Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak-anak ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi dan berjaya menghabiskan pembelajaran mereka itu, kan?
Sama juga bagi pelakon dan penyanyi dangdut tanah air, Amelina apabila anak sulungnya iaitu Puteri Nur’Athirah berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, di laman Instagram miliknya yang meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu.
“Congratulations on your graduation day. You did it girl. Dalam setiap chapter hidupmu Allah akan mempermudahkan urusanmu. Mommy always menyertakan doa untukmu. Dont worry, walau pun you selalu sakat i dan buat mommy geram!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Amelina yang turut hadir memakai pakaian jenis formal itu juga sempat menyelitkan kata-kata nasihat buat anaknya supaya menjadi contoh buat adik beradik yang lain dan menjadi seorang yang tidak lupa pada budi orang lain pada kita.
Ads
“Ingat..kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah,” tambahnya.
Bukan sekadar gambar, pelantun yang popular dengan lagu Asyik ini turut berkongsi video pada majlis graduasi sebagai kenangan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapjan tahniah atas kejayaan yang diraih berjaya menamatkan diploma serta mendoakan yang baik-baik buatnya seisi keluarga.
Ads
Sekadar info, Puteri Nur ‘Athirah ialah anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood di samping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al Affig, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
Bahang hari raya Aidilfitri semakin terasa apabila minggu depan umat Islam bakal meraikan 1 Syawal.
Namun dalam tempoh membuat persiapan buat keluarga, sejak beberapa hari lalu, laporan kes harian Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan dibeberapa buah negeri. Malah negeri Selangor direkodkan kes baharu tertinggi.
Lantaran itu, tular poster di media sosial beberapa buah negeri bakal menyusul Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar berikutan pengesanan aliran peningkatan mendadak kes Covid-19 selain mencegah varian baharu dengan mutasi berganda dari India B.1617..
Untuk makluman, negeri Kedah dan Kelantan telah menjalani PKP sebelum ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kenyataan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor, sama ada pada 4 Mei atau 5 Mei 2021. Ini termasuk beberapa arahan dan cadangan berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bertarikh 1 Mei 2021.
Poster yang ditularkan kembali ini adalah palsu. Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan perkara tersebut. Mohon hentikan penyebaran poster yang mengakibatkan kegusaran awam. Pastikan sahih, baru kongsi!- MKN
Harap semua bersabar dan jangan panik. Doa baik-baik semoga kita semua dilindungi wabak bahaya ini.
Tidak dinafikan telatah anak-anak memang menghiburkan hati kita, ada sahaja perangai mereka yang mencuit hati dan kadang-kadang berlaku tidak kira lokasi dan masa. Malah sering juga ragam mereka itu susah juga untuk kita fahami.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umpamanya bila kita lihat aksi anak-anak di hadapan kamera, macam-masa gaya ditunjukkan dan diakui memang comel lagaknya. Namun bila diminta untuk mengikut gaya yang kita mahukan, kadang-kadang silap gaya boleh pula mereka merajuk, masam muka malah menangis di hadapan kamera sekelip mata sahaja.
Seperti ragam kanak- kanak perempuan ini yang berubah moodnya apabila hendak diambil gambar passport miliknya ini.
Pada awalnya sangat memberi kerjasama yang baik dan teruja untuk bergambar dengan memberikan pose gaya comel di hadapan kamera hingga senget-senget kepalanya.
Namun gaya sebegitu tidak boleh digunakan dan memerlukan untuk anak kecil ini lebih fokus bagi mendapatkan gambar yang menepati standard passport.
Sungguh ia menjadi cabaran bukan sahaja kepada pegawai yang dilihat terpaksa mengeluarkan toys untuk menarik minat kanak-kanak tersebut untuk bergambar.
Malah apa yang mencuri tumpuan warganet apabila melihat video yang dikongsikan @ameeraazmannn di aplikasi TikTok ini adalah ‘kecomelan’ anak perempuannya itu bergambar meskipun bukan mudah untuk dapatkan kerjasama. Bermula dari aksi wajah cute dan tersenyum manis namun akhirnya berwajah masam pula yang terakam di dalam passport kanak-kanak tersebut.
Bahagia itu kita yang tentukan. Itu antara nasihat yang biasa kita dengar berkenaan mencari erti bahagia. Namun, realitinya bukan semudah yang diucapkan. Bahagia bagi wanita bergelar isteri dan ibu bila berada dipersimpangan delima, seakan sukar untuk membuat pilihan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Peguam Syarie Fahmi Ramli ini. Katanya, demi anak banyak ibu bertahan dalam derita.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi, lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami.
Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.