Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak-anak ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi dan berjaya menghabiskan pembelajaran mereka itu, kan?
Sama juga bagi pelakon dan penyanyi dangdut tanah air, Amelina apabila anak sulungnya iaitu Puteri Nur’Athirah berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, di laman Instagram miliknya yang meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu.
“Congratulations on your graduation day. You did it girl. Dalam setiap chapter hidupmu Allah akan mempermudahkan urusanmu. Mommy always menyertakan doa untukmu. Dont worry, walau pun you selalu sakat i dan buat mommy geram!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Amelina yang turut hadir memakai pakaian jenis formal itu juga sempat menyelitkan kata-kata nasihat buat anaknya supaya menjadi contoh buat adik beradik yang lain dan menjadi seorang yang tidak lupa pada budi orang lain pada kita.
“Ingat..kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah,” tambahnya.
Bukan sekadar gambar, pelantun yang popular dengan lagu Asyik ini turut berkongsi video pada majlis graduasi sebagai kenangan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapjan tahniah atas kejayaan yang diraih berjaya menamatkan diploma serta mendoakan yang baik-baik buatnya seisi keluarga.
Sekadar info, Puteri Nur ‘Athirah ialah anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood di samping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al Affig, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
Sumber : Instagram Amelina Amir