
Pengalaman yang mencemaskan buat bapa bernama Mohammad Faris Zakaria yang berkongsi kisah cemas tapi melucukan ketika kehilangan anaknya, Kisah tersebut dimaut naik menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini?
Dia yang ketika itu bersama anak sulung berusia lima tahun pergi berjalan di bahagian barangan elektronik sementara menantikan isterinya membeli barang.
Tanpa sedar anaknya sudah tiada di sisi. Puas dicari sehinggalah dia melihat si anak sedang ralit menonton di hadapan televisyen bertemankan sebuah patung beruang di sebelah.
Walaupun awalnya cuak tiba-tiba si anak ‘hilang’ tetapi apabila melihat situasi si anak yang sedang lepak menonton tv sambil ditemani teddy bear membuatkan ayah ni menarik nafas lega.
cari anak tak jumpa, muka ni dah kejung dh.. jumpa selipar sebelah je kat lantai.. sape pulak la rembat budak ni.. panggil2 tak menyahut.. 360 darjah kita toleh berpusing ligat mencari.. ehh, hurmm siniiii.. nasib baik perasan.. ingatkan dah lesap ke mana.
Sedap dia je lepak tengok tv dengan teddy bear display akt electronic section.. pastu slumber je tanya kita, papaaa ada jajan x.? mentang2 port tu deko cantik, geram nak sepah la tuuu.. ni kalau p ikea mungkin tido terus kot.. selubung slimut.. lagi lah kecoh gerakan mencari mangsa hilang report kat Lost n Found..
“Pukul 6 Pm Tutup Tv, Dah Faham Sendiri.” Tengok Televisyen Hujung Minggu, Cara Hanis Zalikha Didik Anak!

Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu.
“Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories.
Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa.
“Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.
Sumber:haniszalikha & Astro Gempak
·
“Bergelut Komitmen Sebagai Ibu, Kerjaya & Belajar.” Vanidah Imran Kini Graduan Sarjana, Mahu Jadi Contoh Kepada Anak!

Usia bukan penghalang buat pelakon Vanidah Imran, 48, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya berlangsung Sabtu lalu (12 Mac lalu) di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Ibu kepada Mikail Aimran dan Maryam Rashika itu menggenggam sarjana danmenyarung jubah konvokesyen pada sidang ke-15 istiadat berkenaan yang berlangsung sejak 5 hingga 13 Mac.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Pergelutan itu memang bukan calang-calang. Ia tak mudah langsung, tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.
“Kami bertiga berjanji, walau apa jua cabaran akan menamatkan pengajian sarjana ini. Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain.
“Saya juga beruntung kerana tak pernah putus sokongan daripada kawan lain seperti Prof Madya Aminah Rhapor, penyelia (Dr Marlenny Deenerwan), keluarga dan anak,” katanya.
Vanidah berkata dua anaknya sudah memahami rentak dan cara kehidupan.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar,” katanya.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” katanya.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangka akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki. Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya.
Menghampiri tiga dekad bergelar anak seni, Vanidah optimis keputusan menyambung belajar juga didorongi pelbagai faktor termasuk termasuk realiti pentas hiburan itu sendiri yang masih goyah tanpa jaminan konkrit.
“Pentas seni di Malaysia bukan industri yang stabil selagi kita tak ada undang-undang untuk melindungi pemainnya. Ketika itulah saya terdetik memilih pilihan lain (sambung belajar) untuk merubah kehidupan dan buat keputusan lebih baik.
“Saya boleh terus merungut mengenai kerapuhan gelanggang seni, tapi ia seolah-olah tidak membawa pengakhiran bermakna. Sampai bila pun nak merungut ibarat ia takkan habis. Saya kena buat sesuatu termasuklah menyambung pengajian sarjana selepas menggenggam ijazah.
“Ia keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya harap ia juga dapat jadi contoh dan motivasi untuk anak ke depan nanti,” katanya.
Sekalipun akur dengan resam turun naik dunia seni, minat dan kecintaannya menghidupkan karakter lakonan tak pernah terpadam.
“Saya nikmati apa yang dilakukan selama ini dengan penuh rasa. Seperti mana saya cabar diri untuk sambung belajar selain mengajar, lakonan juga sudah sebati. Saya tak cakap tidak suka berlakon, namun industri itu sendiri sejak jejak bermula tahun 1993 sampai sekarang masih ada sisi ‘hitam’nya.
“Anak seni masih bergelut tanya hak atau perkara sama. Namun ibarat tiada siapa ambil peduli. Malah saya dengar daripada pelakon senior pun yang berjuang sekian lama, ia tak memberi apa-apa justifikasi mahupun perubahan. Akhirnya terpaksa menelan semua itu seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sebanyak mana pun sayang dan cinta saya terhadap dunia seni, ada titik anjakan untuk saya buat sesuatu sebagai pilihan iaitu dengan mengutamakan pendidikan untuk perubahan kehidupan dan masa depan saya serta anak,” katanya yang bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada generasi muda (pelajar).
Katanya lagi, kejayaan menamatkan pengajian ini juga lebih kepada kepuasan diri.
“Saya tak cuba buktikan apa-apa atau kepada sesiapa pun. Saya puas kerana suka belajar benda baru. Matlamat diri sendiri pun bertitik tolak kepada apa yang mahu dicapai dengan mencabar diri keluar dari zon selesa.
“Anak seni tak kira di depan atau belakang kamera juga sebenarnya ada yang mempunyai tahap pendidikan baik. Tapi sering dilihat seperti tin kosong. Macam ketika terbabit dengan penggambaran drama Kudeta (versi drama untuk filem Daulat) ada antara kru seperti pasukan tatarias sebenarnya berpelajaran tinggi,” katanya.
Tambah Vanidah, Ameen Mustajab yang juga ketua tatarias bagi drama itu (Kudeta) terbitan Laguna Pictures sebenarnya pernah menjadi akauntan di Jabatan Akauntan Negara.
“Ameen sendiri pernah skor A untuk subjek matematik tambahan. Pembantu jurusolek drama itu ada antara mereka memiliki ijazah senibina dan kejuruteraan sivil. Begitu juga di bahagian menjaga ‘wadrobe’ ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan elektrik, perniagaan serta kewangan.
“Namun hakikatnya ramai berfikir orang kreatif dalam industri seni ini tak berpelajaran tinggi terutamanya pekerja belakang tabir. Yang mereka fikir, rasa atau nampak semuanya negatif tanpa ada sekelumit rasa mahu bertanya.
“Saya harap janganlah memandang sebelah mata dengan pukul rata. Cuma ada yang belajar pandai memilih untuk masuk ke industri seni. Sebenarnya anak seni ini lagi sensitif, penuh rasa empati, dan memahami orang lain.
“Tak dilupa, masa di penggambaran filem Imam pun saya berpeluang mengenali kru yang ada sarjana pengajian Islamik dan bakal sambung peringkat Doktor Falsafah. Malah ada mempunyai lulusan Universiti Al-Azhar di Egypt, Mesir,”katanya.
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
“Terus Kuat Sayang, Lawan Virus Tu.” Ainul & Adik Positif Covid-19, Ibu & Ayah Mohon Titip Doa!

