
Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Terbaru, dalam instagramnya, Zahirah berkongsi gambar ketika mengadakan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.
Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah memuat naik beberapa kepingfoto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Pasangan merpati sejoli ini bagaimana pun belum mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Dalam pada itu, Zahirah turut memuat naik pertanyaan sama ada bayi yang dikandungnya lelaki atau perempuan.
Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut memberi komen. Ada yang meneka lelaki ada juga beranggapan pasangan ini bakal menimang anak perempuan.
Sumber: zahirahmacwilson
Rupanya Ini Rahsia Suami Yang Isteri Kena Tahu. Barulah Makin Intim Selalu

Untuk memastikan kebahagiaan rumahtangga, suami isteri kena saling menghargai antara satu sama lain. Sikap saling melengkapi akan membuatkan jalinan kasih sayang sentiasa berpanjangan. Namun, kadang kala, isteri alpa dengan apa kemahuan suami.
Jom semak panduan ini. Semoga para isteri akan lebih memahami keperluan suami.
1. Suami berkeinginan untuk di hormati.
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia.
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan isteri.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetian. Kesetian bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
3. Suami sentiasa mahu keperluan hubungan intim dipenuhi.
Setuju atau tidak, hubungan intim merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan hubungan intim sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang perempuan.
Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.
Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.
Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Hubungan intim
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri.
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka.
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.
Sumber: datakay.blogspot.com
“Nak Buat Benda Baik Memang Susah.” DS Shahida Dedah Dulu Tak Setuju Ambil Anak Susuan, Berubah Selepas Kata-Kata Suami. Cukup Padu!

Isi Kandungan
ToggleNak buat kebaikan bukan benda yang mudah. Ada sahaja yang menghalang. Pasangan ini juga tidak melalui dugaan ini terutama apabila mengambil keputusan membela anak angkat. Lebih penting lagi menjadi anak susuan mereka.
Si isteri, sedari awal menghalang kerana beliau merasakan diri tidak yakin mampu berbuat demikian. Namun nasihat dan kata-kata suami mengubah segalanya.
Catatan Datin Sri Shahida menerusi laman instagramnya baru-baru ini mendedahkan beliau sebelum ini tidak setuju mengambil anak susuan.
Kadang2 bukan semua benda yg saya suka dia buat…tapi bukan semua buruk…banyak benda baik yg saya dah terikut perangai dia…..dr seorang yg lembab saya dah jadi cepat…dr seorang yg x yakin saya dah ada keyakinan….dari seorang yg x pandai niaga,x kreatif….saya dah bertambah baik…
Dan yg paling penting ramai x tahu yg sebenarnya dari awal saya x bersetuju nak ambik anak susuan….saya x nak dan x bersedia(sebab saya ni bukan baik mana pun)tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu cakap nak buat benda baik mmg susah….kita jaga dorang Insya Allah esok lusa ada benda baik datang pada kita……jaga mereka biar kita x cukup baik x cukup kita sempurna tapi dah banyak kesenangan kita boleh bagi pada mereka….
.
Mudahan jadi anak2 yg baik je meena qayyum dan anak2 yg lain… mama abah x minta duit pun cukup jadi anak yg baik berjaya dunia dan akhirat,” tulis Datin Sri Shahida.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang bersetuju bukan mudah mengambil dan menjaga anak angkat.
Terus memberi inspirasi
niknadiani Caption ni buat sy terharuuu… Teruskan memberi inspirasi utk semua. Love it ❤️
amy_rashid76 Semoga keikhlasan hati Dato utk menjaga yom dan meena akan mendapat ganjaran nya dr Allah. Aamiin..
nurulainharis betul bkn mudah..org biasa pun taknak ambil anak angkat, pelihara anak saudara pun kdg kita nmpk mcm pilih kasih tapi percaya la makna adil tu bkn memberi sama rata tapi meletakkan sesuatu di tempatnya.
shukri.shuk.395 Simple je datin,dlm dunia ni klu kita nk puaskan hati semua org mmg kita tak mmpu,ape yg kita rasa baik dan yakin dgn keputusan yg kita buat,kita truskn je,yg penting kita dapat rurjukn yg betul..
edazue Sy lht isteri yg dpt mlihat kbaikn somi n menerima klmhn suami ngn merasakan bhw kbaikan lbh byk dr klemahan.. isteri itu atiyer akan tenang n dia blh btolak ansur dlm urusan rmhtga.. dia juga tdk akan mudh tpgaruh ngn kata2 hasutan
fbm_m Tak penting tanggapan orang pada kita yang penting redha Allah yang kita nak Dato & Datin ??Yang penting juga hari ini kita selawat Nabi ﷺ &
Zikir hari Sabtu لااله الاالله..?
Saling Melengkapi
ejstylekotabharu Saling melengkapi dato n datin. Semoga terus dimurahkan rezeki. Amiin ?
zeeya_rose2020 InsyaAllah dear.. Setiap kebaikan yg kita buat, xkn ada satu pun yg akn tercicir disisi Allah swt jika niat kita suci dan ikhlas.. Dan kita bkn lah sempurna nk puaskan hati semua org, n bkn semua org nk tgk kita bahagia.. So cukuplah Allah swt yg tahu siapa kita yg sebenar serta nawaitu kita.. ❤️❤️❤️?
Sumber: ig shahidadherbs
Cara Buat Puding Roti Tanpa Oven, 10 Minit Dah Siap Guna Kuali Je. Yang Penting Sedap & Sihat Tanpa Garam & Gula!

Menyediakan hidangan untuk si kecil tidak lagi rumit seperti dahulu. Kini pelbagai resipi boleh didapati di hujung jari sahaja. Jadi mudahlah ibu-ibu nak memasak kan. Kebiasaannya ibu-ibu yang nak menyediakan hidangan puding perlu membakarnya menggunakan oven.
Tetapi resipi Puding Roti air tangan puan Yayunk DedeNk yang dijkongsikan di Happy Baby Foods Malaysia ini cukup mudah, ringkas dan tidak perlukan oven. Nak tahu caranya, jom baca ni.
Assalammualaikum n hi mommies…. Hari ni kita nk share menu minum ptg Ainul… Puding roti versi bakar guna kuali… Mami mls nk keluarkan oven… Guna ni ja… Resepi dan cara ada pada setiap gambar ya…
#menuminumpetangAinul
#AinulMardhiah1yrand21dys
~Tatura cheese ikot selera banyak mana
~Unsalted butter ikot rasa
~Puri kurma yg d rendam air panas lps tu gaul dgn air panas lagi(in case malas nk blend) mami amik ganjil punya bilangan
~kismis ikot suka byk mana
~roti gardenia 5 keping
~susu full cream ikot kesesuaian
Kejadian setelah d gaul smua… Mami tambah oat masa ni.. Tp oat tu yg dh d rebus lebihan malam tadi.. Syg nk buang so mami tapis dan masukkan dlm bahan ni..
(mami xsukat guys… Agak² jer ni..)
Kejadian setelah d gaul smua… Mami tambah oat masa ni.. Tp oat tu yg dh d rebus lebihan malam tadi.. Syg nk buang so mami tapis dan masukkan dlm bahan ni..
Kejadian setelah d gaul smua… Mami tambah oat masa ni.. Tp oat tu yg dh d rebus lebihan malam tadi.. Syg nk buang so mami tapis dan masukkan dlm bahan ni..

Ini kejadian nye… Tp dlm 10 menet dh masak baru mami snap gamba sbb charge tlipon tadi…

Hasil yg sedap.. Utk hidangan kami 3 branak… Yg pntg no sugar no salt… Heheh… Selanat mencoba…