MASALAH bau badan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh setiap individu. Tidak kira lelaki perempuan atau tua muda.
Badan berbau ini adalah kerana ketiak mengeluarkan bau yang tidak senang. Ia dirujuk sebagai “bromhidrosis”
Walau bagaimanapun, mempunyai masalah badan yang berbau boleh menyebabkan seseorang mempunyai tahap keykinan diri yang rendah untuk berhadapan dengan individu yang lain.
Masalah badan berbau juga berlaku apabila kita meningkat ke usia akil baligh. Ini adalah kerana di dalam badan kita berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.
Hormon ini tidak aktif sehinggalah kita mencapai tempoh kematangan atau akil baligh. Oleh kerana ini, masalah badan berbau jarang untuk berlaku kepada kanak-kanak.
Apa yang korang bau itu sebenarnya adalah hasil yang berlaku apabila bakteria memecahkan protein keratin yang berada pada permukaan kulit.
BAU BADAN DATANG DARI KETIAK
Ketika melakukan apa-apa aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal cenderung akan menyebabkan peluh.
ia bukan lah satu masalah yang besar kerana peluh terhasil untuk mengawal suhu badan. Bakteria pada permukaan kulit yang bercampur dengan peluh akan menyebabkan bau badan.
Inilah yang dipanggil sebagai B.O iaitu body odor. Itulah yang berlaku kepada bahagian ketiak kita.
PUNCA KEPADA MASALAH BAU BADAN:
Akil baligh.
Sindrom fish odor.
Material pakaian yang tidak sesuai seperti sintetik.
Mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak.
Diet pemakanan harian yang terdiri daripada makanan yang mengeluarkan bau seperti bawang.
Masalah kesihatan seperti kencing manis, fenilketonuria (phenylketonuria) dan hiperhidrosis.
Jangan risau, masalah bau badan boleh dihilangkan bila dijaga dengan betul.
CARA-CARA HILANGKAN BAU BADAN:
Ads
1. Cuka epal
Antara petua untuk hilangkan bau ketiak adalah dengan menggunakan cuka epal.
Bau cuka epal memang agak masam, tetapi cuka dipercayai boleh hilangkan bau ketiak dengan berkesan.
Hanya perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk. Celupkan kapas ke dalam cuka dan sapukan ke bahagian ketiak. Atau cara lain, boleh juga bilas ketiak dengan cuka ketika mandi.
2. Soda Bikarbonat
Walaupun ia merupakana bahan untuk membuat kuih atau kek, ia juga merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk hilangkan bau badan.
Campurkan satu sudu jus lemon bersama satu sudu soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sapukan campurkan pes ini pada ketiak dan biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air.
Jika tidak mempunyai jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung bersama air.
Kalau takmahu menggunakan jus lemon atau tepung jagung, boleh juga terus campurkan serbuk penaik dengan air dan menyapunya pada ketiak selepas mandi.
Ads
3. Serbuk sandalwood
Ia merupakan sejenis herba yang boleh didapati di kedai yang menjual herba.
Campurkan serbuk ini dengan air sehingga ia menjadi pes. Sapukan pada ketiak dan biarkan ia sehingga kering sebelum membilasnya dengan air.
4. Sengkuang
Sekuang ialah makanan yang dapat menyejukkan badan. Ia juga merupakan satu bahan yang boleh digunakan untuk hilangkan bau badan.
Caranya adalah dengan mengisar halus sengkuang sehingga menjadi jus dan sapukan pada ketiak. Sengkuang dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.
Ads
5. Lemon
Lemon merupakan bahan semula jadi yang mempunyai banyak manfaat seperti membantu dalam mengurangkan berat badan dan hilangkan parut di muka.
Selain itu, lemon juga boleh digunakan untuk hilangkan masalah bau badan.
Mula-mula hiris lemon. Kemudian, gosok secara perlahan-lahan pada ketiak.
Boleh juga gunakan perahan jus lemon dan disapukan pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon. Sapukan juga pada ketiak selepas mandi.
Semua orang pernah berasa malas, di mana motivasi susah untuk didapati dan dicari. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh biarkan perasaan malas itu mengawal diri kita. Semuanya datang dari otak kita dan hanya kita dapat kawal cara otak kita berfikir.
Dalam dunia yang sentiasa berkembang dengan kemajuan, Jepun yang kaya dengan warisan budaya dan falsafahnya menawarkan teknik untuk menangani isu ini secara langsung.
Jom kita cuba amalkan dan terapkan dalam kehidupan seharian…..
SENI JEPUN DALAM ATASI KEMALASAN
IKIGAI
Mencari ikigai bermaksud mengenal pasti TUJUAN HIDUP. Contohnya tujuan kita bangun setiap pagi untuk jalani hari tersebut. Cari lah kekuatan, minat dan cari cara supaya kita boleh menyumbang kepada keperluan dunia. Kehidupan akan terasa lebih bermakna dan adanya motivasi untuk kita sentiasa berdaya menjadi penggerak semula jadi kepada diri sendiri.
KAIZEN
Falsafah kaizen mengajar cara untuk MEMFOKUSKAN kepada PENAMBAHBAIKAN berterusan melalui langkah-langkah yang berperingkat. Daripada cuba untuk mencapai segalanya sekali gus, ambillah langkah sedikit demi sedikit. Setiap langkah kecil itu dikira sangat penting kerana ia dikira sebagai konsistensi. Akhirnya membawa kepada pencapaian dari semasa ke semasa.
POMODORO
Untuk yang mudah terganggu dan mudah letih boleh cuba teknik Pomodoro untuk ubah PERMAINAN FIKIRAN. Teknik ini adalah dengan bekerja selama 25 minit sepenuh tumpuan dan rehat selama 5 minit.
Ulangi teknik ini dan kita dapat rasa diri kita lebih fokus, produktif dan bertenaga. Ia adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk memerangi rasa malas, badan berat dan dapat tingkatkan produktiviti harian.
HARA HACHI BU
Prinsip Hara Hachi Bu adalah teknik BERHENTI MAKAN untuk mengekalkan tahap tenaga dalam badan sepanjang hari untuk mengatasi kemalasan. Teknik ini menggalakkan kita berhenti makan apabila sudah 80% kenyang.
Dengan mengelakkan makan secara berlebihan, kita akan jadi lebih cergas untuk bekerja dan tidak rasa malas. Kalau ramai yang perasan, apabila sudah kenyang badan mula rasa lesu dan mengantuk. Oleh itu, pengambilan kuantiti makanan harus dikawal. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sunnah Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Betul tak?
SHOSHIN
Kemalasan sering berpunca daripada menangguh kerja, takut untuk gagal atau keinginan untuk menjadi sempurna. Shoshin atau MINDA PEMULA adalah teknik untuk menyiapkan tugasan dengan sikap terbuka dan ingin tahu.
Jangan terlalu risau untuk mendapatkan semua jawapan dengan sempurna dari awal. Hayati proses belajar dan cuba perkara baru. Dengan mengamalkan Shoshin, potensi akan datang dan dapat mengatasi kemalasan.
WABI-SABI
Daripada menekankan setiap butiran kecil, FOKUS pada perkara yang benar-benar PENTING. Hayati kesederhanaan, hargai ketidaksempurnaan dan utamakan tindakan daripada mencari kesempurnaan tanpa henti.
Ingat, siap adalah lebih baik daripada sempurna. Dengan mengamalkan konsep wabi-sabi, kita akan membebaskan diri daripada sifat perfectionism dan mendorong diri untuk lebih fokus kepada mencapai matlamat.
MANDI HUTAN / FOREST BATHING
Alam semula jadi mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk MENENANGKAN MINDA dan badan kita. Terbukti secara saintifik ia dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Rehat sebentar dari kesibukan kehidupan seharian dan dunia kerja. Ambil angin di taman berdekatan, hirup udara segar dan biarkan alam semula jadi segarkan fikiran kita. Dengan ini kita akan kembali dengan bertenaga serta mencuci mata melihat kehijauan alam.
KAKEIBO
Tekanan dan masalah kewangan boleh menghalang kita untuk capai kemajuan dan bergerak ke depan. Kawal kewangan dengan kaedah Kakeibo. Buat BELANJAWAN dan sentiasa komited untuk mematuhinya. Gambarkan amaun yang dibelanjakan dan di mana kita berbelanja paling banyak. Dari situ, kita boleh tahu punca banyak wang dihabiskan. Seterusnya, kita dapat elakkan diri untuk ke tempat tersebut dan dapat hadkan perbelanjaan harian.
Juru solek terkenal, MUA Bellaz tampil memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir selepas Kedah dilanda banjir sejak minggu lalu.
Tidak mahu berdiam diri bahkan Bellaz dan suaminya berulang alik memberi bantuan kepada penduduk sekitar yang terkesan.
Apa yang lebih mengharukan susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam itu berlaku, Bellaz dan suami menyerahkan bantuan bekalan makanan dari kedai runcitnya sendiri untuk diagihkan kepada orang ramai. Satu usaha yang seharusnya dipuji.
“Rumah Bellaz dah surut banjir alhamdulilah. Dah boleh keluar dah. Insyallah Bellaz dan Mat Nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai Bella Z Mart Nuart untuk mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar.
“Insyallah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi. Doakan hampa semoga dipermudahkan,” tulisnya.
Bahkan hasil pembelian produk orang ramai, Bellaz juga turut menyelitkan keuntungan pembelian itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Terima ksih buat pelanggan Bellaz Beauty semua yang support Bellaz. Duit yang hampa beli barang Bellaz, Bellaz selitkan jugak bantu keluarga yang memerlukan. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain,” kongsinya menerusi kapsyen.
Perkongsian ibu kepada empat cahaya mata ini pastinya mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan Bellaz dan suami.
Wargamaya turut mendoakan agar Bellaz dan suami terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.
Bellaz sebelum ini turut tular kerana sempat melaram sakan dengan mengambil gambar Oufit Of The Day (OOTD) sewaktu meredah banjir.
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.