Khabar duka dikongsikan ibu kepada Ainul Mardhiah yang kini disahkan positif Covid-19.
“Doakan Ainul ya semua, Harini waktu lepas Ainul bangun tidur petang tetiba badan dia panas. Lepastu dia taknak bangun lemah je. Batuk sikit, terus buat covid test. Akhirnya kecundang juga. InshaAllah doakan Ainul cepat sembuh ye.”
Demikian perkongsian ibu si kecil yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia. Berita itu dimuatnaik menerusi instastoriesnya.
Tambah Nurul Erwani lagi, walaupun positif namun keadaan kesihatan Ainul okay.
“Alhamdulillah Ainul okay je setakat ini. Dia tengah tidur je. Batuk tak teruk sangat, cuma badan panas. Tapi suhu tak tinggi. Setakat ini memang sentiasa pantau oksigen dan baginya ubat.
Sementera Itu, dalam Facebook milik ayahnya Ahmad Safiuddin turut berkongsi perkembangan anak sulungnya ini. Biarpun nampak tidak bermaya, namun tiada gejala batuk dan suhu badan juga normal.
Bacaan spo ainul waktu tidur (sekarang). Alhamdulillah semua ok. Cuma nampak ainul tak bermaya.
So far feeding dia ok, tak batuk, suhu badan normal.
Harap-harap malam ni ainul tidur nyenyak. Kebiasaannya kalau ainul demam atau kena jangkitan kuman, dia tak akan boleh tidur malam.
Walid doakan ainul lekas sembuh. Covid memang dah ada di mana-mana. Kita hidup sekarang memang sudah dikelilingi dia.
Jika keadaan teruk, terus ke hospital.
Walaupun sedikit lega kerana dia dan isteri negatif selepas membuat ujian, namun kesihatan anak kedua mereka yang mula menunjukkan tanda-tanda positif membuatkan si ayah meluahkan rasa kebimbangan. Akhirnya apa yang ditakuti berlaku,
“Setelah Ainul demam dan positif Covid sebelah petang, malam ni si adik pulak flat. Dah mula demam. Harap saya dan isteri boleh bertahan. Kalau kami berdua pun collapse, memang agak mencabar. So far kami berdua masih ok. Malam ni kena pantau suhu mereka berdua,” kongsi Ahmad Safiuddin yang mendoakan semoga anak-anak kembali sihat dan aktif seperti biasa.
Sumber: Ahmad Safiuddin & _nrlerwani
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara