Sejak dulu beras digunakan sebagai pupur untuk mencerahkan kulit dan membuang kotoran dengan cepat. Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Putih Gebu
Bahan-Bahan:
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.