“Muka Ikut Ayah, Mata Ikut Mommy.” Susan Manen Kongsi Gambar Dengan Anak Perempuan, Ramai Puji Macam Adik-Beradik!

Share

Mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak kegilaan ramai 20 tahun lalu membawa wanita ini ke dunia rumah tangga yang penuh kasih sayang.

Dalam tempoh bergelar suami isteri, hubungan mereka kian utuh dan tetap romantik biarpun sudah memiliki empat cahaya mata, iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur’ani dan Naqli Qaddiem.

Siapa sangka pasangan ini rupa-rupanya sudah memiliki anak yang sudah besar. Lihat sahaja perkongsian Susan Manen di ruangan instagramnya, wajah dan susuk tubuh si anak hampir menyamai ibunya.

Tidak hairanlah ramai yang mengatakan mereka tak nampak seperti ibu dan anak sebaliknya lebih kepada adik-beradik.

Ternyata si anak perempuan Susan yang dikenali sebagai Sabella mewarisi kecantikan yang dimiliki ibunya. Apabuila bergambar kedua-duanya nampak manis.

Melihat wajah anak-beranak ini, ramai yang memuji kedua-duanya cantik dan tidak nampak seperti ibu dan anak. Comel dan manis kan kedua-duanya.

yaya.cakes MashaAllah sooo pretty both of you😍
mohd_izham Muka sabella ikut muka abg mus, mata ikut yours
ema_azhr94 Dua2 cantik 😍❤️
lynnmanan Like sibling…😍😍
Sumber: susanmanen
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club