai kempen ini bagi membantu mencipta kesedaran yang lebih luas mengenai amalan penjagaan haiwan peliharaan yang penting ini.
“Kami faham pemilik kucing berasa bimbang untuk membawa kucing berjumpa doktor veterinar atau kemungkinan haiwan peliharaan mereka terkena jangkitan penyakit yang sedia ada sekarang.
Oleh itu, ianya penting untuk pemilik haiwan peliharaan membuat temu janji ke klinik veterinar terlebih dahulu. Kami galakkan pemilik kucing untuk memeriksa dengan doktor veterinar jika mereka tidak pasti dengan maklumat yang diterima.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kawasan tertentu, kami menasihatkan pemilik kucing mematuhi SOP ketika membawa kucing mereka berjumpa doktor veterinar,” sambung Dr. Phoon.
Kempen Take Your Cat To The Vet
Pemilik haiwan peliharaan juga boleh mendengar podcast Jom Talk Pets! oleh Royal Canin Malaysia untuk maklumat dan langkah-langkah selamat bagi melindungi kesejahteraan kucing mereka.
Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ 2020 berlangsung dari 4 Oktober hingga 31Disember 2020.
Royal Canin telah menyediakan banyak aktiviti menarik untuk memberi ganjaran kepada pemilik haiwan peliharaan dan menggalakkan lagi mereka datang berjumpa doktor veterinar di dalam tempoh yang ditetapkan itu.
Antara aktiviti itu ialah Peraduan Puisi dan Bercerita, Permainan Web Pendidikan Interaktif dan Acara Langsung Digital Cat2Vet.
Buat anda yang inginkan lebih info lanjut tentang ini boleh diperolehi di laman rasmi Royal Canin Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.